Salam min.. Ak ada satu benda yg ak nak luahkan.. Dah lama ak nak luah.. Tp ak tak tahu nak luah kpd siapa..
Jd ak guna page krt utk luahkan perasaan ak.. Semua yg berlaku ni ada lah dari silap ak sendiri..
Ak kenal isteri ak semasa kami belajar sama2 dulu.. Perkenalan dekat atas jambatan cinta waktu dia ambil gambar convo..
Dia minta ak tolong ambil kan gambar dia dan kawan2 dia.. Ak ambil kan, then saya edit gambar tu.. Lama betul ak edit.. Dia fikir ak ambil gambar dia lama..
Dia pun dtg dekat ak.. Ak tunjuk gambar yg ak edit.. Ak cuma edit letak tulisan je.. Sudi tak jd isteri ak..
Ak minat dia dari kami first year.. Dia sgt aktif kolej.. Sdgkn ak cuma pelajar biasa.. Tp tu lah.. Ak kumpulkan keberanian ak melamar dia.. Dan tak sangka.. Dia pun menaruh hati juga dekat ak.. Dan kami berkahwin.. Alhamdulillah.. Urusan semua dipermudahkan..
Sekarang kami dah hampir 6 tahun berkahwin.. Anak masih tak ada.. Mula2 ak okay je.. Tp lama2 ak jadi tertekan.. Mak selalu push ak soal anak.. Dia ckp dia nak cucu.. Hari2 dia ckp dia teringin nak main dgn cucu.. Ak kesian kan isteri ak.. Selalu kena sindir dgn mak ak.. Jd ak pun buat keputusan utk pindah rumah.. Ye lah..
Sepanjang duduk sekali dgn mak.. Pergerakan isteri ak agak terbatas.. Nak bermanja dengan ak cuma waktu malam dlm bilik.. Tu pun slow2.. Sbb bilik kami bersebelah dgn bilik mak.. Sbb mak ni jenis tidur ayam.. Bunyi bising sikit je dah terjaga.. Lepas tu nak tidur balik pun susah..
Awal pindah mmg mak tak bagi.. Merajuk lah juga dia.. Jenuh ak pujuk dia.. Tp tak jalan juga.. Ak bodek dia dgn mcm2.. Baru lah dia boleh terima.. Tp rajin juga dia bertandang rumah setiap hujung minggu.. Ak dan isteri tak kisah pun.. Isteri lagi suka.. Katanya tak boring..
Isteri ak pandai semua benda.. Serba serbi dia boleh buat.. Memasak, menjahit, menukang.. Barang2 perabot dekat rumah semua hasil tangan dia.. Mmg kreatif.. Kdg2 ak bangga pun ada.. Bila kwn2 dtg rumah, puji hasil kerja isteri..
Namun, manusia tu tak sempurna.. Walaupun dia pandai dlm serba serbi.. Dia masih kurang pandai melayan n4fsu ak.. Dia agak lurus dalam bab2 ni.. Mungkin sbb tu ak jadi tak bern4fsu dengan dia.. Sbb ak jenis cepat hilang mood kalau tengah bersama..
Ak ada juga tanya kwn2 ak, berapa kali dlm seminggu diorg bers4ma.. Ramai yg ckp 2 atau 3 kali seminggu.. Ak cuma sentvh isteri ak sebulan sekali atau dua kali.. Itu pun bukan kerana n4fsu.. Tp kerana nafkah.. Kalau ikutkan, ak ters3ksa juga utk bersama dgn dia.. Mcm ak paksa diri ak utk bersama dgn dia.. Isteri ak tak pernah merungut atau merajuk kalau ak tak bersama dgn dia..
Konflik ak dan isteri bermula bila isteri ak terbaca whatsapp ak.. Kebetulan waktu tu, ak tertinggal fon waktu nak ke office.. Entah mcm mana ak terlupa sangat hari tu.. Selalunya, fon tu lah yg ak tak akan tinggal.. Bila ak balik waktu lunch untk ambil fon.. Ak nampak dia duduk atas sofa sambil pegang fon ak..
Muka dia tenang.. Tenang sgt2.. Ak ingat dia buka fb ke main game kat fon ak.. Sbb dia bukan jenis cek hp ak mcm isteri kwn2 ak yg lain.. Dia ckp dulu waktu mula2 kawin, fon tu privacy kita sendiri.. Jd dia mmg tak akan cek.. Ak minta fon dekat dia, and dia pun beri dekat ak..
Ak tengok fon ak, rupa2 nya dia tengah baca whatsapp ak dgn sorg perempuan (officemate) dekat whatsapp ak.. Ak jd speechless.. Ak tak tahu nak buat mcm mana.. Ak nak explain dari mana pun ak tak tahu..
Ak cuma ckp dkt dia.. Ak kenal officemate sbb dia budak intern.. Junior kita.. Ak yg incharge bahagian intern.. Ak mengaku dgn isteri yg ak dah terlanjvr dengan dia beberapa kali.. Hampir setiap hari di office ak bersama dgn dia.. Dia pandai layan ak.. Tak mcm isteri ak.. Dia buat ak rasa pvas sgt.. (part ni ak tak cerita dekat isteri)..
