Sebelum Anwar Ibrahim, individu dedah pemimpin dalam negara yang mesra Blackrock ramai tak tahu

Oleh DAHLIA MARZUKI

Amboi Khairy Jamaluddin terpaling sangat dah, rupanya kantoi dia lah ejen BlackRock, enabler yang sebenar.

Pertama sekali, genocide di sana tu dari dulu dah ada bang. 🤦

Waktu hang dilantik jadi Director di CGS Securities tu, dah berlaku genocide yang hang maksudkan tu pun. Ianya bermula Oktober 2023.

Tengok siapa pemilik saham CGS Securities?

Pastu yang hang jadi model minuman Vida tu, Vida di bawah DyDo Group. Siapa antara pemilik saham DyDo? BlackRock jugak.

Sebelum Anwar Ibrahim, individu dedah pemimpin dalam negara yang mesra Blackrock ramai tak tahu

Masa hang jadi Menteri pun, tahun 2021, kerajaan Perikatan Nasional jugak yang bagi dana syariah KWSP untuk BlackRock labur.

La ni hang nak cakap apa? Nak buat taktik macam taktik baling member podcast hang bawah bas lagi ka?

Ramai yang tidak mengetahui kewujudan syarikat yang paling berpengaruh di dunia ini iaitu Blackrock.

Ia juga dikaitkan dengan negara zionis Israel malahan ada kena mengena dengan penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Namun, perdana menteri Malaysia menyatakan Blackrock tiada kena mengena dengan MAHB dan rundingannya pula tidak secara terus.

Data menunjukkan bahawa BlackRock memiliki pelaburan dalam saham di Bursa Malaysia sebanyak RM24.7 bilion, serta memiliki bon kerajaan dan korporat di Malaysia yang bernilai RM7.9 bilion.

Menurut data yang boleh diperoleh secara terbuka setakat Mei 2024, firma pelaburan global BlackRock telah melabur dalam ekuiti 100 syarikat tersenarai di Malaysia, meliputi pelbagai sektor industri. Tiga entiti terbesar dalam pelaburannya adalah institusi perbankan di negara ini.

Berdasarkan senarai pelaburan BlackRock di Malaysia, sektor perbankan merupakan tiga entiti tertinggi dilaburnya iaitu Public Bank sebanyak RM2.34 bilion (2.75 peratus), diikuti Maybank RM2.16 bilion (1.88 peratus) dan CIMB RM1.42 bilion (2.07 peratus).

Tenaga Nasional Berhad di tangga keempat dengan pelaburan sebanyak RM8.6 juta (1.32 peratus), disusuli Metal Aluminium RM625 juta (1.62 peratus) dan CelcomDigi RM526 juta (1.03 peratus).

Blackrock turut mengendalikan Aladdin iaitu syarikat teknologi gergasi yang menyelia aset sekurang-kurang RM89 trilion.

BlackRock diasaskan pada tahun 1988 oleh seorang bilionaire berpengaruh bernama Larry Fink dan firma itu beroperasi secara global dengan memiliki 70 pejabat di 30 negara serta pelanggan di 100 buah negara.

Secara amnya, Blackrock adalah syarikat yang diupah oleh Amerika Syarikat untuk menyelesaikan segala analisis serta bedah siasat untuk segala kekacauan yang berlaku.

Ia juga menjalankan aktivitinya tanpa bidaan kompetitif serta beroperasi secara rahsia.

Baca juga: Gara-gara subsidi bersasar diesel Malaysia, pemandu lori Thailand adakan himpunan di Bangkok