“Berbulan suami jadi biawak hidup, semua simpanan aku dikikisnya, cincin nikah pun kena gadai, mak mertua tak kisah anak tak kerja harapkan isteri”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Suatu hari, kereta aku mak mertua suruh jual dan beli kete baru untuk anak jantan dia pakai. Sebijik aku dengar perkataan kete myvi aku tu dilabel takde class, ‘takde standard’ gitu.

Dia cakap kalau beli kereta besar, baru nampak gah di mata orang sekeliling..Suami masih ada hutang duit hantaran..

Situasi : Seminggu sebelum majlis akad nikah, kena submit form pada kadi untuk chop dan booking tarikh tok kadi.

Tempat aku ni, pada hari nikah, kadi akan pastikan pihak suami sediakan duit hantaran cukup dan tak kurang walau satu sen pon, seperti tertulis dalam borang.

Jadi, suami bagitau aku, dia tak sempat sediakan duit hantaran seperti yang dijanji sebelum ni.

"Berbulan suami jadi biawak hidup, semua simpanan aku dikikisnya, cincin nikah pun kena gadai, mak mertua tak kisah anak tak kerja harapkan isteri"

Duit cash yang dia ada waktu tu RM4000. Sebelum ni, dia janji pada keluarga aku dan aku bahawa hantaran RM8000 (asalnya RM10k).

Jadi, buat perjanjian untuk tulis dalam borang nikah RM4000 sahaja dan baki lagi 4k, dia akan bayar sikit sikit lepas selesai majlis nikah, aku setuju deal macam ni sebab tak nak keluarga aku tahu dan maIukan pihak suami.

Dulang hantaran masa tu pon aku hanya recycle pakai barang peribadi sendiri je (sebab nak jaga air muka pihak lelaki, takut tetamu pandang sinis, perli, h1na sebab keluarga suami takde bawak barang untuk letak di dulang hantaran pihak lelaki)

Aku balut cantik-cantik barang peribadi sendiri dan letak kat dulang, acting jela. Sampai sekarang belum langsai hutang duit hantaran, satu sen pon belum bayar. Masalah seterusnya, selama kahwin, suami culas tentang nafkah anak aku dan sekarang ni ada anak umur setahun 6 bulan.

Segala-galanya perbelanjaan anak, susu pamper termasuk bil hospitaI masa aku bersalin, guna duit simpanan peribadi aku dan duit tu adalah simpanan aku dari zaman bujang sebelum kahwin. Dialog kebiasaan suami, “pakai duit u dulu belikan barang anak, pinjam duit u untuk beli susu pampers anak”.

Hari pertama anak lahir, suami dah tak pergi kerja, alasan dia ambil unpaid leave. Lepas 2 minggu, dia cakap dah berhenti kerja (operation supervisor syarik4t construction) atas alasan penat bekerja dan tak larat ulang alik menjenguk anak.

(Waktu tu aku dan suami pjj, dia di penang, aku dan anak tinggal di rumah keluarga di perak dan waktu tu jugak PKP c-19. Masa awal nikah pon PJJ juga, aku kerja di KL dan suami kerja di Penang). Aku jadi kesian dengar cerita suami berhenti kerja, withdraw duit simpanan peribadi dari bank dan hulur la duit poket untuk suami RM1000 + 500 untuk duit sewa rumah suami di penang tu.

(Yela, bini takut suami kebulur takde duit nak makan), walaupon aku pada waktu tu tengah berpantang bersalin dan tak kerja. Ingatkan suami akan ganti balik bila owner refund deposit sewa rumah suami. Harapan kosongggg..

Lepas berhenti kerja, dia ( suami) duduk menumpang di rumah keluarga aku dan menganggur. Lepas tu kononnya nak buat trading forex sebagai pekerjaan. At first, aku tanya, seharian buat forex ni dah berapa dia dapat? Dia merungut takde modal besar, sehari just trading 1USD sahaja.

(Masa dengar tu, rasa nak terkeluar perkataan m4ki je wei, 24 jam sehari berminggu-minggu ni, engkau acting macam busy teruk, aku tengah berpantang, anak aku terp4ksa uruskan sorang diri sebab kononnya tak boleh kacau engkau. Engkau buat lawak ke??)

Tapi, aku tabahkan hati, pejam mata dan withdraw duit simpanan aku sendiri, aku bagi modal RM5k. Selepas tu, lepas sebulan dua, dia stop sebab cakap tak balik modal dan tak pandai buat trade forex. Duit yang bini bagi pinjam buat modal pon refund tak cukup dan buat-buat lupa je.

Kemudian, suami menganggur balik, duduk mengadap PUBG dan mobile legend 24 jam. Aku tanya dia nak buat kerja apa, dia cakap kalau boleh nak buat business atau kerja yang ‘work from home’. Jadi, aku bincang dengan adik beradik aku, kami purposely create satu peluang kerja untuk suami aku, buat kerja kayu, decoration pinewood.

