Penyewa dari neraka! Jual semua perabot dalam rumah sewa siap buat iklan di FB!

Oleh AHMAD SULAIMAN

Selalu kita mendengar kisah mengenai penyewa yang tidak bertanggungjawab meninggalkan rumah sewa dalam keadaan kotor dan bersepah.

Namun, ada satu kisah menarik di sekitar Bangi yang mencetuskan perhatian apabila seorang penyewa rumah menjual perabot rumah sewaannya secara terbuka tanpa keizinan pemilik rumah.

Kejadian itu bermula apabila penyewa tersebut memuat naik beberapa posting di Facebook,

mempromosikan pelbagai perabot termasuk sofa single, sofa panjang, kusyen, dan lain-lain.

Dalam promosinya, penyewa itu seolah-olah menganggap dirinya sebagai pemilik perabot yang ingin menjualnya kerana pindah rumah

Penyewa dari neraka! Jual semua perabot dalam rumah sewa siap buat iklan di FB!

dan memerlukan wang untuk kecemasan. Harga jualan perabot-perabot itu bermula dari RM150 hingga RM300.

Pemilik rumah sewa akhirnya mengetahui mengenai promosi ini melalui tangkapan skrin posting yang dimuat naik oleh penyewa itu sendiri. Dalam tindak balasnya, pemilik rumah mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar tidak membeli perabot yang dipromosikan oleh penyewa itu.

“Percayalah, semua perabot ini adalah milik rumah saya. Penyewa cuba menjualnya. Jangan beli! Jika ada sesiapa yang telah membeli, sila hubungi saya segera!” demikian amaran yang ditinggalkan oleh pemilik rumah di dalam postingnya.

Keadaan tidak berhenti di situ, apabila beberapa netizen dalam ruang komen mendedahkan bahawa penyewa ini turut membuat penipuan mengenai bil sewa bulanan rumah tersebut.

Pemilik rumah menegaskan bahawa penyewa tidak hanya mencuba menjual perabot tanpa kebenaran, tetapi juga tidak mematuhi komitmen membayar sewa bulanan.

Kisah ini menjadi pengajaran penting bagi pemilik rumah sewa untuk sentiasa berhati-hati dan memantau aktiviti penyewa agar mengelakkan masalah yang tidak diingini di masa depan.

BACA: Imam terkenal rupanya ada zaman gelap, pernah tak solat 8 tahun!