“Semuanya berubah bila anak sambung belajar di luar negara, suami ceraikan saya dalam keadaan anak bencikan saya”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Wanita bukan berkahwin untuk bercerai, kahwin pun bukan hendak cari kekayaan, apa lagi pangkat dan gelaran.

Doa setiap isteri agar diberikan pasangan yang baik, sudi berkongsi susah senang kehidupan di samping anak – anak yang memahami masalah dan kehidupan ibu bapa mereka.

Tetapi dalam kehidupan saya agak lain sedikit, walaupun ada suami, tetapi saya lebih banyak terp4ksa hidup sendirian,

menguruskan makan minum dan pelajaran anak – anak sendiri, sebab suami lama bekerja di luar negara dan pernah tidak bekerja beberapa tahun.

Jangan salahkan saya kerana tak ikut suami bekerja di luar negara, tetapi suami tak benarkan saya ikut dia. Katanya pelajaran anak – anak lebih penting, jadi lebih baik saya duduk di rumah.

"Semuanya berubah bila anak sambung belajar di luar negara, suami ceraikan saya dalam keadaan anak bencikan saya"

Saya patuh. Tetapi tanpa saya sedari kerana tak ikut suami inilah jadi masalah kepada saya konon saya banyak habiskan duit berhibur ke sana sini, sedangkan dia berk0rban duduk sendirian dalam kesusahan semata – mata cari nafkah keluarga.

Pend3ritaan hidupnya inilah yang sering diulang – ulang ‘dinyanyikan’ ke dalam jiwa anak – anak, konon dia berk0rban bekerja sedangkan isteri enjoy, habiskan duit yang dia beri setiap bulan.

Tetapi sedarkah dia, duit yang dia beri tak sebanyak mana, habis untuk belanja sekolah anak – anak, tambang bas sekolah, duit saku, duit tusyen, duit kelas mengaji, makan minum, duit ansuran rumah, bil utility, cukai pintu, dan segala mak nenek yang suami tak pernah ambil tahu.

Per4ngai Hisyam tak macam ni ketika dia bekerja di KL, tetapi bertukar setelah kerja di luar negeri. Maklum duit gaji banyak, egonya melambung. Dia lupa semasa dua kali dia kena buang kerja, siapa tanggung makan minum keluarga, keperluan anak – anak, ansuran rumah dan segala mak nenek.

Semua saya kena tanggung, nasib saya bekerja, kalau tidak m4ti kering kami anak beranak. Walaupun saya terp4ksa berhutang dengan adik beradik untuk cukupkan keperluan keluarga tetapi saya tak pernah merungut, sebaliknya saya suruh dia bersabar.

Cuba cari kerja lain, biarlah saya susah berhutang untuk keluarga. Namun ego Hisyam tinggi, dia tak mahu cari kerja, sedangkan kawan dan saud4ra mara dia tahu syarik4t tempat dia bekerja ditutup tapi dia tetap tak mahu cari kerja.

Dia tak mahu minta bantuan kawan apatah lagi bertanyakan kalau ada kerja kosong di tempat mereka. Dia sanggup duduk rumah saja. Kerana kehidupan bersama 4 orang anak sem4kin terdesak. Akhirnya saya tebalkan muka, diam – diam saya jumpa kawan dia minta carikan kerja untuk Hisyam.

Syukur Alhamdulillah dia dapat kerja tanpa mengetahui saya yang usahakannya. Hisyam fikir dengan pegalaman dan ijazah luar negaranya orang cari dan bagi dia kerja. Saya tak pernah cerita pada dia, bahawa saya usahakan dia dapat kerja itu sebab saya tak mahu dia rasa rendah diri.

MaIangnya setelah dapat gaji lumayan dia berubah menjadi sombong dan bangga diri. Saya tak kisah dia sombong, yang penting dia bagi nafkah, sebab pelajaran anak – anak penting, rumah tak terlelong dan saya boleh bayar hutang yang bertimbun untuk menyara keluarga sepanjang beberapa tahun dia tak bekerja.

Sedihnya nafkah yang diberi tak mencukupi, anak – anak nak ke sekolah, nak duit untuk kelas agama nak mengaji quraan, nak bayar tambang bas sekolah kalau seorang kena bayar RM180 kalau 4 orang berapa jumlahnya, belum masuk, duit saku, dan pelbagai keperluan lain.

Tetapi saya bersyukur, dan sentiasa menutup mana – mana yang tak cukup asalkan anak – anak boleh ke sekolah dengan aman tanpa terganggu fikiran mereka kerana masalah wang. Kepada ibu – ibu seperti saya tentu faham masalah bila suami tidak bekerja, dan ketika bekerja di luar negara, semua urusan persekolahan anak – anak dan makan minum serta rumah menjadi tanggungjawab kita seorang.

Dan syukur hubungan saya dengan anak – anak jadi akrab. Sebab saya tempat mereka bertanya dan meminta pandangan. Namun masalah mula menjelma apabila Hisyam cemburu hubungan baik saya dengan anak – anak. Dia berubah mula membeli jiwa anak – anak dengan beri mereka hadiah gajet mewah seperti smart watch, IPad, telefon pintar berjenama dan macam – macam lagi.

