Nama aku Piya. Umur 30-an, dah berkahwin dan ada anak seorang. Apa yang aku nak kongsi ni, kisah benar yang berlaku, 5-6 tahun lepas.
Sepupu aku nama Kak Ana, sepupu aku yang jarak umur dia dengan aku, dalam 15 tahun macamtula.
“Saat pintu dibuka, sepupu aku tiba-tiba menjerit, rupanya suamiku dan anak penerima bantuan tengah berselimut di ruang tamu”
Jadi, sewaktu kejadian, umur Kak Ana dalam 40an. Kak Ana ni, dia asalnya ialah seorang lecturer untuk satu universiti swasta kat KL.
Tapi oleh sebab husband dia beria sangat nak pindah Pahang, Kak Ana terpaksa quit dan ikut suami dia.
Husband Kak Ana ni pulak takde kerja tetap, lebih kepada freelance untuk buat wiring dekat rumah atau pejabat bila dipanggil.
Kak Ana bila dah pindah Pahang, dia tak dapat nak continue kerja as lecturer sebab kat area tempat tinggal dorang ni agak pedalaman sikit.
So takde universiti atau kolej yang berdekatan. Kalau ada pon, terletak agak jauh dari rumah dorang.
Kak Ana ok je kalau nak travel ulang alik, tapi husband dia tak bagi. Risau katanya. Macam takde kaitan kan dengan tajuk. Haha.
Sabar, nanti lama lama korang akan tahu kenapa aku cerita pasal background family kecil Kak Ana.
Dorang ni takde anak lagi walaupun dah berbelas tahun kahwin tau. So bila Kak Ana duduk rumah sorang sorang, dia cepat bosan.
Fast forward, Kak Ana join satu persatuan. Persatuan ni macam akan kutip sumbangan dan akan cari keluarga keluarga susah untuk dibantu.
Then, setiap ahli dalam persatuan ni akan diberi “keluarga angkat” untuk dijaga. Maksudnya once bantuan dah diagihkan, dorang kena sentiasa pantau dan kena top-up bantuan jika perlu. Bergantung pada dana persatuan.
Nak dijadikan cerita, aku masa ni baru abis belajar dan since aku agak rapat dengan Kak Ana, dia ajak aku untuk teman dia pergi hantar bantuan kat keluarga angkat dia ni. First time nak pergi, itu yang Kak Ana nervous sikit.
Aku pulak memang free, so aku setuju je la dengan permintaan Kak Ana. Keluarga ni tinggal dekat satu unit rumah flat kos rendah, di mana sewa rumah tu ditanggung oleh lembaga zakat.
Kiranya, zakat akan bank-in bayaran sewa terus dekat owner rumah tanpa melaui dorang.
Pertama kali aku jejak kaki dekat rumah ni, seriously aku bukan niat nak menghina ke apa. Tapi.. memang KOTOR, BERBAU, BERSEPAH.
Aku kalau ikutkan hati nak je tutup hidung tapi macam rude la pulak kan. Lagi satu sebab dua dua tangan aku tengah bawak satu kotak besar yang penuh dengan makanan. So nak tak nak kena la tahan.
Aku tengok Kak Ana selamba je tersenyum, masuk rumah lepas bagi salam.
Keluarga ni ada 3 orang. Sorang makcik, sorang anak lelaki umur belasan tahun dan sorang anak perempuan lebih kurang baya aku. Aku tengok makcik ni memang mulut manis. Dia kata,
“Maaf, rumah bersepah sikit (sikit?) makcik tak berapa sihat. Sara (anak perempuan dia) tengah sakit perut datang bulan. Itu yang tak mengemas tu”..
Aik. Aku macam pelik. Tadi elok je aku tengok si Sara tu mengadap phone, terguling guling, tergelak gelak dekat atas toto, kat ruang tamu tu. Nampak kitorang je terus lari masuk bilik. Tak pandang, tak salam pon.
Lama jugak Kak Ana bersembang dengan makcik tu. Aku malas nak amik port, so aku scan la keadaan rumah tu.
Aku tengok ada berlonggok longgok baju dekat sana sini. Tak tahu la bersih ke tak, dah dibasuh ke belum.
Aku tengok sama je keadaannya. Dengan lantai penuh dengan rambut, habuk.. Ada area yang aku pijak macam berlendir. Erkk..
So sampai masa, kami pon hulurkan la kotak bantuan tu. Ada beras, mihun, tepung, telur, ikan bilis, biskut, milo etc.. Kira macam bahan asas untuk memasak la.