Adik beradik aku melabur duit untuk beli simen kayu, simen encraving laser dan bahan-bahan mentah. Sekerat jalan, stop jugak. Dia cakap penat, jari tangan jadi kasar sebab kena handle simen encraving kayu tiap hari.

Satu hari, mak dia datang melawat dengan adik beradik dia, punya excited aku nak tunjuk meja kerja anak dia dan simen-simen yang kami beli untuk anak dia start up bisness tapi hampa ja, mak mertua jeling tengok pon tak.

Mak dia cakap, tak ada standard anak dia nak buat job kerja kayu, lepas tu habuk kayu nanti anak jantan dia ( suami) jadi resdung asma bagai. Aku yang dengar pon jadi sayu dan terasa hati sangat sebab tak ada p4ksaan dan dia ( suami) sendiri bagi idea nak buat job tu, kalau tak, takdenya aku dan adik beradik keluar modal nak invest untuk dia.

Aku masa pkp, syarik4t tempat kerja tutup sebab event management tak boleh beroperasi. Kerja di Kuala Lumpur, waktu PKP terp4ksa balik kampung sebab takut berkurung sorang diri tanpa keluarga di masa pandemik.

Waktu tu aku tak risau sangat sebab dah ada duit simpanan sendiri (approx 2 tahun gaji), duit simpanan zaman bujang sebelum kawin. Dan waktu tu jugak, aku dapat claim insuran perkeso tempoh 6 bulan disebabkan retrechment pekerjaan (company tutup).

Aku continue surv1ve buat online business dan semua duit sale masuk akaun suami, kononnya untuk create cashflow cantik supaya in future kalau bank review senang nak dapat business loan. Waktu tu dah push suami bukak akaun bank business sebab ada ssm, tapi suami banyak alasan dan sale business aku still continue masuk akaun peribadi suami.. suami refund ke aku pon ada shortage baki duit yang lesap.

Kemudian, dapat withdraw epf aku (i-sinar, i-lestari), suami tak withdraw sebab bagi alasan company dia sebelum ni tak carum epf.. Hmm.. Dengan bekalan duit simpanan peribadi aku, duit pamp4san insuran perkeso retrechment kerja (company tutup masa PKP c-19), sale business online aku, epf i-sinar i-lestari aku itu la, survive hidup sampai 2022, anak dah umur setahun 6 bulan.

Awal tahun 2022, mak suami suruh pindah ke kampung halaman dia di Perlis sebab dah ada kerja, siap mentioned gaji 5k monthly, bila bila terus masuk kerja je. Jadi, aku setuju dan booking lori pindah barang dari perak ke perlis (semua kos bayaran lori, minyak kete, angkut barang pindah rumah semuanya guna duit bini/aku).

Seminggu kat perlis, baru aku dapat tau semuanya dusta, suami baru kalut sana ni nak start hantar resume dan baru nak mohon kerja, cerita job yang mak dia cakap haritu krik krik ja). Selama seminggu kat rumah family suami, mak mertua perli siap suruh aku pergi kerja jadi cashier kedai dari duduk diam di rumah.

Serious la, aku ni bukan spm gagal, well educated sampai uni, memang sengaja mak mertua nak cari pasal. Dia taktau ka selama ni, anak jantan dia dok makan duit bini dan bini dia ni la yang dok bela bagi makan dan tanggung belanja rumah dan expenses susu pampers anak.

Mungkin waktu tu, nampak macam aku duduk rumah nganga mulut tunggu laki suap makan je kot (padahal waktu tu suami/anak jantan dia pon menganggur). Hanya nampak aku senang lenang tak keluar kerja pejabat rutin 9pagi-5petang, sebabnya aku dah ada business sendiri dan focus jaga anak sepenuh masa.

Waktu tu aku pon takut nak hantar anak ke pengasuh sebab paranoid banyak kes d3ra budak. Aku berk0rban tak kerja jawatan tinggi di pejabat dan continue bekerja sendiri buat online business sebab nak 100% focus untuk anak. Online biz pon sales rancak juga time PKP haritu.

Suatu hari, kereta aku (yang dah habis bayar bank dari sebelum kahwin), mak mertua suruh jual dan beli kete baru untuk anak jantan dia pakai. Kononnya dia nak cadangkan upgrade kete besar untuk family wise. Sebijik aku dengar perkataan kereta myvi aku tu dilabel takde class, ‘takde standard’ gitu.

Nampak calar kemik tepi pintu kereta, sekali lagi dia sound dan suruh beli kereta baru. Mak mertua cakap kalau beli kereta besar, baru akan nampak gah di mata orang sekeliling. Aku rasa macam nak bersilat je bila dengar, berasap telinga.

