Biodata Chombi anak Harry Khalifah akhirnya terbongkar

Oleh DAHLIA MARZUKI

Biarpun baru mencipta nama di arena muzik arus perdana, nama penyanyi Chombi sudah ‘melekat’ di hati pendengar muzik tempatan,

apabila mendapat perhatian selepas lagu-lagunya sering mendominasi carta tontonan di laman YouTube.

Mengorak langkah, Chombi kini mengekalkan populariti sedia ada menerusi single terbarunya,

Sayunk I Love You yang merupakan ‘buah tangan’ kedua diterbitkan.

Jom kenali bintang ‘BBNU’ yang juga terkenal dengan lagu Rindu Rindu ini.

Biodata Chombi anak Harry Khalifah akhirnya terbongkar

Biodata Chombi anak Harry Khalifah terbongkar

10 Fakta Chombi, Penyanyi Lagu Sayunk I Love You Dan Rindu Rindu

1. Siti Maryam Ahmad Sairi atau lebih dikenali sebagai Chombi dilahirkan pada 21 Januari 2007.

2. Chombi ialah anak kepada komposer dan penyanyi ternama, Harry Khalifah (Apak). Adik beradik beliau yang lain termasuk penyanyi Mizan Harry Khalifah (abang).

3. Menceburi arena seni sejak umur 13 tahun.

4. Minatnya dalam bidang nyanyian telah disedari oleh ibu bapanya sejak kecil iaitu ketika berusia tujuh tahun.

5. Sepanjang berada dalam arena muzik, penyanyi remaja ini pernah tampil dengan dua dendangan lagu, iaitu Rindu Rindu dan Sayunk (Sayang) I Love You.

6. Lagu Rindu Rindu menjadi cukup popular, namun paling kuat pengaruhnya di negeri-negeri Pantai Timur.

7. Kepuasan muzik Chombi terletak pada genre dangdut yang mana dia berharap dapat mencuba aliran muzik itu suatu hari nanti.

8. Majoriti komen netizen mengenai vokalnya positif apabila ramai yang memuji nyanyiannya sebagai lunak dan merdu.

9. Pernah membuka ruang kepada orang ramai yang berminat menghantar penyertaan dan mencuba nasib untuk membuat penampilan sebagai model “hero” dalam muzik video lagu baharunya, Sayunk I Love You.

10. Baru sahaja mendapat adik perempuan awal tahun ini, dia dikhabarkan bakal menyambut kelahiran seorang lagi adik tidak lama lagi.

BACA: “Walaupun body macam anak dara, suami tak pernah pandang aku sampai lama tak disentuh, tapi satu hari aku terjumpa suami simpan benda yang mencurigakan aku”