Nonny Nadirah muat naik video menari sambil berkemban undang perhatian lelaki

Oleh DAHLIA MARZUKI

Belum genap seminggu selepas mencukur rambut sendiri, pelakon Nonny Nadirah sekali lagi menarik perhatian netizen dengan memuat naik video menari sambil bertuala.

Dalam video yang dikongsikan, Nonny atau nama penuhnya Nonny Nadirah Zainuddin, 34 tahun

Dia menunjukkan belakangnya kepada kamera dan kelihatan hanya mengenakan tuala.

Dalam bilik yang gelap, dia menunjukkan aksi menari sambil mengelilingi tubuhnya dengan tuala dengan penuh kegembiraan.

Tanpa banyak keterangan, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima ini hanya menambahkan emoji air sebagai kapsyen serta lagu Get Low oleh Dillion Francis dan DJ Snake di Instagramnya.

Nonny Nadirah muat naik video menari sambil berkemban undang perhatian lelaki

Walaupun begitu, hingga artikel ini ditulis, entri tersebut telah mendapat lebih 3,803 suka dari peminat drama Budak Intern itu.

Seperti tindakan mencukur rambutnya, ruang komen di bawah entri terkini ini juga telah ditutup, membangkitkan pelbagai tanda tanya tentang perilakunya baru-baru ini.

Minggu lalu, selepas menghilangkan diri untuk jangka masa yang lama, Nonny juga memuat naik video mencukur rambut sendiri dengan gaya ‘crew cut’.

Sebelum ini, dia pernah mengaku bahawa wajahnya menjadi senget akibat gangguan sihir yang dialaminya selama tiga tahun lalu.

Menurutnya, dia berdiam diri sepanjang tempoh tersebut dan gangguan itu dapat dipulihkan melalui amalan membaca ayat al-Quran.

BACA: “Terlalu lama aku simpan luka ni, dalamnya luka hati seorang suami bila ditengking dan dimaki isteri sendiri hari-hari”