Seleweng wang sumbangan, bapa baby Syifa ditahan Polis

Oleh AHMAD SULAIMAN

Bapa kepada bayi yang meninggal dunia di pusat asuhan pada tahun 2022 yang dikenali sebagai Baby Syifa

Beliau telah ditahan polis pada petang Selasa atas dugaan penipuan dalam urusan yuran guaman.

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, mengesahkan bahawa lelaki tersebut

telah ditangkap pada pukul 2.45 petang di Kuala Lumpur dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, lelaki itu didakwa melibatkan penyelewengan dana sumbangan orang ramai yang dituju ke akaun syarikatnya, YY Community Center.

Seleweng wang sumbangan, bapa baby Syifa ditahan Polis

Walau bagaimanapun, bekas peguam keluarga Baby Syifa, Hafiz Norkhan, menafikan dakwaan bahawa wang itu digunakan dalam proses mewakili kes tersebut.

Hafiz juga menyatakan bahawa dia tidak menyedari penggunaan namanya sehingga diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis tentang isu ini.

Pada 23 Februari sebelum ini, media melaporkan bahawa Baby Syifa ditemui tidak sedarkan diri selepas lehernya tersangkut pada kain buaian

di sebuah pusat asuhan di dekat Sendayan, sekitar jam 3 petang. Kejadian itu berlaku selepas bayi tersebut ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik oleh pengasuhnya.

BACA: Meraikan persahabatan antara manusia dan haiwan, anjing dapat hadiah rantai emas RM14110