“Dia luah rasa kecewa kahwin dengan isterinya, kalau dia tahu aku ada simpan hati pada dia mesti dia dah”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Salam hai Nak minta nasihat sahaja. Jagan kecam saya sebab korang bukan ada kat tempat saya.

Kisahnya bermula bila saya dah terlanjur mencintai suami orang yang pada mula perkenalan kami saya sudah lama tertarik pada dia sebelum dia jadi hak orang.

Dia pun ada hati kat saya. TETAPI, semua salah masing2 sebab tak luah dengan sndiri. Last2 dia kawin sebab ingat saya tak suka dia.

So dia melepas macam tu ja dari saya. Saya rasa sedih, hati retak seribu bahasa. Perasaan saya masih smpan untuk dia wlaupun dia sudah kawin.

Lepas berapa bulan saya bernikah dengan lelaki yang baik, Allah temukan saya dengan dia lagi untuk kali 2. Dan pada masa tu, dia yang cari saya, Minta nom saya, sekarang kami contact antara satu sama lain.

“Dia luah rasa kecewa kahwin dengan isterinya, kalau dia tahu aku ada simpan hati pada dia mesti dia dah"

Masalahnya dia cakap menyesal kawin dengan isterinya sebab kalau awal2 dia tahu saya simpan hati kat dia Sekarang ni mesti dia dah jadi suami saya.

Dia sangat menyesal dengan apa yang jadi. Sampai salahkan diri dia sendiri sebab tak buka mulut untuk luahkan perasaan dia kat saya.

Tapi bukan ini yang saya nak, ni semua ketentuan Allah. Allah yang bagi jalan ni. Kami saling mencintai bukan sebab diri kami sendiri tapi kerana Allah. Kami tau niat kami berdua.

Dulu free hair, sekarang kerana dia larang, kerana nasihat dia, wlaupun dia tak sebaik mana tapi dia banyak bagi support kat saya untuk berubah. Alhamdulillah dengan izin-Nya, saya dpat lakukan smua tu dengan hati terbuka.

Walaupun kami pjj, saya bersyukur dia masih tak putus2 chat/call saya smpai lewat pagi tanya saya buat apa, tanya khabar.

Wlaupun dia dah beristeri dan saya dah bersuami. Sekarang dia buat isteri dia macam orang asing. Kalau ini ketentuan Allah, doakan kami baik2. Kami tau niat kami.

So makcik2 bawang sekalian, Minta doakan bebaik jer. Kami tak nak ampa cakap buruk pasal kami sebab pahala nanti kami dapat. Jangan sampai kena btng hidung ampa semua. Haa tu ja kami nak pesan.

BACA: Menteri Kesihatan ‘kirim salam’ kepada kaki vape, peraturan ketat bulan depan