Wanita putuskan hubungan lepas teman lelaki kantoi curang tapi akhirnya

Oleh DAHLIA MARZUKI

Masih ada ibu bapa yang terlalu mementingkan pekerjaan bakal menantu hingga sanggup memisahkan dua kekasih.

Sedangkan sudah bercinta lama dan si bakal menantu juga memiliki pekerjaan tetap bukan hanya duduk goyang kaki sahaja di rumah.

Seorang wanita di Jawa Timur, Indonesia pasrah memilih membatalkan perkahwinannya dengan lelaki dicintai.

Menurut Wolipop, Fia yang baru memasuki usia 20-an hanya bekerja sebagai seorang jururawat dan bakal mentuanya hanya mahukan doktor sebagai calon menantu.

Tular di TikTok tangkap layar perbualan di WhatsApp, apabila Fia nekad menghadiahkan sofa sempena perkahwinan lelaki itu dengan wanita lain.

Wanita putuskan hubungan lepas teman lelaki kantoi curang tapi akhirnya

Ujarnya, dia sudah setahun menjalin hubungan namun tidak tahan dengan perangai lelaki tersebut yang suka curang dengan banyak perempuan.

“Dulu masa tiga bulan pertama semuanya baik, lepas tu mula curang bila masuk bulan keempat, tak terkira berapa kali kantoi curang.

“Ibunya juga berkeras hanya mahukan doktor sebagai calon menantu,” katanya seperti dipetik Wolipop.

Dalam pada itu dia menghadiakan sofa kerana tahu rumah yang dibeli lelaki tersebut tidak mempunyai apa-apa perabot.

Malah rumah itu dibayar secara ansuran bersama dengannya sejak 2023 dengan niat untuk dapat duduk selepas berkahwin namun segalanya hanya tinggal kenangan.

“Nampaknya, bakinya (pinjaman) akan diteruskan bekas teman lelaki bersama isterinya nanti.

“Saya ikhlaskan sahaja dan tidak mahu menuntut wang yang saya belanjakan untuk membeli rumah kami itu,” katanya.

Hingga kini dia masih trauma akan hal tersebut dan berjumpa pakar pakar psikologi untuk merawat emosinya.

Baca juga: Peniaga tamak! Tergamak jual burger daging dibelah dua demi keuntungan tak seberapa