“Mak meninggal, ayah pula lari kahwin lain, abang aku tiap hari masakkan lauk telur sampai adik mengadu bosan makan telur hari-hari”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Raya tahun ni kami pakat – pakat plan nak balik kampung ramai – ramai. Kami 6 beradik. Almaklumlah, masing – masing dah berkeluarga, susah nak kumpul raya sama – sama.

Setiap kali raya mesti tak cukup korum. Dah la duduk lain – lain negeri. Tu belum lagi kisah balik rumah mertua.

Tapi kali ni plan kasi jadi. Setahun awal rancang. Sebenarnya kampung ni abang sulung kami ja ada.

Ayah kami dah lama kahwin lain tak peduli kami sejak adik bongsu aku lahir. Sekarang dia masih hidup atau tak pun tak tahu.

Mak kami dah meninggaI masa aku umur 8 tahun. Masa tu abang sulung aku umur 16 tahun. Mak aku ada lelah. Kami hidup serba kekurangan jugak la.

"Mak meninggal, ayah pula lari kahwin lain, abang aku tiap hari masakkan lauk telur sampai adik mengadu bosan makan telur hari-hari"

Mak kerja ambil upah kopek ikan bilis dan buat karipap hantar kat warung.

Abang sulung aku la yang banyak bantu jaga mak dan rumah. Kami 4 lelaki 2 perempuan. Aku no 5. Abang sulung paling rapat dengan mak. Sebab dia banyak dengan mak. Ye la kami kan kecik – kecik lagi sibuk main ja. Tau lapar mintak makan, tau ngantuk tidur.

Masa mak meninggaI, ada jugak sed4ra mara offer nak ambil kami. Tapi bukan semua. Macam adik bongsu aku masa tu umur 6 tahun. Sorang nak ambik dia, orang lain nak ambik aku. Kira pisah – pisah la. Kami masa tu memang takut la nak pergi rumah orang tak kenal. Kami bukan biasa duduk rumah orang.

Tapi masa tu abang sulung lantang bersuara, dia cakap tak pe. Dia boleh jaga adik – adik. Jangan pisahkan kami dia kata. Dia kata dia dah besar. Lega la kami masa tu walaupun ada jugak argument tapi abang sulung tetap dengan keputusan dia.

Walaupun kami tak rapat dengan abang sulung, tapi kami rasa selamat dengan dia. Dan kami 5 orang memang rapat kecuali dengan abang sulung tu. Haha. Abang sulung agak baran orangnya dan kurang bercakap. Tak macam kami jenis bising. Tapi dia sangat bertanggungjawab.

Masa tu dia jugak masih sekolah. Memang masa mak masih ada pun, habis sekolah dia pergi kerja dekat satu kedai tu. Malam dalam pukuI 8 dia balik. Dia masih buat rutin yang sama lepas mak meninggaI. Dia habiskan tingkatan 5 jugak. Lepas tu dia pergi kerja dekat kilang kayu.

Memang rata – rata orang kampung kerja situ.. Sebab mudah nak balik untuk urus keluarga. Kat rumah abang sulung yang masak. Setiap hari menu makanan kami sambal tumis telur pecah. Mungkin dia tau masak tu ja kot.

Dia akan p0tong bawang, panaskan minyak, masuk cili boh tu, masuk bawang tumis – tumis sikit. Lepas tu dia akan pecahkan telur dalam kuali tu jugak. Kacau – kacau, letak garam sikit, kicap pekat sikit, gula sikit. Tambah air supaya ada kuah. Kacau – kacau sikit dah siap.

Walaupun nampak simple, tapi memang rasa sedap. Pagi – pagi nak pergi sekolah dia suruh kami makan tu. Dengan teh o satu jug mesti ada atas meja. Lepas tu dia bungkus lagi nasi tu untuk kami. Adik bongsu aku masa tu dah pergi tadika dah. Dia cakap dia tak nak.. Sebab makanan kat tadika sedap.

