Penemuan Sumber Mineral Bernilai RM1.25 Trilion di Sarawak

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Jabatan Geologi Sarawak baru-baru ini telah mengumumkan penemuan sumber mineral yang dianggarkan

Bernilai RM1.25 trilion, termasuk emas, nadir bumi, bauksit, dan logam berharga lain.

Menurut Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, terdapat juga potensi untuk menemui

lebih banyak kawasan dengan bahan mineral berharga yang mempunyai nilai besar.

“Kajian yang telah dilakukan oleh pakar geologi negeri kami ke atas 32% daripada tanah negeri ini telah mengenal pasti mineral yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.25 trilion,” kata Timbalan Premier Menteri Sarawak.

Penemuan Sumber Mineral Bernilai RM1.25 Trilion di Sarawak

Laporan Malaysiakini menyebut bahawa kajian awal meliputi 12.4 juta hektar tanah di Sarawak dan penemuan ini menunjukkan potensi untuk penemuan lebih banyak lagi.

“Kami akan memperluaskan kajian kami, jika tidak dapat seluruh Sarawak, sekurang-kurangnya tambahan 20 peratus keluasan tanah lagi,” tambah Awang Tengah.

Selain emas, mineral lain yang terdapat di negeri ini termasuk bauksit, pasir silika, batu kapur, dan nadir bumi, dengan potensi besar untuk penemuan lebih banyak.

Awang Tengah juga memaklumkan penemuan simpanan emas yang besar di daerah Sri Aman, yang sebelum ini hanya terdapat di daerah Bau.

Penemuan ini dijangka akan mengubah landskap ekonomi Sarawak, menarik lebih banyak pelaburan asing, dan membuka peluang pekerjaan baru.

BACA: 29 tahun terpisah, wanita akhirnya berjaya jumpa dengan ibu kandung selepas buat benda ni