Aku macam expect la makcik tu terharu cakap terima kasih ke, tersenyum sampai ke telinga ke.. tapi korang nak tau, apa dia cakap?
Mulut manis dia terus mati, mencebik pulak. Dia dengan muka kecewanya cakap dekat Kak Ana, “Laa.. ingatkan kamu telefon kata nak bagi bantuan tu, nak bagi duit. Bagi benda benda ni rupanya. Yelah, terima kasih la ye”
Time ni aku dah menyirap dah. Kak Ana punya la bersusah payah pergi beli makanan tu semua.
Semua yang ada jenama bagus tau. Bukan yang cap ayam punya. Siap Kak Ana guna duit sendiri lagi, tambah sikit sikit.
Aku tengok Kak Ana macam speechless, mungkin terkejut dengan apa yang makcik tu cakap.
Aku tanya la,”Kenapa ya makcik? Kan lagi senang kalau kami beri terus bahan bahan untuk masak ni. Makcik takyah susah payah turun bawah pergi beli.”
(Rumah flat tu selalunya lif rosak ye kawan kawan. Tapi mujurlah masa kitorang pergi tu, lif ok)
Makcik tu jawab, “Yelah. Makcik mana ada peralatan nak memasak. Ala dik, kalau kamu bagi duit je kan senang.”
Ceh, nak duit rupanya makcik ni, kata aku dalam hati sambil jeling dapur dia.
Patutlah ada banyak sampah macam plastik tapau, polisterin tu. Dengan plastik air ikat tepi yang masih bersisa, digantung dekat tingkap tingkap. Euu.. zaman bila punya entah.
Aku tengok ada je periuk nasi, kuali semua tu. Bila aku tanye, dia cakap dah lama tak guna lah, dah rosak lah, tong gas takde gas lah. Banyak sangat alasan!
So akhirnya bila kitorang nak bawak balik je kotak tu semula, makcik tu terus pegang kotak tu.
Dengan rakusnya, dia belek belek makanan yang kitorang bawak. Dia ambil wehh.. Sambil kata,
“Takpelah.. makcik ambil jela ye. Nanti orang lain pula yang dapat. Tengoklah mana mana yang makcik boleh guna”
Eii.. ada gak kena tangan dengan aku kang. Sorilah kawan kawan, aku ni baran sikit. Haha. Makcik tu punya tamak dan dengki tu, haihh. Boleh kalah dengan Kassim Baba (yang faham, faham la ye).
So hari tu, aku balik dengan hati yang marah dan sebal dengan makcik tu. Kak Ana aku tengok, bertenang je.
Alahai kak, bagusnya kau kak. Tapi Kak Ana memang orangnya lembut, baik, sopan, senyuuum je.
Macam tak terkesan pon dengan perangai makcik tu yang entah apa apa. Aku yang ter emo lebih, membebel bebel dari dalam kereta sampai lah dah masuk dalam rumah Kak Ana. Aku tido satu malam je, esoknya aku balik rumah ibu aku dah.
Lepas “trip” tu, aku tak tahu dah apa apa pasal makcik puaka tu. Taknak tahu pon, buat sakit hati je.
Aku lepas tu dapat tawaran bekerja dekat Terengganu. Memang sangat busy sampai Kak Ana pon aku tak sempat nak jumpa. Just call, bertanya khabar camtu jelah.
Pastu nak dijadikan cerita, awal tahun 2019, aku jumpa Kak Ana dekat satu kenduri kawen sedara kitorang.
Kiranya kali terakhir aku jumpa Kak Ana ialah masa “trip” makcik puaka tu. Dan ini pertemuan selepas bertahun tahun aku tak jumpa dia.
Aku terkejut sangat wehh! Kak Ana sangat cengkung, gloomy. Walaupun orang ramai tengah kecoh kecoh dengan kenduri, dia hanya termenung kosong je.
Dah takde senyuman macam selalu. Pastu aku jeling jeling sekeliling, husband dia takde.
Aku seret adik dia, Ira masuk bilik. Aku ugut dia cepat bagitau apa yang jadi 5-6 tahun ni. Apesal Kak Ana jadi macam tu. Kenapa Kak Ana sorang sorang, mana husband dia?
Ira takut takut nak cakap sebab dah janji dengan Kak Ana untuk tak cerita apa apa dekat orang lain? Dah tu, aku ni orang lain ke? Haishh.
Aku cakap aku tak peduli, aku nak tahu jugak apa yang dah jadi. Ira cerita semua dekat aku. Guess what guyssss..!
