Ustazah Asma’ tegur influencer muslimah content rapatkan wajah di skrin

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pendakwah bebas, Ustazah Asma tegur influencer muslimah yang membuat konten dakwah dengan merapatkan wajah ke skrin bagi memberi nasihat sehingga tular di media sosial.

Menerusi posting yang di buat Ustazah Asma’ Harun di Facebook, beliau akui terkejut apabila ada wanita muslimah menyampaikan kata-kata nasihat mengikut cara yang kurang sesuai.

“Astaghfirullah.. memang dah baca sana sini komentar berkaitan ada ‘influencer’

WANITA MUSLIMAH yang menyampaikan dengan cara NON MUSLIMAH, wanita non muslim pun lebih sopan dan beretika,” tulisnya.

Jelas pendakwah itu lagi, konten sebegitu telah mengundang pelbagai kesan negatif apabila menjadi ‘bahan’ kepada perbuatan jijik sesetengah pihak yang jelas-jelas termasuk dalam kategori soft porn.

Ustazah Asma’ tegur influencer muslimah content rapatkan wajah di skrin

Tambahnya, sebagai seorang wanita muslim, sangat tidak wajar apabila sengaja bersuara dengan lembut dan manja lebih-lebih lagi dengan gaya menggoda serta mendekatkan wajah ke skrin.

Cara tersebut dengan jelas adalah dilarang dan mendatangkan dosa kerana hukumnya adalah haram.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut menyertakan sekali potongan ayat dalam Surah al-Anzab ayat 32 dengan membawa maksud berkenaan larangan tersebut.

“Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”, (Surah al-Ahzab: 32).

Susulan daripada kerkongsian tersebut, ramai yang bersetuju dengan apa yang dinyatakan pendakwah terbabit kerana kerap melihat video influencer wanita berkenaan tular di media sosial dan dijadikan bahan gurauan termasuklah golongan lelaki.

Ada juga diantara mereka mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asma’ kerana memberikan peringatan perihal larangan tersebut kerana ramai muslimah yang terlepas pandang tentang hal itu

BACA: “Semenjak kes raya tahun lepas, bini abang mula buat perangai, keluarga aku dia buat musuh, patutlah..”