Aishah dedah 4 dekad dalam dunia seni, banyak kali ‘diserang’ penyakit misteri

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Baik zaman dulu mahupun di dunia modern ini, masih ada yang bergantung kepada perkara mistik untuk menjatuhkan orang lain.

Golongan ini dilihat teruja melihat kejatuhan orang lain disebabkan mereka walaupun Tuhan sudah tetapkan rezeki masing-masing.

Samalah dengan penyanyi Datuk Aishah yang sudah berhadapan dengan beberapa pengalaman mistik lapor Kosmo! Online.

Sudah empat dekad dalam industri seni Aishah mengakui sudah banyak menderita akibat ketidak puasan hati orang lain hingga menjejaskan kesihatannya..

Disebabkan itu, dia memilih untuk tidak memasuki mana-mana program realiti kecuali jika ia berlaku di luar negara.

Aishah dedah 4 dekad dalam dunia seni, banyak kali ‘diserang’ penyakit misteri

“Saya terlalu menderita disebabkan itu (sihir), tapi benda ini kita tak masuk ICU (Unit Rawatan Rapi), jadi tak boleh nak ceritalah. Cerita pun nanti ada orang kata tak betul.

“Benda tak jadi depan mata, yang tiada sijil mengatakan ini sakit tapi jawapan pendeknya, ya saya pernah ‘terkena’.

“Banyak sangat, kalau ada masa untuk tulis pengalaman memang boleh dibukukan. Apa penyakit yang saya tak pernah rasa?

“Santau, busung dan turun darah berbulan-bulan, itu semua saya dah kena tapi Allah tunjukkan orang buat macam mana pun belum masa saya ‘pergi’,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Tambahnya, individu yang masuk bertandingan perlu yakin akan kebolehan diri Dan tak perle mengamalkan perkara khurafat.

“Sebenarnya perlu ubah mentaliti kita. Kita sudah maju, tapi tahap pemikiran masih di belakang. Kalau masuk bertanding bersainglah secara sihat dengan kebolehan dan bakat yang Allah bagi.

“Cuma kadang-kadang bila kita bercerita sangat, ada pula tak percaya, ada pula tersenyum sinis.

“Tapi yang tahu saja tahu, siapa yang sudah terserempak dengan saya pergi berubat dan sebagainya, mereka tahu.

“Nak cerita pun susah sebab kita pun tak tahu siapa musuh atau dia ada ‘spy’,” ujarnya.

Baca juga: Pernah jadi tumpuan lepas meletup kempen BMF, Malakat Mall kini umum tutup sepenuhnya lepas 4 tahun

“Saya dibesarkan dengan lagu Sharifah Aini. Saya meminati suara beliau dan pernah berpeluang berkongsi pentas dengan arwah.

“Di Pinggir Kayangan adalah sebuah seleksi cinta yang mempunyai semangat positif dan sarat lenggok keMelayuan, sangat merdu dan penuh makna.

“Seleksi seperti ini yang harus diperkenalkan semula kepada generasi sekarang dan bermakna buat saya kerana mengingatkan saya kepada idola saya,” katanya.

BACA: “Tak sampai setahun kahwin, kantoi curang bertukar-tukar gambar lucah, tak cakap banyak, aku halau dia keluar, kalau kaya aku suruh kahwin je”