Husband Kak Ana dah kahwin lain, gantung Kak Ana tak bertali. Duduk sama pon tidak, dilepaskan pon tidak.
Korang nak tahu dia kahwin dengan siapa?? Haha. Betul. Dengan anak makcik puaka. Bukan dengan makcik puaka eh. Jangan risau. Huh.
Rupa rupanya lepas kejadian “trip” aku tu, Kak Ana selalu visit famili puaka tu. Ha amek kau. Naik taraf satu family aku puakakan.
Kalau ikut SOP persatuan tu, tiada paksaan pun bagi mana mana ahli untuk keep on lawat rumah family angkat.
Kiranya kalau ada komitmen lain, boleh je inform dorang. Nanti dorang akan pass dekat ahli lain.
Ha camtula lebih kurang. Kak Ana asalnya dah taknak terlibat dah dengan family puaka tu. Sebab dorang terlampau banyak cengkadak!
Nak bantuan, dalam bentuk duit je. Bahan makanan tak nak. Alasannya tak boleh nak masak sebab peralatan rosak.
Pastu Kak Ana kesian, dia bagi rice cooker hadiah kahwin dia dulu. 2 minggu camtu je masak. Lepas tu, dah malas. Hari hari nak tapau makanan je.
Katanya alah tinggal bertiga je. Buat penat je masak. Baik beli. Tapi tiap kali kalau tapau tu lauk mahal mahal, amende? Pastu siap demand, nak duit tiap tiap bulan minima RM1000.
Alasan satu, sebab anak lelaki dia ade sakit ekzema, kena ambil ubat tiap tiap bulan. Bila Kak Ana suruh ambil ubat dekat klinik kerajaan, dia kata leceh. Nanti penat menunggu.
Alasan kedua, sebab nak bayar upah bibik indon untuk mengemas rumah dorang tiap tiap minggu.
Setiap kali datang, RM70. Bila Kak Ana suruh kemas sendiri, makcik tu kata dia tak sihat. Bila minta anak perempuan untuk tolong, kata tak boleh kena habuk nanti resdung lah, migrain lah. Nak harap anak lelaki dia, lagi lah ke laut.
Pastu banyak lagi la alasan dia. Yang dua tu je aku ingat, sebab 2 point ni yang aku dok menyirap sangat.
Dorang ni asyik mesej, push push Kak Ana mintak itu ini sampai Kak Ana kerap dah kena sakit kepala, migrain.
Aku rasa masa ni sebenarnya tahap awal d3pression Kak Ana. Bila Kak Ana dah kerap sakit kepala, kadang kadang Kak Ana akan minta husband dia teman, drivekan dia untuk visit rumah family puaka tu.
Mula mula just temankan Kak Ana, lama lama husband dia visit sendiri. Konon tak bagi Kak Ana keluar rumah dengan alasan risaukan kesihatan Kak Ana.
Kak Ana innocently rasa lega la sebab ada orang tolong dia tengok tengokkan family angkat dia.
Tapi, lama lama, jadi pelik. Sebab dah kerap sangat husband dia keluar kerja tapi tak balik rumah. Bila call, kata “Ni dekat rumah atau pejabat sekian sekian. Banyak lagi kerja.. mungkin tak balik rumah sebab nak kena siapkan cepat”, yada.. yada.
Tapi pelik pelik pun, Kak Ana tak syak wasangka apa pun dekat husband dia weh. Dia percaya je apa husband dia cakap.
Sampai satu masa, entah macam mana Kak Ana tergerak hati nak visit family puaka tu. Siap bawak macam macam lagi. Yelah, sebab dah lama tak ziarah kan.
Sampai sampai je, Kak Ana bagi salam tapi tak terjawab. Dia pun masuk jelah sebab pintu tak berkunci.
Masuk masuk je ada 2 ketul makhluk yang hanya berselimut sahaja tengah terbaring dekat ruang tamu tu. Korang dah tahu siapa kan.. Yes… Sara dan husband dia.
Kak Ana terus jerit masa tu jugak sambil marah marah, tinggikan suara dekat dua ketul tu. Sara menangis. Makcik puaka keluar dari bilik dan pujuk anak dia.
Dan husband Kak Ana? melutut dan meminta maaf? Oh tidak ye kawan kawan, dia tengking Kak Ana semula. Kata jangan menyibuk hal dia.
Kak Ana campak kotak makanan yang dia bawak dan terus berambus dari situ. Sampai rumah je Kak Ana menangis tak henti henti dan tetap menunggu husband dia balik. (Ini aku sangat tak puas hati, kalau aku, dah lama aku angkat kaki).
