Baru tahu perah santan pun ada teknik dijamin lebih pekat dan banyak!

Oleh AHMAD SULAIMAN

Tahukah anda, suhu air digunakan ketika memerah santan boleh menjadi faktor yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti bahan masakan tersebut.

Hal ini berikutan kelapa parut yang diperahkan bersama larutan air panas dikatakan dapat menghasilkan santan bertekstur pekat serta kualitinya juga jauh lebih baik.

Bukan itu sahaja, hasil perahan kelapa parut juga didapati bertahan lebih lama dan tidak mudah busuk sekiranya air panas digunakan dalam proses menghasilkannya.

Malah rasa santan yang telah dilarutkan dalam air bersuhu tinggi juga didakwa lebih sedap terutamanya dengan menggunakan hasil perahan kelapa parut dari buah tua.

Berikut kami kongsikan panduan memerah kelapa parut yang menghasilkan santan bertekstur pekat dengan kuantiti banyak berdasarkan artikel terbitan Rumah Mesin.

Baru tahu perah santan pun ada teknik dijamin lebih pekat dan banyak!

Langkah-langkah memerah kepala

1. Mula-mula, bancuhkan kelapa parut bersama air panas untuk mendapatkan hasil santan yang maksimum dan tahan lama.

2. Kemudian, kacaukan larutan yang masih panas itu dengan menggunakan senduk kayu sambil menekannya sesekali.

3. Selepas suhu sudah turun atau airnya terasa suam jika disentuh, bolehlah dikacau dengan menggunakan tangan sambil menekannya berulang-kali.

4. Kemudian, bolehlah mula mengaut kelapa parut untuk memerah hasil santan melalui penapis yang telah diletakkan di atas bekas kosong.

5. Ketika memerah kelapa parut, sebaiknya tangan digenggam dengan ibu jari menghadap ke bawah supaya santan yang dihasilkan lebih mudah keluar dan turun melalui jari ke bekas.

Harap perkongsian ini dapatlah membantu para pembaca terutamanya suri rumah atau peniaga yang masih kaedah tepat untuk mendapatkan hasil santan lebih pekat dengan kuantiti banyak.

Baca juga:Aku hidup susah dengan isteri aku. Pernah sekali aku pergi ke kedai makan, tengok menu harganya kami tak mampu.