Gelagat anak kucing ‘gila’ makan durian curi perhatian netizen

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Gelagat seekor anak kucing yang sangat suka memakan durian membuat netizen ‘cair’ melihat kecomelannya menikmati raja buah itu.

Video berdurasi 44 saat yang dikongsi di laman TikTok @Abangkucing menunjukkan anak kucing itu

Tidak mahu melepaskan buah durian yang disuap oleh pemiliknya dan makan habis sampai tinggal biji.

“Baru jumpa baby (bayi) ni. Orang buang tepi jalan. Dia gila durian.

“Dia ni lain macam sikit. Gila durian. Tak boleh nampak orang makan durian, panjat-panjat minta. Tak boleh banyak. Pitam pula dia,” tulisnya.

Gelagat anak kucing ‘gila’ makan durian curi perhatian netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen yang lucu dan geram dengan kecomelan anak kucing berbelang hitam kelabu itu yang makan dengan sangat lahap buah durian tersebut.

“Sama macam kucing saya. Makan macam ni juga, gila durian. Sebiji habis dekat dia,” kata MadamAlia.

Dik, tu durian tau bukan wetpud (wet food),” kata justnaz.

“Sakit nanti sayang, panas durian tu alolo somel (comel) sangat,” kata mariautoi.

Perkongsian video tersebut berjaya mencapai jumlah tontonan sebanyak 857,500 dan 90,300 tanda suka.

BACA: “Selalu dengar lelaki kecewa awek takde dara tapi kes aku, pakwe dah takde teruna sebab main pelacur, aku saja minta hantaran tinggi, ingatkan dia putus asa”