Keperluan mereka dipenuhi setiap kali balik bercuti. Bila anak – anak masuk universiti, Shamsi hadiahkan 3 buah kereta mewah untuk mereka pergi belajar. Jadi tentu anak – anak sayangkan ayah mereka. Tapi anak tidak tahu kereta tersebut dibeli gunakan nama saya, sebab Hisyam kerja luar negara susah dapatkan pinjaman bank.

Hisyam beri duit muka dan bayar setiap bulan . Masalahnya kalau mood Hisyam tak baik dia tak mahu bayar ansuran kereta. Jadi siapa kena bayar tentulah gaji saya kena p0tong, anak -anak tidak tahu masalah ini. Yang mereka tahu ayah belikan mereka kereta.

Bila kereta mahal, servis dan insuran pun mahal, saya lah kena bayar. Dan bila dia tak mahu bayar ansuran bulanan kereta, mengelupurlah saya bila bank telefon. Siapa tak s4kit hati. Bukan sikit saya kena bayar 3 biji kereta!

Itulah per4ngainya yang saya terp4ksa tanggung. Tapi saya tak beritahu anak – anak sebab tak mahu jiwa mereka terganggu, biarlah saya selesaikan masalah ini. Berbelas tahun bekerja di luar negara tentulah anak – anak sayang ayah mereka kerana dimanjakan dengan benda benda mewah dan wang ringgit.

Jadi sesekali balik dia mahu anak – anak lebih sayangkan dia bukan saya, contoh bila anak – anak balik dari sekolah atau kolej, mereka akan bertanya, “mana mama, ayah?’’ Serta merta Hisyam meng4muk, “aku bekerja berhempas pulas cari nafkah bagi makan minum korang, bayar duit sekolah, tusyen, bagi duit saku, bagi telefon, kereta, IPad dan macam – macam, tapi emak yang korang cari? Apa aku ni tunggul ke?”

Jadi anak – anak tak berani tanya atau berbual dengan saya, jika ayah mereka ada di rumah. Sebab ayahnya tak suka. Dia akan ungkit semua pemberiannya terutama kereta. Sebab itu anak – anak mula tak sukakan saya, sebab saya tak beri mereka kemewahan.

Dan dengan sendirinya saya tidak mendapat perhatian anak – anak. Semua mesti tanya Hisyam. Ketika anak – anak masih belajar saya tak kisah dengan per4ngai ayah mereka, sebab saya fikir benda biasa, tetapi keadaan berubah bila anak – anak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Mereka tak pernah berbincang dengan saya, kalau ditanya pun mereka jawab sambal lewa. Awalya saya fikir biasa sahaja, mungkin mereka sibuk, tetapi melarat kepada anak kedua dan ketiga, semuanya sama sahaja, mereka langsung tak pedulikan saya, kalau ditanya pun mereka tak jawab.

Bila duduk luar negara keadaan jadi lebih teruk lagi, kalau saya telefon mereka langsung tak angkat telefon. Anak yang sulung lebih teruk lagi. Ketiga – tiga mereka perempuan. Anak kedua dan ketiga selepas habis belajar pun tak mahu duduk dengan saya, suka duduk sendiri, ayah mereka pun sama, dia sewa rumah sendiri. Tinggallah saya dengan anak bongsu.

Keadaan menjadi kucar kacir Hisyam bukan sahaja keluar rumah tetapi ceraikan saya. Memang saya terk3jut dan hairan, mengapa ini terjadi. Hisyam ceraikan saya setelah bersara ketika berusia 60 tahun, setelah balik dari luar negara.

Saya tanya dia tak mahu jawab sama seperti per4ngai anak – anaknya, bila saya telefon mereka tak pernah jawab. Adakah kerana mereka dapat jawatan tinggi dan professional mereka rasa tak perlu ada emak lagi, saya dapat tahu dari kawan – kawannya, mereka rapat dengan ayah mereka, kerana ayah yang membiayai pelajaran mereka.

Bukan saya yang mendidik, membimbing dan menasihati mereka ketika ketiadaan ayah mereka di sisi. Rupa – rupanya hasutan kebencian ayah mereka berjaya menjauhkan mereka dari saya yang kononnya langsung tidak tidak membiayai pelajaran mereka.

Sebagai ibu memang saya sedih bila anak – anak benci saya terutama ketika kita menyambut hari raya atau meraikan hari lahir. Tiada seorang pun pulang beraya atau hubungi saya kecuali anak bongsu yang bersama saya sekarang.

Saya syukur mereka dapat kerja baik dan professional, tetapi janganlah takut saya tak pernah terniat meminta duit ringgit mereka, sebab saya pun ada duit dan masih boleh bekerja setahun dua lagi sebelum bersara.

BACA: ‘Jangan cerita dekat orang oi!’ Roy Azman kantoikan cara Awie makan durian