Pembuli jalan ‘catwalk’ dengan bangganya lepas bayar denda RM100 bikin netizen bengang

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seorang pembantu rumah orang tua mengaku bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan membangkitkan kemarahan

berhubung kes buli siber pempengaruh media sosial, Rajeswary Appahu atau dikenali sebagai Esha, di aplikasi TikTok.

Majistret Arunjothy M Selvarwam mengenakan denda RM100 terhadap P. Shalini, 35 tahun.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok alphaquinnsha dengan tujuan membangkitkan kemarahan dan mengganggu keamanan.

Menurut sumber, kesalahan itu dilakukan pada 1 Julai lalu kira-kira jam 4.10 pagi di Sentul.

Pembuli jalan 'catwalk' dengan bangganya lepas bayar denda RM100 bikin netizen bengang

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Untuk rekod, pada 5 Julai lalu, pempengaruh berusia 30 tahun itu ditemui meninggal dunia, sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, mengesahkan seramai 11 saksi termasuk ahli keluarga mangsa telah selesai dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan polis dalam kes tersebut.

BACA: Bapa suspek kes Farah Kartini akhirnya buka mulut, beri respon ujian yang menimpa anaknya