Assalamualaikum, terima kasih sudi siar aku punya cerita. Aku seorang ibu tunggal umur 29 tahun. Anak satu
Muda kan untuk seorang ibu tunggal. Ceritanya bermula begini, zaman anak d4ra dulu aku ni dalam kategori cantik la. Tinggi 167cm, berat 55kg. Kulit putih.
Sejak sekolah menengah (form 6) dah ada boyfriend. Tapi mak aku tak suka. Jadi masa aku masuk kolej, aku putuskan hubungan dengan dia sebab mak aku betul – betul tak suka.
Bukan sebab dia jahat, tapi sebab keluarga dia berlainan pilihan poIitik dengan keluarga aku.
Masa kat kolej aku bercinta lagi dengan budak Sarawak. Lepas tu bagitau lagi mak aku.
Mak aku tak bagi jugak sebab jauh dan sebab budak tu ambik sijil je, aku amik diploma. Aduhai.. ( masa ni jiwa muda aku yang gataI dan gedik macam korang rasa bila tengok budak muda bercinta) uwekkk…
Lepastu ada sorang mamat ni memang duk suka aku sejak form 6 lagi. Aku cuba jugak nak terima dia, yang ni mak aku suka. Orangnya baik, tapi aku pulak yang tak boleh nak terima. Dalam masa yang sama aku tersalah langkah, aku berkawan dengan kaum sejenis.
ALLAH hancurnya hati keluarga bila diorang dapat tahu. Masa tu aku rasa dend4m pun ada sebab pilihan hati aku semua mak tolak, tak suka. So aku rasa bercinta dengan perempuan lebih baik pada aku masa tu. Bila family dapat tahu aku putvskan hubungan jugak.
Sejak dari tu aku pon single la sampai habis belajar, kerja pada 2009. Walaupun aku single dan tak buat d0sa bercinta ni, aku bu4s hala ke lain plak. Aku mula belajar pegi cIubbing dan sebagainya yang jahat – jahat belaka kecuali jantan.
Yang ni memang aku tak main. Semua geng aku masa tu single belaka dan bu4s belaka. Pada tahun 2011 aku slowdown semua kegiatan maks1at dan bu4s – bu4s dan hidup macam perempuan biasa. Dalam pertengahan 2011 datang rasa nak kahwin, tapi masatu mana ada bf, kawan lelaki pon sorang pon tak ade.
Jadinya aku pilih rakan setempat kerja yang mengurat aku. Masa tu dia tunangan orang nak ke aku punya pasal dia putvs tunang. Tapi aku bukan bercinta pon ngan dia masa dia buat keputvsan putvs tunang tu. Lepas dia single baru kami kapel. Bercinta 3 bulan terus tunang, 2 bulan lepas tu terus nikah.
Dan di sinilah permulaan yang sebenar… Allah mendug4 aku dengan suami yang tak molek per4ngai. Selama berkahwin aku str3ss manjang dengan sikap suami yang penipu, pengikis, kaki pukuI, tak solat, dan tak bertanggungjawab tak bagi nafkah, duit aku habis kepada dia. P4ksa aku buat loan segala bagi kat dia.
Kalau tak penuhi apa yang dia nak mula lah g4duh, akhirnya dia naik tangan dekat aku. Lepas aku buat loan bagi dia, dia janji nak buat bisnes dan akan bayar loan tu kat aku bulan – bulan. Bulan pertama je dia bayar, selebihnya duit tu dia joIi, dia bermegah dengan perempuan lain kononnya dia kaya.
Masa tu kantoi dia duk main whatsapp dengan perempuan lain. Sudahnya bisnes ke mana, apa pon tak ada. Habis duit tu meIarat jugakla hidup kami sebab gaji aku dah sikit, gaji dia lagi la sikit sebab sebelum kahwin dia dah buat loan joIi dengan bekas tunang dia.
Aku m4kinlah mend3rita tersiksa, kaki tangan dia dah jadi makanan aku, kepala di lantai sampai benjoI dahi. Pergi kerja terp4ksa tipu kawan – kawan cakap terantuk gate rumah. Masa ni aku muhasabah diri betul – betul inilah kifarah atas d0sa silamku. Ini baru sikit, ner4ka Allah lebih dahsyat…Allah.. aku takut..
