Isteri skandal dengan adik ipar suami, luluh hati dapat tahu rupanya anak ke-3 bukan zuriat

Oleh AHMAD SULAIMAN

Acapkali kita dengar masalah perselingkuhan menjadi punca utama penceraian kebanyakan suami isteri.

Namun lebih menyakitkan lagi jika orang ketiga itu hadir di kalangan orang terdekat.

Pahit untuk ditelan, namun itulah dugaan berat yang menimpa seorang lelaki dengan nama samaran Putra ini.

Menerusi pendedahan bersama @Majoriti Official, Putra berkongsikan kepiluan hatinya setelah mendapat tahu zuriat ketiga hasil

perkahwinan terdahulu dengan bekas isteri rupa-rupanya adalah ‘benih’ lelaki lain.

Isteri skandal dengan adik ipar suami, luluh hati dapat tahu rupanya anak ke-3 bukan zuriat

Yang lebih memeranjatkan lagi, bapa kandung kepada kanak-kanak berusia 3 tahun itu merupakan suami kepada adik perempuannya sendiri. Bahasa mudahnya, si isteri menjalin hubungan terlarang dengan biras.

Tembelang Shaz dan Khal (bukan nama sebenar) terbongkar untuk kali kedua setelah Putra menjumpai beberapa bukti perbualan sekitar tahun 2019.

Jika pasangan Rani dan Mas Aris dalam kisah ‘Ipar Adalah Maut’ menggunakan aplikasi Fake Calculator sebagai medium perhubungan, Shaz dan Khal pula berkomunikasi menerusi aplikasi Signal.

Kata Putra, mesej-mesej yang dihantar menggunakan apps berkenaan akan hilang secara automatik pada waktu-waktu tertentu.

Pada 2018, dia dan bekas isteri memang pernah berpisah seketika. Namun wanita itu datang meminta untuk rujuk kembali atas dasar anak.

Malangnya, peluang itu disia-siakan sekali lagi dan ikatan terlarang itu terus berlarutan selama 5 tahun.

Untuk mengukuhkan kenyataannya, Putra sudah melakukan ujian DNA dan terbukti bahawa kanak-kanak itu bukanlah zuriat kandungnya.

Pihak Shaz, Khal serta keluarga bekas mentua berkeras menafikan tuduhan berkenaan dan terus mendakwa Putra hanyalah bercakap bohong.

Walhal setelah Khal menjalani ujian sama, keputusan DNA 2 beranak itu menunjukkan padanan sebanyak 99%.

Anak Ketiga Rupanya Bukan Zuriat Kandung, Isteri Jalin Hubungan Dengan Biras

Walaupun kanak-kanak itu bukan anak kandungnya, Putra masih mencurahkan kasih sayang seperti biasa sampai ke hari ini.

Sudah tidak mempunyai hubungan dengan bekas isteri, Putra bagaimanapun kesal kerana pihak sana telah menyebarkan dakwaan tidak benar yang pastinya memburukkan nama Putra.

Di mana pula keadilan buat dirinya yang sudah ditipu selama ini?

Menurutnya pada waktu-waktu sekarang, mereka seharusnya memikirkan tentang nasib kanak-kanak tidak berdosa itu.

Bukannya mengeruhkan lagi keadaan dengan plot-plot yang tidak penting.

BACA: Menteri pendidikan ‘kantoi’ miliki phd palsu raih perhatian rakyat