“Kerana miskin kami jadi bahan hinaan pak long, kerana ayah pewaris harta pusaka, tiba-tiba mak long baik dengan ayah”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Emak, mak yang paling terbaik di dunia dan semoga beliau dikurniakan syurga. Kenapa aku cakap mak aku terbaik?

Sebelum tu, aku perkenalkan diri aku sebagai As. As apa? Assalamualaikum. K melawak je.

Mak aku dari aku kecik, seorang yang sangat berdikari. Mak aku menjahit. Mak aku lah besarkan aku bersama 2 kakak dan 2 abang (aku anak bongsu).

Mana ayah aku? Entahlah masa tu tengah leka dengan perempuan lain dan beberapa siri khilaf beliau.

Ayah aku bangga ye dengan pencapaian beliau yang sampai degree dan master tak jad tui.

"Kerana miskin kami jadi bahan hinaan pak long, kerana ayah pewaris harta pusaka, tiba-tiba mak long baik dengan ayah"

Padehal semua tu mak aku yang bertungkus lumus bagi duit untuk dia sambung belajar. Masa ayah aku sambung belajar mana ada duit, dapat separuh gaji je.

Mak aku la top-up. Itu pun ayah aku anggap mak aku ni tak sama level. Sabarkan mak aku ni. Mak aku yang tak sama level ni lah besarkan kami sampai semua anak dia masuk uni. Alhamdulillah. Aku sejujurnya dibesarkan tanpa ada ayah secara sedar tak sedar.

Tapi aku bukan nak cerita pasal ayah aku. Aku nak cerita pasal mak aku dan keluarga ayah aku. Mak dan ayah aku ni berkahwin tanpa restu keluarga ayah aku. Padahal mereka sepupu. Disebabkan tak suka, keluarga beIah ayah aku canang dan fitnah macam – macam pasal mak aku.

Tapi kan dah jodoh, buatlah macam mana tetap bersama sampai sekarang. Punyalah dorang tak suka, keluarga ayah ( Nenek, atok ) ni kan. Dengan kami semua dia tak suka. Kami balik sana berlapar, makan pun kena berkira – kira.

Bila kami dah besar, baru lah kami faham orang tak suka dan sebelum balik ke kampung, mak akan bagi kami makan kenyang – kenyang dulu. Sampai satu tahap, arw4h nenek bagi rempenyek yang dia buat dari hampas – hampas lepas tu bagi dekat ayah.

Sanggup kan buat anak sendiri macam tu.. yang kelakar nya maklong cerita balik. Tak faham la kenapa cerita balik, nak batu api ke atau sengaja meny4kitkan hati. Lepas tu, masa mak dengan ayah aku takde kereta, mereka balik kampung naik bas dengan anak keciknya dan pak long janji sengan ayah nak ambil. Turns out, pak long tak ambil pun.

Ayah cakap dekat mak, “nampaknye dorang tipu kita”. Terp4ksa naik teksi wei dengan duit takde, mencakau cari sana sini. Kesian mak ayah aku. Itu pun mak aku baik hati, mak lupakan je. Sebab masa dorang susah, dorang hantar anak – anak dorang makan dekat rumah mak ayah aku.

Sebab rumah mak ayah aku makan ayam. Mereka nak makan ayam pun tak mampu masa tu. Baik kan mak ayah aku. Yelah, hidup kan macam roda, kadang – kadang kau kat bawah, kadang – kadang kau kat atas. Lepas tu sebab anak mak long nak belajar SPM dengan aku (kononnye). Sekolah lah dengan aku.. Menumpanglah rumah mak ayah aku.

Hakik4tnya dia tak belajar pun! Dia pergi buat hal!!!! Pergi berg4duh dengan classmates dia sampai dia nangis – nangis nak tukar sekolah. Tak cukup lagi, dia pergi burukkan mak aku dekat jiran – jiran wei. Aku carutkan je.

Sebab apa carut, sebab kau dah menumpang tempat tinggal, makan minum semua. Lepas tu kau boleh burukkan orang tu balik. Apa punya per4ngai ni? Keluarga mak long memang banyaknya kalau susah cari mak ayah aku.

Paling hardcore, mak long tuduh mak ada guna – guna semacam sih1r.. hahahahha. Kalau sih1r, dah lama disih1rkan anak kau yang tinggal dengan kami dulu. Sekarang ni elok je dia.. Kesiankan mak aku, dia tetap sabar. Last sekali yang paling baru, mak long tiba – tiba baik dengan ayah but actually nak harta.

Ayah anak sulung lelaki, jadi harta banyak dapat (supposedly lah kan), tapi ayah bagi je semua dekat mak long. Harta yang tak seberapa. Dulu mereka pernah juga tuduh mak aku nak harta ayah aku. Apa dorang tak tahu yang sebenarnya mak aku yang banyak cari duitttt..

Masa arw4h nenek meninggaI, mak aku nak salam – salam dengan dorang ni, dorang boleh buat muka dan tak nak bersalaman. Macam mana mak aku begitu sabar. Sampaikan kakak aku tegur, “dahla mak jangan salam dengan orang yang tak nak salam dengan kita.” Per4ngai tak pernah dibuat orang.

Aku tak pernah jumpa la per4ngai macamtu hatta dalam drama sekalipun. Itu jela yang selalu aku duk ulang cakap. Ada banyak lagi story pasal keluarga belah ayah aku ni. Majoritinya per4ngai mereka tak pernah dibuat orang. Harap aku dan keluarga aku dijauhkann dari per4ngai buruk. Aamiin. – As (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Khadeeja Safiyah : Buat tt, aku ada makcik yang sangattt baik, suami ada pompuan lain malas kerja pun makcik aku tetap taat. Orang mengata macam – macam pun dia senyum je. Lepas suami dia meninggaI, Allah bagi sebesar – besar nikmat pada makcik aku.

Hidup dia senang lenang, anak – anak semua soleh solehah. Banyak masa dia sekarang guna untuk belajar fardu ain, mengaji. Dah bercicit pun makcik aku sekarang, tapi masih gagah lagi berkebun.

Tiap – tiap tahun Allah jemput ke tanah suci, dia selalu cakap dia nak meninggaI kat Mekah. Untuk tt, abaikan jelah per4ngai t0ksik tu, takpe maafkan je mereka semua. Dengan memberi maaf tu hati kita akan tenang, tu pesan makcik aku.

Sue Jenny : Contohi mak tt.. biar orang buat pada Kita, jangan Kita baIas.. Kita baIas, sama level la kita dengan mereka. Allah tak pernah tidur.. diberikan rezeki yang banyak pada mak dan anak – anak yang membanggakan.

BACA: Sejarah kumpulan New Boyz ramai budak sekarang tak tahu dan apa kaitan dengan Tomok