Tak sangka memang wujud rupanya bilik VVIP dalam penjara, siap boleh ‘outing’!

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Ramai tidak tahu tentang kisah seorang ahli perniagaan, Abdullah Ang yang didakwa mendapat layanan istimewa di penjara Kajang pada tahun 1989.

Pembongkaran yang dilakukan sebuah akhbar tempatan secara eksklusif itu benar-benar orang kata sebagai ‘berani mati’.

Didedahkan, selain biliknya siap dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas (waterbed), Abdullah juga dilihat boleh keluar masuk penjara Kajang dalam tempoh hukuman.

Kira-kira lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Abdullah telah dilihat di pusat bandar Kuala Lumpur. Abdullah ketika itu dikatakan memakai T-shirt dan seluar putih.

Susulan kisah Abdullah Ang yang menjadi popular, seorang pengguna X membuka cerita tentang pengalaman bapanya selama hampir 30 tahun menjadi pegawai penjara.

Tak sangka memang wujud rupanya bilik VVIP dalam penjara, siap boleh 'outing'!

Kisah ini dikongsikan dua tahun lepas ketika heboh mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipenjarakan, selepas didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Menurut pemilik akaun Dayana, dia memberitahu bahawa kisah Abdullah Ang itu sememangnya betul berdasarkan apa yang dikongsi bapanya.

Kata wanita itu, sejak kes tersebut terbongkar, tiada lagi sel untuk orang kenamaan.

Bagaimanapun katanya, pesalah yang mempunyai status seperti ‘pesalah yang mempunyai liputan luas’, kebiasaannya akan diletakkan berasingan dengan banduan lain.

“Bak kata ayah saya yang dah bekerja sebagai anggota penjara untuk hampir 30 tahun, kisah Abdullah Ang memang betul tapi sejak kes ini lah dah tak ada sel VVIP ini dah. Mana yang tular tu sama ada gambar lama atau edit.

“As for now yes Najib Razak akan duduk sel asing dan seorang disebabkan status dia (pesalah yang mempunyai liputan luas).

“Fasiliti dia terima mungkin akan ada lebih sikit but not to the extend macam Abdullah Ang dulu lah.

“Yang ramai cakap pasal Anwar dulu bilik selesa bagai tu, gambar yang tular tu masa dia dekat hospital rehabitalisasi rasanya.

“Beberapa minggu atau bulan sebelum dia dapat pengampunan diraja. Bukan gambar dalam sel penjara,” kongsinya.

Wanita itu juga menitipkan pesanan dari bapanya yang menyarankan orang ramai agar melakukan semakan maklumat dengan betul sebelum menyebarkan sesuatu cerita.

Sementara itu, ada pengguna X lain turut meninggalkan komen memberitahu ibunya juga hampir 30 tahun bertugas sebagai pegawai penjara, tetapi menurut ibunya, kewujudan penjara VIP adalah tidak benar.

Baca juga: “Cikgu selalu ejek dan denda abang sampai dia malu nak ke sekolah, 1 hari, abang cakap dia nak pergi jauh, itulah kali terakhir..”