Sebelum keluar rumah, adalah penting untuk memastikan semua suis barangan elektrik ditutup,
kain di ampaian diambil, paip air ditutup rapat dan langkah keselamatan lain dilakukan.
Menutup suis barangan elektrik adalah langkah penting untuk mengelakkan kejadian tidak diingini
seperti kebakaran atau kerosakan peralatan seperti mesin basuh, periuk nasi, pengering rambut, seterika, dan lain-lain.
Seiring berjalannya masa, banyak barangan elektrik multi-gunakah dicipta untuk memudahkan kehidupan di rumah, terutamanya bagi suri rumah.
Namun demikian, penggunaan ini melibatkan penggunaan sumber elektrik, oleh itu, aspek keselamatan dan pengurusan bil elektrik perlu diberi perhatian.
Kebiasaannya, apabila selesai menggunakan peralatan elektrik, suis akan ditutup. Namun, timbul persoalan apabila meskipun suis telah ditutup, bil elektrik tetap meningkat.
Apakah penyebabnya? Mari kita ikuti perkongsian daripada pemilik akaun TikTok @abgletriqq di bawah.
Mengapa perlu mencabut palam walaupun sudah tutup suis?
Beliau menjelaskan bahawa amalan mencabut palam peralatan elektrik adalah disyorkan walaupun suisnya telah dimatikan.
Ini kerana sesetengah peralatan elektrik masih memerlukan tenaga elektrik walaupun suis telah dimatikan.
Ia dikenali sebagai Phantom Power atau Standby Power.
“Phantom Power atau Standby Power berlaku apabila peralatan elektrik tidak sepenuhnya dimatikan.
“Contoh yang saya pasti adalah mesin basuh jenis front load. Oleh itu, dalam video tip jimat elektrik saya, saya syorkan untuk mencabut palam mesin basuh. Pemakaian elektrik ini berterusan di bahagian papan litar walaupun suis sudah ditutup,” katanya.
Oleh itu, beliau menasihati supaya kita mengamalkan mencabut palam sebagai langkah keselamatan tambahan untuk mengelakkan kejadian lupa menutup suis peralatan elektrik terutama apabila meninggalkan rumah.
“Amalan ini diajar oleh ibu bapa kita dan ia sangat penting,” katanya.
Video ini telah mendapat lebih daripada 100,000 tontonan dengan lebih daripada 2,000 tanda suka dan pelbagai komen daripada pengguna.
Untuk penjelasan lanjut, anda boleh menonton video di bawah. Semoga bermanfaat untuk anda
@abgletriqq Replying to @lipaskipasvvt tak semua..tapi bagus kalau kita cabut plug sebenarnya😊 #homeelectricalproducts #tipsandtricks #tips #abgletriqq #fyp ♬ original sound – ABG.LETRIQQ