Tapi abang sulung akan kata, tak pa makan sini juga. Ada la budak tu makan sesuap dua. Nak membantah mana berani. Kadang – kadang telur ayam ambik yang ayam bertelur depan rumah. Kadang – kadang dia beli. Masalahnya hari – hari kami makan tu ja.

Sesekali dapat jugak makan ayam masa ada kenduri kat kampung. Kadang – kadang ehsan jiran – jiran ada jugak hantar kuih hantar makanan. Terutamanya time puasa. Kami kalau nak mintak apa – apa kat dia memang tak berani.

Tapi kadang – kadang kami suruh adik bongsu pi cakap. Sebab dengan adik bongsu dia macam ok sikit. Sebab fikir masih kecik. Ada sekali kami suruh adik bongsu cakap dah jemu la makan tu ja.. Nak makan ayam pulak. Abang sulung jawab, ayam mahal kita tak de duit nak beli.

Nanti belajar kerja elok – elok baru boleh makan ayam. Masa tu kami terdiam la. Baru sedar kami ni miskin. Tapi lepas tu kadang – kadang ada jugak dia buat nasi goreng. Tapi pun mesti dalam nasi goreng tu ada sambal tumis tu jugak. Last – last kami semua dah immune dengan lauk tu.

Abang tak bagi kami buat kerja rumah. Dia hanya suruh kami belajar ja. Sebab ada sekali kakak nak basuh baju. Abang marah. Dia kata hal rumah biar dia fikir.. Dia suruh kami belajar ja. Dia ambik berat pasal pelajaran kami. Hari – hari balik rumah soalan pertama dia akan tanya kerja sekolah dah siap?

Setiap kali buku rekod tu, dia akan pergi sekolah jumpa cikgu. Seorang pun dia tak akan miss. Dia akan tanya adik dia ada masalah apa – apa tak.. Nakal tak. Kalau ada keputusan lemah, dia akan pergi jumpa cikgu subject tu pulak. Dia nak adik – adik dia cemerlang.

Oleh kerana tu kami memang tak berani nak buat hal kat sekolah. Kadang – kadangkan cikgu complain per4ngai kami. Dia akan w4rning. Kalau kami s4kit pun, dia akan tanya mampu berdiri tak. Kalau mampu berdiri kena pergi sekolah. Kalau rasa tak mampu baru tak payah pergi.

Tapi dia akan bawak la kami pergi hospitaI kerajaan ambik ubat. Masa tu dia bawak naik bas tekan – tekan tu. Kat rumah ada honda cup 70 tu. Sampai sekarang dia pakai motor tu. Motor tu pakcik kami bagi kat dia. Abang selalu alert time kami pergi sekolah dan balik sekolah.

Kalau pukuI 1.30 dah habis sekolah. PukuI 1.40 mesti ada kat rumah dah. Lewat seminit pun dia akan tanya pergi mana. Kami sentiasa ikut rutin.. Dia risau kami melilau merata.. Dekat cikgu – cikgu sekolah dia selalu pesan suruh tengok – tengok kami. Apa tak kena bagitau dia..

Abang kami tak pernah pukuI kami. Tapi aura bengis dia buatkan kami takut nak cari pasal. Kalau kami adik beradik berg4duh, kalau dengar tapak kaki dia terus kami senyap. Ada sekali tu, dekat sekolah kakak aku ada cikgu pratikal perempuan. Nama cikgu ayuni. (sekarang kak ipar aku) hehe

Oh ya abang aku ni sangat handsome orangnya. Tinggi kulit cerah badan tough. Ramai perempuan kampung suka dia. Melamar dia pun ramai. Tapi dia fikir adik – adik ja. Dia memang jenis tak layan perempuan. Dia sangat bertanggungjawab. Otak dia fikir kerja dan adik – adik ja.

Dia kahwin dengan kak ipar aku ni pun banyak drama jugak la. Dan dia yang paling last kahwin. Balik pada cerita tadi, biasa la kita kadang – kadang rapat dengan cikgu praktikal tambah – tambah kalau perempuan. Kan cikgu – cikgu praktikal muda.