Si isteri setia menunggu, padahal sang suami diam diam pergi kahwin lain dekat Siam. Beberapa minggu lepas tu, husband dia memang balik rumah Kak Ana. Tapi bukan balik sorang sorang. Balik bersama sama family puaka. Haha.
Semua orang tak tahu pasal ni. Kak Ana dah takde mak ayah. Tinggal dia dengan Ira je 2 beradik.
Ira pun masa tu belajar dekat oversea mana entah aku tak ingat, tak jumpa Kak Ana sangat.
Last last rahsia pecah sebab dalam 2 tahun lepas, Ira balik malaysia. Ira beria ia nak jumpa Kak Ana tapi Kak Ana selalu mengelak.
Dah tu, Ira pakat dengan boyfriend dia untuk pergi je terus rumah Kak Ana dekat Pahang tu.
Sampai sampai je Ira dekat rumah tu, dia terus menangis. Terkejut tengok kakak dia yang dah kurus melidi, cengkung, selekeh tengah sapu laman sambil gendong anak kecik.
Terus dia peluk Kak Ana yang terkejut dengan kedatangan Ira yang tiba tiba tu.
Kak Ana suruh Ira dan boyfriend dia masuk dalam, dia nak buatkan air. Ira tengok dekat dalam rumah tu ada banyak frame gambar cantik cantik. Semuanya gambar husband Kak Ana dengan family puaka. Takde satu pun gamba Kak Ana.
Ira terus desak Kak Ana untuk cerita hal sebenar.
Rupa rupanya dalam 3 tahun tu Kak Ana dijadikan orang gaji dalam rumah sendiri. Masak, kemas rumah, basuh baju, cuci toilet hatta drah peri0d Sara yang bocor dekat cadar pon Kak Ana yang sental. Semua Kak Ana buat.
Family puaka hanya goyang kaki sahaja, langsung tak membantu. Siap arah arahkan lagi Kak Ana buat itu ini. Husband dia tahu je pasal ni, tapi dia buat bdoh je.
Kak Ana takde bilik sendiri, kalau nak tukar baju ke apa, terpaksa tukar dalam toilet. Baju/ beg/ barang kemas Kak Ana, dah dirampas dan diberi pada family puaka.
Ira tanya Kak Ana, kenapa sampai boleh jadi macam tu sekali? Apa salah Kak Ana? Semua sebab budak kecik tadi. Yup. Itu bukan anak Kak Ana.
Tapi anak si Sara. Husband dia konon bangga dah hamilkan si Sara. Dia selalu hina Kak Ana yang tak dapat bagi dia zuriat. So dia paksa Kak Ana untuk “jaga” zuriat tu.
Sara hanya pegang budak tu masa berpantang je. Selebihnya, semua Kak Ana yang uruskan sampai la budak tu umur 2 tahun lebih masa tu.
Tu, masa Ira datang sana tu, husband Kak Ana dan family puaka tengah bersuka ria pergi holiday dekat Singapore. Anak tinggal. Suruh Kak Ana jaga.
Ira paksa Kak Ana ikut dorang balik time tu jugak. Dah tak sanggup tengok Kak Ana menderita macam tu. Tapi ofkosla mula mula Kak Ana taknak. Takut dilabel isteri menderhaka.
Ira merayu rayu dekat Kak Ana suruh ikut juga balik, sampaikan Ira terpaksa buat cerita yang Maksu kitorang konon tengah sakit tenat. Takkan taknak jumpa?
Alhamdulillah taktik itu berjaya. Kak Ana kemas baju budak tu, dan barang barang peribadi dia yang hanya tinggal beberapa je tu, terus ikut Ira dan tinggal dengan Ira sampai sekarang.
Dah lebih setahun jugakla lepas kejadian Kak Ana ikut Ira, tapi Kak Ana macam tu juga kata Ira. Hmm. kesian Kak Ana.
Dengan kisah budak tu “dirampas” oleh family puaka. Memang la bukan anak sendiri, tapi kalau Kak Ana lah yang dok jaga dari baby, mestila sayang kan.
Fuh, aku rasa cukuplah sampai sini aku cerita, kalau nak cerita semua.. Sampai esok pun tak habis. Bab kisah berebut budak, berebut harta Kak Ana.
kalau korang nak tahu, aku cerita la kat entri yang lain ya. Yang penting, korang tolong doakan Kak Ana cepat cepat sembuh dan kembali jadi macam dulu. Aamiin…