Zaman bujang aku beli kereta tu sampai habis bayar sebelum kawen, lega la kit sebab dah habis bayar tak ada komitment hutang bank, kalau suami nak tuntut pon dia takde hak sebab bukan harta sepencarian. Nak beli kereta baru, anak jantan dia mampu bayar ke??

Susu pampers anak pon dok guna duit bini yang tak kerja ofis ni tau. Perbelanjaan hidup aku pon aku guna duit sendiri je. Lepas tu jugak, aku bungkus beg kain baju dan gerak pergi Kuala Lumpur, malas nak layan karenah family mertua yang pandang rendah pada aku.

Balik KL ke rumah yang aku duduk time bujang dulu (rumah parent aku, arw4h ayah ada banyak aset rumah, aku tumpang duduk jela). Rumah ni aku usaha masa bujang, untuk fully furnish segalanya (dengan duit gaji sendiri).

Suami masa tu nak pindah masuk rumah ni pon bawak spender je, senang hidup dia. Sebulan lebih dia jobless di KL, kemudian akhirnya dapat la kerja. Tapi selepas sebulan, berhenti lagi, alasannya tak ngam dengan bos.

Kemudian dapat kerja lain pulak, cukup sebulan kerja, ngam seminggu sebelum cuti aidilfitri, dia cakap dah berhenti sebab dah dapat kerja tempat lain. Lepas tu dia balik perlis cuti beraya, aku tak follow sebab tau, kalau ikut dia balik beraya, semua perbelanjaan duit minyak tol, nak hulur duit raya ke family mertua dan budak-budak, confirm mintak duit bini.

Jadi, aku beraya berdua di KL dengan anak yang baru umur setahun time tu. Berdua la kami. Aku pon tak balik kampung rumah mak, aku jujur dengan family aku, tahun ni tak dapat balik beraya, takde budget, duit nak kena berjimat untuk surv1ve bulan-bulan mendatang ni.

Suami, dia balik sorang ke perlis naik bas. Duit belanja pon tak tinggal, baju raya untuk aku dan anak pon tak beli. Lepas seminggu cuti beraya, dia balik KL.

Lepas tu, aku arranged lori untuk pindah (barang-barang yang sebelum ni bawak dari rumah family aku di Perak pindah ke rumah mertua di Perlis) dan pindahkan semula semua barang-barang aku di rumah mertua tu, bawak datang KL ni. Kos semua aku tanggung sendiri.

After that, aku mintak berpisah, suruh dia keluar duduk sendiri di rumah sewa lain.. masa tu hopefully, dia sedar la jasa aku dia selama ni, selama kawin, aku bantu macam-macam wei

. Kemudian, sebulan berlalu, dua bulan, bulan ketiga dan until now sudah tak tinggal sebumbung 11 bulan.

Sekarang, aku tuntut cerai. Dah letih nak jaga biawak hidup. Di bahu aku, ibarat nak kena tanggung 2 orang anak. Aku nak kena jaga seorang anak kandung sendiri dan nak kena tanggung anak kandung mak mertua ( suami).

Habis dah ni bergolok gadai semua, cincin kahwin pon dah gadai. Duit simpanan peribadi, duit sale business semua habis di kikis suami biawakkkk. U all jangan tanya sebelum kahwin aku tak selidik dulu ke biodata suami. Aku masa fasa berkenalan, kami dating PJJ jugak (dia di penang, aku kerja di KL).

Masa tu, masa dia ajak kawen, suami tu sudah bersembang janji bulan bintang, cukup gaya gajah pon boleh terbang, dia cakap sudah financial stable (tapi takde la aku mintak tunjuk statement akaun bank). Sembang berbisness partner dengan kawan buat company construction, siap ada komisen untuk setiap projek yang siap (lepas kawen baru dapat tau, status dia cuma kuli pekerja je bukan partner).

Lagipun, kami berdua alummi sekolah boarding school yang sama, ex-MRSM. Masa awal kawen, bila dapat tau semuanya dusta dan aku tetap pasrah jela, kononnya takpe darling, kita mula dari zero, bina tiang rumah sama-sama.

Cuma tak sangka, dugaan buat aku, tersalah pilih calon suami yang kaki spin cerita, kaki putar belit janji, kaki menganggur malas kerja, kaki kikis duit bini. Sekarang, suami bahagia hidup aman tenang ala-ala bujang gitu, duduk menyewa kat rumah lain. Nafkah anak bini buat tak tahu je.

Aku move on hidup dengan anak kecil ni, terkontang kanting cari jalan nak surv1ve, duit saving dah habis di kikis suami.

Tunggu date nak masuk mahkamah, nak tuntut balik segala hak dan hutang suami pada aku

Doakan aku dapat bangun balik dan supaya aku kuatkan semangat surv1ving untuk anak aku. – Anonymous (Bukan nama sebenar)

BACA: “Selepas tujuh tahun berkahwin, saya diceraikan dengan talak tiga dan inilah hari paling bahagia buat saya”