Aku berumur 20+ tahun, merupakan anak sulung dan mempunyai adik ipar lelaki berumur 30+ tahun. Aku masih tinggal bersama keluarga dan orang tua aku.
Adik perempuan aku bersama suaminya juga menetap bersama akan tetapi keadaan dan suasana dalam rumah kami agak tegang sejak dua menjak ini akibat ibu aku meminta ayah untuk diceraikan.
Aku faham situasi ibu yang di mana ayah tidak mempunyai gaji yang besar. Ibu sering mempertikaikan bahawasanya sering dieksploitasi
untuk membayar segala perbelanjaan dan pembiayaan. Akan tetapi ayah mempunyai sisi baik tersendiri.
Ayah aku seorang ayah yang baik, mementingkan pendidikan kami, sering melakukan kerja – kerja rumah tanpa mengharapkan ibu.
Ibu aku selepas balik kerja hanya berehat dan kami lebih banyak meluangkan masa dengan Ayah, hidupnya sangat bersederhana dan aku sedih melihat pakaian ayah yang lusuh, sangat dimamah usia.
Ayah sehingga sanggup berlapar demi pelajaran kami adik beradik. Ayah aku tidak panas baran dan jikalau diukur ayah adalah model ketua keluarga yang baik buat kami. Akan tetapi maIangnya ayah aku tidak mempunyai gaji yang tinggi berbanding ibu aku seorang ustazah dan pegawai kerajaan di jabatan kerajaan.
Perkara ini, ungkit mengungkit tentang kewanganan ni bukannya pertama kali berlaku. Sewaktu di zaman persekolahan dahulu juga pernah timbul isu penceraian ini beberapa kali. Aku sering menjadi orang tengah untuk mendamaikan situasi tegang ini.
Akan tetapi sejak kehadiran adik ipar lelaki ini, keadaannya agak di luar kawalan di mana keadaan ibu tidak seperti apa yang aku sangkakan bahkan lebih teruk dan di luar kawalan seakan – akan ada yang menghasut. Sejak bekerja di sebuah syarik4t kewangan, aku mempunyai masa yang agak terbatas untuk diluangkan bersama ibu dan ayah.
Jadi aku agak terkapai – kapai cuba memahami situasi. Aku menjalankan siasatan terhadap telefon bimbit ibu aku dan mendapati terdapat Whatsapp yang agak mencurigakan dari adik ipar lelaki aku. Adik ipar aku merupakan seorang ustaz Hafiz di madrasah.
Jadi tidak dapat kita sangkalkan jikalau ada sebarang permasalahan mak aku akan boleh rujuk. Di antara isi kandungan tersebut ada menceritakan yang ayah aku ada menyinggung perasaan ibu dan ibu meluahkan segala ketidakpuasan hati terhadap adik iparku.
Ibu juga ada memberi tahu hasrat untuk bercerai atau lari dari rumah. Pada mulanya terdapat nasihat – nasihat dari adik ipar yang di mana supaya bersabar dan tidak membuat keputusan melulu. Ya benar tanggungjawab suami adalah untuk memberi nafkah dan jikalau ia tidak dipenuhi boleh isteri meminta cerai.
Ibu juga ada memberi tahu yang dia ada berborak melalui Whatsapp dengan lelaki lain yang boleh dik4takan isi kandungan yang tidak baik, berbaur Iucah dan bertanyakan adakah ianya selingkuh terhadap suami. Apa yang meng3jutkan aku adalah adik ipar aku mengatakan ianya bukannya selingkuh bahkan seolah – olah tiada apa perlu dirisaukan.
Kemudian terdapat perbualan berbaur Iucah di antara adik ipar dengan ibu yang membuatkan aku s4kit hati dan meluap – luap kemarahan. Dia juga ada bertanyakan sama ada ibu mahu menjual rumah yang sedia ada dan membeli tanah lain.
Ada juga dia mengatakan tidak suka terhadap keluarga kami dan bertahan disebabkan ibu aku. Dia ada juga mencadangkan menghantar ayah aku ke kampung halaman setelah bercerai. Terdapat juga tanda – tanda yang sebenarnya lelaki yang ibu Whatsapp adalah dari kenalan adik ipar sendiri.
Aku tidak dapat mengawal kemarahan aku tapi demi keluarga aku simpan bukti dan mahu menyoal adik ipar akan hal tersebut. Akan tetapi ianya dihalang disebabkan aku ada mendapatkan pendapat dari adik lelaki dan dia bertindak melulu menyebabkan adik ipar aku menafikan akan hal tersebut dan mengatakan ianya adalah fitnah.
Aku mahu menunjuk bukti akan tetapi dihalang ibu kerana tidak mahu aibnya ditunjuk. Aku bagaikan tersepit dan kami terp4ksa akur meminta maaf akan perkara yang bukan sepatutnya kami dipersalahkan. Setelah beberapa hari, ibu memberi peluang kepada ayah untuk berubah dan selepas beberapa bulan keadaan menjadi lebih tenang dan ibu telah memaafkan ayah aku.
Apa yang aku telah simpulkan di sini permasalahannya adalah masuk campur dari pihak adik ipar yang mengeruhkan keadaan dan mahu memanipulasi ibu aku. Aku buntu dan keliru kerana aku tidak tahu bagaimana cara untuk berhadapan dengan situasi ini.
Aku berusaha setiap hari menjaga hubungan dengan Ayah dan ibu untuk mengelakkan dari pihak ketiga mengambil kesempatan walaupun ianya adik ipar yang bertalamkan dua muka. Semoga Allah membuka mata dan hati ibu aku untuk tidak percaya bulat – bulat akan nasihat selain daripada anak kandungnya dan tahu yang menantunya ini berniat buruk akan keluarga ini. Sekian… – H4mba Allah (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Habsah Bujai : Suruh adik ipar tu bawa isterinya (adik kamu) tu berpindah sewa rumah sendiri jangan duduk di rumah mertua lagi. Bincang dan adik kamu supaya ajak suaminya sewa rumah lain dan berpindah keluar dari rumah ibu.
Itu tanggung jawabnya sebagai suami, sediakan tempat tinggal isteri supaya tak jadi jelatang dalam family isteri. Itu yang patut kamu tegaskan. Biar BANYAK rumah jangan ramai tinggal serumah. Complicated jadinya.
Maizura Madzalan : Amboi ustaz madrasah kemain pandai nasihat pasal nafkah pada ibu mertua sendiri, dia tu tak sedia nafkah tempat tinggal untuk adik tt takpe pulak?
Saya setuju dengan komen – komen lain supaya tt nasihat adik sendiri untuk ajak suaminya berpindah dan duduk di rumah lain.
Ari Kael : Dik, kalau ditakdirkan jodoh mak dan ayah tak panjang, redha dann terima je, nasihat aku jagalah ayah baik – baik. Kau sendiri cakap kesian tengok pakaian dia. Manjakan ayah dengan belikan dia pakaian baru, bagi duit belanja etc.
Kalau bercerai jugak, carilah rumah sewa untuk ayah dan staylah dengan ayah, takkan kau nak stay dengan ibu, adik dan suami dia kan. Itu senario terburuklah sebab dari biarkan ibu berd0sa berwassap Iucah dengan jantan lain, lepaskan je lah.