So kakak aku ada la tolong cikgu tu buat kerja. Kira dekat pukuI 2 tak balik lagi. Abang aku terus pergi cari kat sekolah. Tapi masa tu kakak aku dah jalan balik dah. Terus abang aku tanya pergi mana. Dia jawab la dia dengan cikgu tu.

Terus abang aku tanya cikgu mana ajar apa. Kakak aku bagitau la. Esok pagi lagi, dia ikut kakak aku pergi sekolah suruh tunjuk cikgu mana. Kakak aku dah takut – takut la. Tapi kan memang betul dia dengan cikgu tu. Dia tunjuk la cikgu tu.

Terus abang aku pergi tanya cikgu tu. Betulkah adik saya dengan cikgu semalam sampai pukuI 2. Cikgu tu dengan takut – takut jawab ye. Dia tanya ada masalah ke. Abang aku kata kalau dengan cikgu tak pe la. Takut dia merayau tempat lain.

Lepas tu abang aku tanya hari ni balik lambat lagi ke. Dia nak tahu sampai pukuI berapa kakak aku dengan cikgu tu. Cikgu tu pun kata kat kakak aku, garangnya abang kamu. Tapi sebab sikap abang kami macam ni, kami tak berani nak menipu.

Kalau ada kelas tambahan kami akan inform pukuI berapa habis. Tapi dia akan tanya cikgu betul ke tak. Sebab dia risau kami pergi buat benda bukan – bukan. Abang aku dengan abang ngah kami beza umur 2 tahun ja. Ada sekali abang ngah duduk sembang dengan kawan – kawan dia. Tapi kawan – kawan dia mer0kok.

Abang sulung kami ternampak, balik rumah tu abang sulung aku cakap, lepas ni aku nampak kau dengan g3ng – g3ng tu, aku pecah muka kau eh. Terus abang ngah tak lepak situ dah. Malah adik beradik kami tak de yang mer0kok. Sebab abang aku tak bagi kawan dengan orang macam tu.

Dia tak suka melepak tak tentu hala. Dia suruh kami duduk rumah belajar. Kalau kami main dengan kawan – kawan kampung pun, mesti depan rumah kami. Orang tak berani kacau kami sebab abang kami jaga kami baik – baik.

Dulu pernah orang buIi aku. Abang aku pergi sekolah dia cakap lagi sekali kau buIi adik aku, aku pecah muka kau kat sini jugak. Memang tu tag line abang aku. Tapi lepas tu tak de orang berani cari pasal dengan kami. Aura dia satu kampung kenal.

Kami pun takut nak buat apa – apa takut orang kampung report dekat abang aku. Ada sekali tu, kakak aku datang haid. Kan abang aku basuh baju – baju kami. Dia kenal setiap pakaian tu sapa punya. Cuma lepas kakak aku dah dewasa, dia basuh sendiri baju dia sebab malu dengan abang aku.

Yang aku masih ingat, abang tanya kakak kenapa seluar ada d4rah. Kakak cuma diam ja. Lepas tu dia bawak akak jiran sebeIah rumah tu. Suruh pergi check kakak aku. Masa tu aku ingat lagi kakak tu cakap adik kau dah jadi anak d4ra dah.

Lepas tu ada la abang bagi duit dekat kakak tu. Agaknya suruh uruskan dia kot. Tapi m4kin strik la dia jaga kakak aku lepas tu. Dia tak bagi main tak tentu hala dengan adik beradik lelaki. Tak boleh kawan dengan budak – budak laki. Macam – macam la.

Dia sikit – sikit suruh kakak jiran tanya kakak aku ok ke tak.. Ada la kadang – kadang nampak kakak aku keluar dengan kakak jiran tu. Abang aku bagi duit suruh bawak kakak aku beli barang. Kami kalau ada kelas petang ke apa, dia mesti datang sekolah hantar bekal sambal tumis tu la.

