“Dari kecik kena rogol dengan abang, dapat mak ayah pulak jenis tak ambik kesah , akhirnya ini yang terjadi

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Dalam sebuah keluarga, selain ayah yang melindungi seorang anak pasti ada anak lelaki atau abang yang menjaga dan melindungi adik adik.

Sudah tentu perbuatan itu disertakan dengan kasih sayang antara adik beradik dan membuatkan si adik merasa selamat.

Namun kisah benar yang bakal diceritakan ini mendedahkan wanita ini dirogol abangnya sedari kecil lagi dan tidak pernah memberitahu sesiapa di dalam ahli keluarganya.

Assalam pembaca yang budiman. Nama aku Nina. Aku nak kongsikan kisah silam yang mengh4ntui selama bertahun ni.

Sukar untuk aku lupakan kerana ianya melibatkan abang kandung yang sepatutnya menjadi pelindung aku dan menyayangi sebagai adik perempuan.

“Dari kecik kena rogol dengan abang, dapat mak ayah pulak jenis tak ambik kesah , akhirnya ini yang terjadi

Sedikit latar belakang, sekarang aku bekerja di Selangor. Ibu dan ayah aku tinggal di kampung bersama adik lelaki aku. Aku ada 2 orang abang dan yang aku nak cerita ini ialah tentang abang kedua aku.

Dia tak layak dipanggil abang dan aku tak pernah anggap dia sebagai abang semenjak kejadian ni berlaku.

Ketika tu aku berumur 9 tahun dan Mat (abg kedua) ni berumur dalam 18 tahun. Dia baru sahaja habis spm dan sedang menunggu untuk masuk belajar. Abang sulong aku pula sedang menjalani latihan t3ntera. Jadi tinggal aku dan Mat di rumah.

Ayah bekerja sebagai pemandu lori dan Ibu berniaga dan akan keluar dari pagi sehingga petang. Suatu hari tu, Mat mengajak aku masuk ke bilik dan berikan aku telefon untuk bermain game dan ketika itu lah dia mula menyentuh aku dan akhirnya mahkota aku dir4gut.

Tetapi ketika itu aku tak faham perbuatan dia. Perkara itu berulang kali dalam tahun tersebut. Dia berhenti setelah dia sambung belajar dan tak lagi menyentuh aku. Aku mula menyedari perbuatan tu setelah aku masuk ke sekolah menengah.

Aku dah terdedah dengan perkara s3ksual dan aku mula faham maksud sumbang mahram. Dan perkara itu membuatkan aku jijik dan mual dengan diri sendiri. Aku jauhkan diri dari Mat dan aku jijik dengan dia. Aku tak pernah lagi berkongsi makanan atau berduaan dengan dia.

Kalau ibu dan ayah tiada di rumah, aku akan lari dan tinggal di rumah nenek. Aku sambung belajar ke negeri yang jauh supaya aku jarang pulang ke kampung. Aku juga elak pulang jika dia ada di kampung sehingga aku bekerja sekarang pun aku akan lakukan perkara yang sama.

Aku selalu teringat kejadian tu apabila bersendirian. Aku akan diser4ng panik dan akan ced3rakan diri sendiri kerana jijik. Aku selalu berdoa supaya ingatan aku diambil dan tak perlu ingat benda buruk tu lagi. Aku tak pernah ceritakan kepada sesiapa hatta ibu ayah pun.

Tetapi kalau aku cerita pun pasti mereka tak kan percaya. Benda telah lama berlaku dan Mat pula sangat dipercayai. Saud4ra yang lain selalu memuji Mat disebabkan sikap dia yang suka membantu jika ada dalam kesusahan.

Ibu Ayah pun selalu memuji Mat kerana Mat anak harapan keluarga. Mat belum berkahwin jadi dia selalu memanjakan ibu dan ayah dengan duit. Dia juga menjaga hubungan baik dengan ibu dan ayah saudara yang lain.

Kesimpulan semua orang sukakan dia kecuali aku. Setiap kali aku pulang ke kampung, pasti ibu akan bercerita mengenai Mat dan memuji Mat, ingin sahaja aku menjerit tetapi aku diam. Mat ada beli motosikal atas nama aku (p4ksaan ayah).

Dan motorsikal tu telah disaman kerana tiada cukai jalan. Mat memang suka tangguh bayar komitmen. Dia lebih suka berbelanja berbanding membayar hutang. Aku terp4ksa naik mahkamah untuk membayar saman kerana kend3raan tu atas nama aku. Dan sampai sekarang Mat tak bayar duit aku.

Dia meminjam duit aku atas nama ibu dan aku akan bank in. Suatu hari tu, Mat bawa ibu dan ayah pergi bercuti tetapi dia minta aku bayarkan homestay tetapi dia ambil kredit dan mengatakan dia yang membayar semuanya.

Aku juga kecewa dengan ibu dan ayah yang sering membanggakan Mat namun mereka langsung tak pernah memuji atau bangga dengan pencapaian aku seolah aku bukanlah anak kandung. Ketika Mat disahkan positif c19, ibu dan ayah begitu risau sampai ingin mengambil surat untuk merentas negeri.

Sedangkan aku pernah kemalangan dan dimasukkan ke hospital, ibu dan ayah hanya datang melawat pada hari pertama dan ibu membebel kerana aku cuai ketika memandu. Tetapi aku tak salahkan ibu ayah kerana apapun bagi mereka Mat adalah anak yang boleh diharap berbanding abang sulong ku yang telah berkahwin.

Aku tak ada masalah dengan abang sulong dan kakak ipar dan sejujurnya aku lebih selamat dengan abang sulong. Abang sulong aku tak pernah ambil kesempatan atas aku, dia menyayangi aku sebagai adik perempuan. Dengan abang long sahaja aku memanggilnya abang tetapi bukan Mat.

Sampai aku m4ti pun aku tak akan mengaku Mat abang aku. Aku berharap sangat abang sulong aku menjaga anak saud4ra perempuan dari pem4ngsa seperti Mat. Aku tak nak perkara buruk tu berlaku kepada anak saud4ra aku.

Aku ada teman lelaki, Azmi. Kami sebaya dan kenal sejak belajar lagi. Dia juga tak tahu tentang kisah silam aku. Tetapi sejak kebelakangan ini, aku ingin putuskan hubungan kami. Sebab aku merasakan Azmi seperti ada ciri-ciri predator atau aku yang terlalu overthinking.

Azmi pernah beritahu aku yang dia tak pernah ada adik perempuan jadi dia sangat suka tengok kanak-kanak perempuan. Dan apabila kami berkahwin nanti dia inginkan anak perempuan dan dia sendiri yang akan uruskan anak perempuan kami dan jika anak lelaki, aku yang akan uruskan.

Dan kata – kata Azmi merisaukan aku. Selama ni aku memang tahu dia sukakan budak dan anggap perkara biasa. Tetapi bila dia cakap macam ni, aku berfikir samada dia ni pedophile atau pun penyayang. Apapun aku masih ragu – ragu untuk berkahwin disebabkan kisah silam aku tu.

Aku masih lagi cuba untuk lupakan mimpi ngeri aku tu. Aku ingin dapatkan rawatan pakar namun aku rasa malu untuk mengaku yang aku pernah dinoda. Aku harap pendapat pembaca boleh membantu aku untuk aku lupakan tr4uma aku. Terima kasih yang sudi membaca luahan aku. – Nina (Bukan nama sebenar)

Baca juga:Isteri izin suami kahwin dua dapat payung emas, betul ke? Ini jawapan bekas Mufti