Sambil ak explain tu, ak pandang muka isteri.. Tenang sgt2 muka dia.. Ak yg jadi resah dan gelisah.. Ak janji dengan isteri.. Ak tak kan buat lagi apa semua.. Tapi isteri tetap diam.. Muka dia mmg tenang.. Tenang sgt2..
Ak tanya dia, akg okay ke? Dia diam.. Lama dia diam.. Ak tengok muka dia.. Takde tanda2 nak marah atau sedih.. Mmg tenang betul.. Tiba2 dia ckp dekat ak.. Setiap kali lepas asar.. Dlm pukul 5 lebih.. Dia rasa resah dan gelisah.. Rasa mcm ada yg tak kena.. Setiap kali tu lah dia doakan ak balik kerja dgn selamat, dia doakan ak diampunkan dosa ak.. Dia risau takut ak accident atau apa2 sepanjang perjalanan balik office ke rumah..
Ak terkejut bila dia ckp mcm tu.. Sedangkan waktu tu, ak tengah sedap berprojek dgn officemate ak.. Mmg kami projek selalunya lepas asar.. Waktu yg lain2 habis waktu kerja..
Lepas isteri ckp mcm tu, isteri senyum kat ak.. Dia tanya ak nak makan apa utk lunch.. Ak ckp ak tak nak makan apa2.. Ye lah.. Mcm mana nak makan.. Tengok muka dia pun ak dah kenyang.. Ak tengok dia lagi.. Dia okay atau tak.. Tp dia masih lagi tenang.. Ak betul2 gelisah sampai ak ambil cuti emergency.. Ak tak dtg office lepas lunch.. Sbb ak nak tengok gelagat dia..
Dia masih lagi masak di dapur.. Ak ikut je belakang dia.. Lepas masak, kami makan.. Then solat zohor.. Lepas tu dia angkat baju dan lipat.. Sepanjang hari tu, ak mmg membontoti je dia.. Kadang2 dia tengok ak dia senyum balik dekat ak.. Ak mmg gelisah betul hari tu.. Terseksa ak rasa.. Ak langsung tak boleh agak hati dia mcm mana.. Sampai lah ke asar dan maghrib.. Dia masih lagi teruskan rutin harian dia.. Siap tanya ak lagi.. Nak makan apa untuk dinner..
Lepas dinner kami sama2 solat jemaah.. Then tengok tv.. Dia ajak ak layan movie.. Dia minat sgt cerita harry potter.. Jadi malam tu ak pasang lah.. Dari episode satu sampai episode 3.. Dah nak dekat pukul 1 lebih.. Ak dah mula mengantuk.. Tp isteri tak mengantuk lagi.. Ak ckp dekat dia ak nak tidur.. Sbb ak kerja pagi.. Dia senyum kat ak then dia angguk.. Ak pun masuk bilik tidur..
Tapi tah mcm mana.. Ak terjaga pukul 3 lebih.. Ak pandang kiri isteri tak ada.. Ak risau.. Ak turun bawah.. Ak nampak dia dekat ruang tamu.. Tengah sujud.. Ak pun berdiri kat tepi tangga.. Tunggu dia habis solat..
Tp lama dia sujud.. Lama sgt2.. Hampir 20 minit dia sujud.. Kemudian baru ak nampak dia bg salam.. Ak nak tegur, tp ak dengar dia menangis sambil berdoa.. Dlm doa dia.. Dia mohon dekat Allah supaya Allah ampun kan dosa ak yg berz1na.. 3 kali dia ulang ayat tu.. Dan dia juga doa, mohon Allah ampun kan dosa officemate ak yg berz1na tu juga.. Waktu tu, ak terduduk kat tangga.. Dengar doa dia.. Air mata ak menitik dgn sendiri..
Dia doa lagi supaya Allah lembut kan hati ak utk maafkan dia.. Sbb dia tak pandai melayani ak.. Lama dia doa.. Menangis2 dia atas sejadah.. Ak bangun pergi dekat dia.. Dia menangis dekat ak.. Dia pula yg minta ampun dekat ak.. Sbb ak makan luar kerana dia tak pandai layan n4fsu ak.. Dia minta maaf banyak kali dekat ak sebab kekurangan dia..
Ak jadi serba salah.. Sedangkan ak yg sepatutnya minta maaf dengan dia.. Ak cvrang dgn dia.. Ak makan luar.. Ak tak peduli kan dia.. Ak jarang sentuh dia.. Tp masih lagi dia menyalahkan diri dia atas sikap ak..
Lepas malam tu.. Dia mcm biasa balik.. Layan ak mcm sebelum2 ni.. Tanya ak nak breakfast apa, nak lunch apa, nak dinner apa.. Cuma ak yg gelisah tengok dia perangai mcm tu.. Sbb ak expect ak kene marah ke.. Kene m4ki ke.. Koman2 kene baling pinggan mangkuk ke.. Kene halau ke..
Tp dia diam je.. Ak nak minta tolong kaum hawa dalam ni.. Apa yg ak perlu lakukan.. Ak minta maaf dengan isteri.. Dan isteri maafkan ak..Tp kenapa ak masih rasa bersalah dengan sikap isteri walaupun dia dah maafkan ak? Apa yg ak perlu lakukan? Ak buntu.. Dah nak 3 minggu rasa bersalah tu tak hilang.. Terseksanya ak..
BACA: Sarawak temui deposit sumber mineral bumi termasuk emas bernilai RM1.25 trillion