Tapi dia bagi jugak duit belanja sekolah. Tapi tetap dengan pakej sambal tumis tu. Ada sekali dia bungkus untuk kawan aku jugak. Sebab kawan aku cakap kat dia sedap sambal tu sebab aku bagi kawan aku rasa. Aku tak berani nak cakap, kawan aku berani – berani ayam tapi cakap jugak la.

Abang aku jenis ambil tahu siapa kawan – kawan kami. Kalau kami keluar dengan kawan, mesti kena bagitau kawan yang mana. Abang aku walaupun masak telur ja. Tapi hal pelajaran kami dia perfect. Yuran sekolah ke apa ke. Semua cukup.

Tak pernah due. Kalau kami kata cikgu mintak duit. Dia tanya berapa, paling lewat 3 hari mesti dia bagi duit kat kami. Setiap tahun baju sekolah baju raya mesti seorang dapat sepasang. Baju raya 2 pasang. Dia akan bawak beli kat pekan naik bas.

Masa mak ada pun tak pernah kami dapat 2 pasang.. Tak tahu la macam mana dia urus duit. Yang lelaki baju melayu, dengan set t shirt jeans. Yang perempuan baju kurung dengan baju gaun atau t shirt yang kita berkenan. Tapi untuk diri dia, dia tak beli apa – apa.

Dia memang kerja keras tak kira masa. Semua kerja dia buat. Time raya kami meriah jugak. Dia akan order lemang serunding, kuah kacang . Kiranya serba lengkap jugak la. Kuih raya mesti ada bahulu, kuih bakar. Kuih – kuih tradisional. Semua order kat orang. Tak pun beli kat pekan.

Cuma bila kakak aku dah besar – besar, kakak aku ada la buat – buat kuih. Tengok resepi dalam paper. Kan zaman tu selalu keluar resepi dalam paper. Beli bahan mintak duit kat abang aku. Walaupun dia ada duit atau tak tapi dia sentiasa cuba bagi.

Kadang – kadang dia tanya nak beli bahan apa. Tulis dalam kertas bagi dekat dia.. Lepas tu pergi bakar rumah jiran sebab kami kan takde oven. Ada sekali abang sorang tu lemah dalam pelajaran. Abang carikan tuisyen untuk dia. Siapa lemah pelajaran mesti akan pergi tuisyen.

Abang selalu pesan kena cemerlang sebab takde pendidikan takde kehidupan pesan dia. Kami pun guna nasihat tu untuk anak – anak kami. Abang ngah lepas spm masuk tent3ra. Walaupun abang sulung nak dia sambung belajar, tapi abang ngah kata dia minat ask4r.

Akhirnya abang sulung akur jugak la. Tapi dia happy jugak la. At least kerja jamin masa depan. Abang ngah pun ada sambung belajar dekat kem tent3ra dan naik pangkat dah. Kira kami adik beradik semua ada degree dan kerjaya bagus macam yang abang nak. Kecuali dia. Dia kan lilin yang membakar diri.

Cita – cita abang aku hanya satu ja, semua adik – adik dia masuk menara gading dan ada kerja bagus. Kakak dapat results spm cemerlang. Oh ya, cemerlang macam mana pun keputusan. Abang sulung tak bagi adik – adik dia duduk asrama.

Dia mesti nak adik – adik depan mata. Sebab dulu lepas pmr ada ja yang dapat asrama, tapi abang tak bagi. Bila kakak nak masuk u, abang nampak happy la. Dia uruskan kereta. Driver dalam kampung ni jugak. Kami ramai – ramai hantar kakak dekat u. Siap jiran – jiran pun ikut. Best giIa masa tu.

Lepas tu segala perbelanjaan abang aku uruskan. Abang aku pesan jangan buat kerja – kerja partime. Nak duit mintak kat dia. Kakak aku doktor sekarang ni. Membanggakan dia dan orang kampung. Kalau balik cuti dia mesti tak sabar – sabar nak rasa sambal tumis tu sebab dok jauh – jauh rindu masakan tu. Walaupun ada makanan lain, memang teringat sambal tumis tu.

