Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi meninggal dunia, menurut portal haramain.com.
Menurut laporan yang dikongsi di platform media sosial X pada Sabtu, solat jenazah diadakan di Masjidil Haram dan pengebumian di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Makkah.
Untuk rekod, Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.
Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah.
Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga jika terdapat tetamu negara.
Tugas menjaga Kaabah menjadi tanggungjawab keluarga Sheikh Saleh Al Shaiba untuk tempoh waktu yang lama.
Tanggungjawab tersebut bermula selepas Nabi Muhammad menakluki kota suci Mekah.
Baginda bersabda, keluarga Al Shaiba perlu melakukan tugas penting tersebut dan mereka melaksanakannya sejak dari itu.
Solat jenazah Sheikh Saleh Al Shaiba diadakan di Masjidil Haram. Selepas solat jenazah selesai, beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mualla.
Susulan tradisi turun-temurun, orang seterusnya yang akan menjadi pemegang kunci Kaabah juga dipilih daripada keluarga Al Shaiba.
BACA: Ini cara tuntut semula pampasan penerbangan yang ditunda dan dijadual semula