Hari ini sembur esok ‘clear’! Ini cara mudah hapuskan rumput liar di rumah

Oleh DAHLIA MARZUKI

Baru-baru ini rumput di halaman dibersihkan tetapi tidak sampai sebulan sudah tumbuh kembali.

Sama ada halaman kecil atau besar, rumput liar tetap menjadi masalah yang menyusahkan.

Selain menggunakan racun semburan, terdapat cara lain yang lebih mudah namun berkesan yang boleh kita lakukan sendiri untuk membasmi rumput di halaman.

Menurut Johari Kamal Jer, hanya dengan menggunakan semburan yang mengandungi garam kasar, cuka, pencuci pinggan, dan air panas, rumput akan mati dengan cepat tanpa mengira jenisnya.

Berikut adalah 4 bahan yang perlu disediakan:

Hari ini sembur esok 'clear'! Ini cara mudah hapuskan rumput liar di rumah

Katanya, cara ini telah diamalkan sejak lama dan terbukti berkesan.

“Semburkan pada pagi hari, esoknya semua rumput akan layu. Tidak kira jenis rumput apa pun, semuanya akan mati.”

Bagi berkongsi cara mematikan rumput, katanya perlu menyediakan bahan-bahan berikut:

500 gram garam
1 botol cuka
1 periuk kecil air panas
2-3 titis pencuci pinggan (Sun Light)

Caranya

1. Bancuh garam dan cuka dengan air panas hingga sebati. Kemudian titis pencuci pinggan ke dalam bancuhan.

2. Kemudian masukkan dalam pam dan boleh sembur pada rumput. Jika sembur waktu pagi, esok akan nampak hasilnya, semua ‘clear’.

3. Lakukan setiap bulan supaya rumput tak tumbuh lagi.

-Kegunaan pencuci pinggan adalah sebagai pelekat semburan pada daun dan tanah.
-Pastikan basuh pam selepas digunakan untuk mengelakkan karat kerana kandungan air garam.

BACA: “Terlalu lama aku simpan luka ni, dalamnya luka hati seorang suami bila ditengking dan dimaki isteri sendiri hari-hari”