Siapa sahaja tidak mengenali penyanyi tahun 80-an yang terkenal dengan lagu ‘Joget Angan Tak Sudah’, Jay Jay.
Umum tahu baru-baru ini penyanyi tersebut diserang angin ahmar dan akhirnya mengalami lumpuh di bahagian tubuh sebelah kanan.
Menurut Kosmo! Online, anaknya, Cammy Fauzi memaklumkan Jay Jay menjalani beberapa sesi rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan
Tambahnya, tahap kesihatan bapanya sudah semakin pulih selepas menjalani beberapa rawatan.
“Ayah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu dan tidak lama selepas itu, kesihatannya kembali merosot akibat diserang angin ahmar.
“Disebabkan serangan tersebut, ayah mengalami lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan, sekali gus sukar bergerak.
“Namun selepas mengikut beberapa sesi fisioterapi, tahap pemulihannya nampak semakin positif,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Penyanyi berusia 67 tahun itu selamat menjalani pintasan jantung akibat saluran tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akhir bulan lalu.
Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Darus dikatakan tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani prosedur tersebut.
Difahamkan, doktor mendapati ada sesuatu mengganggu saraf otak yang menyebabkan penyanyi itu mengalami angin ahmar buat sementara.
Baca juga: “Dia cakap kerja bawa teksi, rupanya selama 6 bulan kahwin ni, pekerjaan sebenar suami tak halal!”