Wanita terkejut dengar pengakuan anak selepas bermalam di rumah bekas suami

Oleh AHMAD SULAIMAN

Tiada hati perut, seorang bapa yang juga bekerja sebagai anggota bomba tergamak mempergunakan anaknya sebagai tempat untuk melepaskan nafsu serakah.

Perkara mengejutkan itu didedahkan sendiri oleh bekas isterinya di Instagram sejak beberapa hari lalu.

Walaupun sudah bercerai sejak tahun 2020, wanita ini terbuka berikan keizinan pada bekas suami untuk bergilir-gilir menghabiskan masa dengan anak mereka yang mesra digelar Sea.

Namun ketika baru dijemput pulang dari rumah lelaki terbabit, Sea tiba-tiba mengadu rasa perit pada bahagian Miss V sebelum minta ditukarkan lampin.

Setelah diperiksa, si ibu amat terkejut kerana menemui kesan merah dan robekan.

Wanita terkejut dengar pengakuan anak selepas bermalam di rumah bekas suami

sebelum ini, lelaki terbabit sudah lost contact dan tidak datang bertemu Sea selama setahun.

Namun pada Januari 2024 iaitu tepat pada hari ulangtahun kelahiran Sea yang ke-5, dia tiba-tiba muncul untuk bersatu semula dengan kanak-kanak tersebut.

Si ibu yang tidak mengesaki apa-apa justeru berlapang dada memberikan ruang buat 2 beranak terbabit.

Dalam satu rakaman suara yang dikongsikan, Sea mendedahkan bagaimana ayahnya memasukkan satu objek aneh (bentuk bulat, bermata & berambut) ke dalam ‘organ bawahnya’ sebanyak 4 kali.

Rakaman suara penuh seperti yang berikut :

Rentetan perbuatan terkutuk ini, Sea sempat hilang selera makan dan ketakutan untuk minum kerana khuatir proses membuang air kecil yang cukup menyakitkan.

Rasa trauma yang dialami juga membuatnya enggan didekati mana-mana lelaki hatta datuknya sendiri. “Ayah jahat dengan Sea“, itulah ayat sama yang kerap diulanginya menunjukkan betapa kejadian tersebut memberikan trauma besar buat anak sekecil itu.

Tindakan viral ini terpaksa diambil memandangkan laporan polis yang dibuat tidak mendatangkan hasil.

BACA: Nenek maut dinodai lelaki 30 tahun lebih muda, jasad ditemui cucu