Puluhan jemaah haji meninggal, Menteri Agama dipecat

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Tiada penjelasan rasmi diberikan mengenai pemecatan itu, tindakan tersebut berlaku

semasa negara menghadapi kematian sekurang-kurangnya 49 jemaah haji

Presiden Tunisia, Kais Saied, telah menyingkirkan Menteri Hal Ehwal Agama, Ibrahim Chaibi,

selepas berlakunya kematian beramai-ramai jemaah haji Tunisia di Arab Saudi, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu.

Walau tiada penjelasan rasmi diberikan mengenai pemecatan itu, tindakan tersebut berlaku semasa negara menghadapi kematian sekurang-kurangnya 49 jemaah haji Tunisia di Arab Saudi.

Puluhan jemaah haji meninggal, Menteri Agama dipecat

Sebelum ini, Chaibi menyatakan pada hari Jumaat bahawa kebanyakan daripada kematian itu melibatkan jemaah haji yang menggunakan visa pelancong, bukan melalui program haji Saudi.

Beliau telah dikritik oleh pengguna media sosial Tunisia yang menuduhnya mengunggah gambar ketika sedang menunaikan ibadah haji, pada masa yang sama berlaku laporan kematian jemaah haji Tunisia.

BACA: “Dengan penatnya bekerja, suami layan aku macam ‘roommate’ di asrama dan dilayan macam ‘bibik’ oleh mentua”