Sekumpulan nelayan mengalami ketakutan ketika beberapa peluru berpandu kruz milik tentera Russia
terbang rendah berhampiran mereka, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Video kejadian direkam oleh nelayan-nelayan ketika mereka sedang menangkap ikan
Di Laut Caspian, kira-kira 1,609 kilometer dari Ukraine.
Peluru berpandu Kalibr dikatakan meluncur rendah dan dipercayai mengarah ke bandar raya Kiev di Ukraine.
“Peluru berpandu terbang ke arah kami,” kata salah seorang nelayan dalam video itu.
“Saya berasa kagum,” kata individu lain.
Tentera Russia menggunakan peluru berpandu kruz altitud rendah untuk mengelakkan daripada dipantau oleh sistem pertahanan udara Kiev.
Pada Isnin yang lalu, askar Moscow melancarkan serangan ke atas hospital kanak-kanak di Kiev yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh.