Jika anda masih ingat, dalam pelajaran Sejarah di sekolah rendah, kita pernah mempelajari tentang ibu negeri bagi setiap negeri di Malaysia, yang kini menggantikan subjek Kajian Tempatan.
Adakah anda masih mengingati ibu negeri bagi setiap negeri di Malaysia?
Mari kita kongsi senarai ibu negeri yang telah diisytiharkan dalam sejarah negara kita tercinta:
Bermula dari utara, Kangar merupakan ibu negeri Perlis, Alor Setar ibu negeri Kedah, Georgetown untuk Pulau Pinang, dan Ipoh untuk negeri Perak.
Di sebelah timur, Kota Bharu ibu negeri Kelantan, Kuala Terengganu ibu negeri Terengganu, dan Kuantan ibu negeri Pahang.
Di bahagian selatan, Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor, Seremban bagi Negeri Sembilan, Bandar Melaka bagi Melaka, dan Johor Bahru bagi negeri Johor.
Sejarah ini sangat berkait rapat dengan pembentukan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur.
Shah Alam ibu negeri Selangor
Mengapa Kuala Lumpur menjadi wilayah persekutuan dan tidak diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor? Ini berkait dengan sejarah pembentukan Wilayah Persekutuan dan peranan penting Selangor dalam pembangunan Malaysia.
Kuala Lumpur telah lama menjadi pusat pentadbiran untuk Persekutuan Tanah Melayu serta pusat kegiatan perdagangan, perniagaan, dan perbankan sejak sebelum menjadi wilayah persekutuan.
Awalnya, Bangunan Sultan Abdul Aziz Samad di Dataran Merdeka adalah pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi, apabila DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menandatangani Perjanjian Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, Selangor melepaskan pentadbiran Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan, menjadikannya ibu negara Malaysia.
Kehilangan pusat pentadbiran utama ini mendorong kerajaan negeri Selangor untuk mencari kawasan baru untuk dibangunkan sebagai pusat pentadbiran negeri.
Terletak kira-kira 25 km ke barat daya Kuala Lumpur, kawasan Sungai Renggam dipilih untuk pembangunan pusat pentadbiran baru Selangor kerana lokasinya yang strategik.
Lokasi ini juga termasuk kawasan Batu Tiga, yang sebelum ini merupakan pusat perladangan kelapa sawit dan getah sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
Selepas itu, Sultan Selangor memutuskan untuk menamakan kawasan ini sebagai Shah Alam, sempena nama almarhum ayahanda baginda, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.
Demikianlah kisah pembentukan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada pembaca.
BACA: “Kawan tiba-tiba cakap ‘i love you’ masa tengok bola, aku ini penyondol ke