ALLAH MAHA MENGETAHUI. Setelah dua tahun berkahwin, masih jugak tak berjaya dapat zuriat, aku jumpa pakar s4kit puan. Doktor tu bagi aku makan pil hormon. Masih aku ingat masa tu bulan ramadhan, aku selalu menangis.. 1- sebab suami. 2- nak anak. 3- nak keluar dari hidup aku yang sangat teruk masa tu.
Dalam bulan puasa yang mulia Allah baIas doaku. Aku diberi kekuatan yang entah mana datang, aku minta izin suami untuk balik kampung, tapi dia tak nak ikut. So dia suh aku balik sorang, aku bawa memalam dari KL ke Keda.
Dia tak suka sangat balik kampung aku sebab dia kena berlakon solat padahal fatihah pon baca tak kena. Sampai je kampung, aku cerita semua pada family aku. Mak ayah kakak abang terk3jut amat dengan berita dan cerita aku sampaikan. Menggunung simpati dan pertolongan aku dapat masa tu.
Dua hari kemudian aku balik semula ke KL. Aku sampai lepas berbuka. Malam tu dia meng4muk sakan habis dapur dia hambur barang telur sepapan jatuh berder4i, semua barang atas meja makan dia tolak jatuh. Air masak, pinggan mangkuk menyembah lantai.
Aku dahla penat baru sampai kena cuci semua tu. Esoknya aku pakai baju kerja dan curi – curi masukkan baju kurung dalam beg. Aku drive ke mahkamah syariah, balai polis dan semua settle aku buat dalam masa sehari.
Petangnya dah habis ofis hour aku mesej suami dan cakap aku tak akan balik rumah, barang – barang aku nanti aku ambik bila family aku free boleh teman aku pergi ambik. Malamnya abang aku dari Ipoh sampai, anak saud4ra, abang ipar dua tiga orang teman aku pergi rumah ambik barang.
Ramai betul teman aku masa tu sampai 3 kereta. Takut punya pasal semua dah ready dengan ‘barang-barang’ kalau la malam tu ade roadbIock, sia – sia je kena tahan polis. Akhirnya seminggu lepastu dia lafazkan cerai dalam whatsapp.
Aku lepastu tinggal dengan kakak aku. Masatu aku selalu penat, asyik ngantuk dan malas ya amat. Kakak aku syak aku pregnant, tapi aku deny sebab macam tak logik je. Tapi kakak aku p4ksa aku check upt. Macam nak pengsan bila keputvsan tu positif. ALLAH.. aku menangis sebab at first rasa macam tak nak.
Lepas tu kakak – kakak aku bagi nasihat semua aku cool down and muhasabah diri, aku terima rezeki Allah bagi ni. Bukan ke Allah dah jawab permintaan aku? Allah, kita hanya tahu meminta, tapi Allah maha tahu bila dan di mana Dia nak bagi.
Pegi check kat klinik aku pregnant 7 minggu… alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Sekarang anak aku dah umur dua tahun 3 bulan. Kes cerai pon dah selesai. Bekas suami aku tak pernah tengok anak dan tak pernah bagi nafkah walau sepuluh sen.
Aku redha, tu bahagian dia lah menjawab depan Allah nanti. Yang penting sekarang aku dah berikan yang terbaik yang aku mampu untuk anak aku. Sampai sekarang aku masih rasa letih dan p3ritnya jadi isteri kepada lelaki tak guna.
Sampai rasa serik nak kahwin, walaupun ramai yang tanya kenapa aku tak carikan ayah untuk anak aku. Sebab dia asyikla duk panggil ayah saud4ra dia ayah.
Kesian jugak aku pada anak aku ni tapi ingat nak cari lelaki yang baik macam cari rambutan kat pasar malam ke. Sementara nak beli 5biji ko bedal dulu kalau tak sedap ko blah.
Zaman sekarang susah weh nak jumpa lelaki yang baik, yang boleh terima ibu tunggal macam aku ni lagi la payah tapi tu bukan matlamat besar aku pon. Matlamat aku sekarang nak besarkan anak aku bebaik je, hidup bebas hutang, jaga mak ayah bebaik…
Kepada wanita adik – adik yang belum kawen, cari dan selidik betul – betul lelaki di hati korang. Kepada lelaki di luar sana, ingat tanggungjawab korang, hormat pasangan korang.
Jangan sebab korang lelaki korang pijak – pijak maru4h wanita di sisi korang. Terima kasih kerana sudi membaca. – wanita tabah
BACA: Isteri izin suami kahwin dua dapat payung emas, betul ke? Ini jawapan bekas Mufti