“Sanggup belikan cincin untuk kekasih, rupanya penyondol tu isteri kepada sepupu suami”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Siapa menyangka walaupun masing-masing sudah ada pasangan yang sah sekalipun tetap mencari benda haram.

Seorang wanita tidak menyangka selepas satu dekad perkahwinan, dia dikejutkan dengan suami curang, bukan dengan orang luar tapi dengan isteri kepada sepupu lelaki tersebut.

“Saya mulakan dengan kisah berlaku tahun ni iaitu pada tahun kesepuluh usia perkahwinan.

Selama ini saya mempercayai suami walaupun sebelum-sebelum ni ada juga berlaku dia dikaitkan dengan prempuan

Tapi alasannya dia memang begitu, ramah dan mesra dengan semua orang san saya mempercayainya. Namun segalanya berubah selepas kejadian hitam ni.

"Sanggup belikan cincin untuk kekasih, rupanya penyondol tu isteri kepada sepupu suami"

Sebenarnya saya sudah lama tidak check telefon suami sebab saya mempercayainya tambahan pula saya penat kerana bekerja dan menguruskan anak kecil.

Dipendekkan cerita, pada satu malam suami terlena ketika bermain dengan telefon. Saya terpanggil untuk melihat siapa yang dia mesej pada waktu malam sekitar pukul 9.30pm.

Mesej itu rupanya daripada seorang perempuan yang mbahasakan dirinya sayang dan suami bie..

Dia mahu mendengar suara suami saya sebelum tidur dan meminta supaya suami saya menghubunginya.

Saya terus zoom profile pic dan alangkah terkejutnya saya kerana prempuan itu saya kenali dia merupakan isteri kepada sepupu pertama suami saya.

Saya masih cuba bertenang dan check fail gambar dalam telefon suami, terdapat lebih daripada 60 gambar prempuan tersebut dalam telefon suami.

Ada yang antaranya dalam keadaan separuh bogel, hanya bkemban dengan tuala dan gambar yang menayangkan pangkal paha.

Terdapat juga screenshot mesej sweet dalam tu yang antaranya suami mengatakan hatinya hanya untuk prempuan tersebut dan jasad saja yang berada di rumah.

Mesej tentang janji-janji untuk membelikan cincin dan hadiah kepada prempuan tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, mereka sudah keluar dating dan buktinya terdapat gambar selfie bersentuhan bahu, badan dalam kereta yang saya kongsi bayar dengan suami.

Hancur luluh hati saya ketika melihat gambar tersebut kerana betapa suami sanggup mengkhianati saya dengan melakukan maksiat di dalam kereta kami.

Saya kejutkan suami dan bertanya tentang perkara tersebut. Suami menafikan itu semua bukan mesej dia tetapi mesej kawan dia yang pinjam telefon dia.

Saya cuba bertenang dan menunggu supaya suami bercakap benar (pada masa ini saya belum tunjukkan gambar selfie mereka).

Saya tunggu tujuh hari untuk suami bercakap benar tetapi suami tetap mengatakan bukan dia.

Dalam tempoh tujuh hari itu, perempuan ini telah mesej saya dan mengatakan perkara yang sama.

Kononnya mesejnya itu bukan untuk suami saya tetapi untuk kawan suami saya yang kononnya telefon rosak.

Mesej prempuan ni saya tak balas kerana saya tahu dia menipu dan saya masih menunggu untuk mereka berlaku jujur dengan saya.

Walaupun demikian rupanya mereka terus berbohong .Pada hri ketujuh saya akhirnya menunjukkan gambar selfie suami bersama prempuan tersebut.

Suami terkejut dan mengakui kesalahan dan kesilapannya dan merayu untuk bina semula hidup baru dengan saya.

Saya hubungi perempuan tu dan tanya sekali lagi, dia tetap teguh mengatakan gambar dan mesej tu bukan untuk suami saya tetapi akhirnya mengaku apabila saya hantar gambar selfie mereka tu.

Perempuan ni juga merayu supaya saya tak kaitkan suaminya dan minta tolong supaya saya tak beritahu suaminya tentang semua yang berlaku..

Saya memang mahu beritahu keluarga suami tetapi saya masih fikir kesannya kepada suami dan sepupunya.

Saya berasa sakit hati kerana kenapa saya perlu jaga aib mereka sedangkan mereka tidak pernah fikir perbuatan mereka itu sangat melukakan hati saya.

Malah saya hilang kepercayaan dengan suami. Sekarang ini saya cuba bagi peluang kedua tetapi masalahnya saya tak dapat melupakan apa yang suami buat,

Setiap kali keseorangan saya sering terbayang-bayang gambar dan mesej mereka, screenshot, videocall dan banyak Lagi.

Secara jujur saya mahu selamatkan rumahtangga saya dan saya masih ada perasaan sayang terhadap suami.

Tetapi sekarang saya cepat marah, hilang rasa hormat kepada suami, hilang kepercayaan, malah timbul pula rasa benci dengan keluarga suami.

Kenapa saya rasa begini, salah satu faktornya ialah selama ini saya sedaya upaya tolong suami daripada segi kewangan untuk kurangkan bebannya.

Sepanjang 10 tahun tu hanya beberapa bulan pertama sahaja dia ada beri nafkah wang dalam RM100 sebulan, saya tak pernah kisah sebab saya sendiri bekerja.

Rupanya suami tak menghargai apa yang saya buat.”

Baca juga: Tersebar gambar kecederaan mayat Zayn Rayyan, ini respon Ketua Polis Selangor