Lepas kakak masuk u, abang ngah nak kahwin. Abang ngah ada jugak la bantu – bantu kami. Cuma ada abang ngah senang nak luah perasaan. Nak kenalkan pasangan ke apa. Sebab nak cakap dengan sulung rasa kekok. Kalau yang perempuan ada bf, macam – macam abang sulung soal siasat lelaki tu.

Dia tak nak adik – adik dia kahwin dengan orang yang salah. Masa berganti masa, seorang demi seorang ahli dalam rumah tu berkurangan. Semua dah pakat sambung belajar. Kerja, kahwin. Tapi abang aku masih macam tu jugak. Masih buat kerja yang sama. Masih kirim duit kat kami walaupun kami masing – masing dah kerja elok.

Tapi kalau kami bagi duit dia tak akan ambik. Kami ajak pergi mana – mana pun dia tak akan ikut. Dia tak pernah sekali pun keluar dari rumah tu. Walaupun masing – masing dah ada kehidupan, tapi kadang – kadang rindu jugak sambal tumis dia tu. Buat sendiri tak sama rasa macam abang buat.

Dan dia, masih masak tu jugak. Kak ipar aku pun suka makan sambal tu. Ye la orang tu jatuh hati pun sebab sambal tu. Hehe.. Kadang – kadang kakak ipar malas masak, dia suruh abang aku buat sambal tu. Kak ipar suka cicah dengan roti gardenia tu.

Raya kedua hari tu kami request nak sambal tumis telur pecah versi abang aku. Satu periuk besar abang aku masak. Letak sepapan telur. Puas semua orang makan. Budak – budak yang malas makan nasi pun makan dengan selera.

Cara masakan yang masih sama, dengan rasa yang masih sama. Tak de yang berubah. Masa kami balik, nampak la sayunya muka abang aku.. Ye la nak kumpul semua sekali macam ni tah bila pulak kan. Tapi tu la putaran kehidupan yang semua orang akan lalui kan. Semoga abang aku sihat selalu. Tu ja doa aku pada dia. – Lad (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Dila Hamid : Seorang abang yang terlalu bertanggungjawab. Bertuah sunguh kalian sebagai adik – adiknya. Tergambar bertapa korang semua begitu sukakan sambal telur pecah hasil air tangan abang sulong. Kalau dah hari – hari dijamu itu.. membesar pun menu itu.

Alhamdulillah semua dah berjaya. Sedikit pesanan. Horm4ti dan ambil berat kesihatan abang tu. Dia pengganti ibu dan ayah. Semoga setiap kebaikan abang ada ganjaran di sana kelak.

Rose Bahar : Sebak baca. Bagus cerita ni, seorang abang yang sangat – sangat bertanggungjawab, tegas dan membanggakan. Alhamdulillah, happy baca cerita sis. Tegas dia tu la buat korang berjaya, mesti dia hadapi detik – detik yang sangat sukar besarkan adik – adiknya kan.

Besar pahala abang sulung, syukur adik – adik pun nampak menghargai penat lelah abang. Nanti share la lagi kalau ada apa – apa peristiwa menarik masa korang membesar tu. Mesti ada kan? Oh ya tang abang kawen tu jangan skip ya.. Cerita lagi ya. Seronok baca

Srikandi Tinta : Buat satu tabung rahsia untuk abang, semua orang sumbang setipa bulan. Hantar abang pergi haji pakej terbaik. Itu hadiah terikhlas untuk dia selain doa. Percayalah, kalian takkan rugi sedikit pun, sebab abang pasti akan baIasi dengan doa untuk semua. Doa dia sebagai manusia baik Allah makbul. Buatlah sesuatu, jangan sampai terkilan tak sempat baIas peng0rbanan dan jasa dia.

BACA: Nampak macam kenduri kahwin, rupanya kenduri raikan lelaki baru bercerai