Kalau haiwan itu tidak sakit, tengok mata sayu si comel pun cepat sahaja tangan hendak capai untuk membawa pulang kucing bila dapat tahu dia hidup terbiar.
Pencinta kucing akan faham bila rasa simpati spontan terdetik ketika melihat mana-mana kucing terbiar sedang sakit, untuk dibawa pulang dan dirawat dengan segera.
Dalam TikTok baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang mak cik membawa pulang kucing terbiar,
tetapi cara spontannya untuk menempatkan haiwan itu supaya mak cik boleh pantas bergerak adalah amat melucukan, yang membuat ramai rasa terhibur.
Tetapi rupa-rupanya mak cik sedang membawa pulang seekor anak kucing yang bergerak-gerak di dalamnya.
Pada mulanya, dari jauh kelihatan mak cik ini menjinjing beg plastik oren selepas keluar dari sebuah kedai, yang diingatkan dia baru selesai membeli barang.
Gelagat makcik bawak oyen dalam beg plastik buat netizen berdekah ketawa
“Operasi menculik..” kapsyen video itu sambil menunjukkan mak cik dengan muka selamba dan tidak bersalah membawa seekor kucing di dalam beg plastik oren.
Pengguna TikTok @kaklinaaircond yang merakam sambil tergelak sakan dan memuat naik video itu, berkata ibunya yang merupakan seorang pencinta kucing terpaksa membawa kucing sakit itu pulang ke rumah kerana mahu merawatnya.
Video TikTok yang tular dengan lebih 1.5 juta tontonan itu telah mendapat perhatian dan mencuit hati ramai warganet dengan komen mereka:
“Mak cik ganas.. Apa-apa pun saya jadi peminat mak cik dah ni..”
“Buat muka macam tak bersalah. Tapi niat nak selamatkan kucing..”
“Cuba tunjuk wajah sebenar mangsa culik tu kak..”
“Aduhai.. Balik kedai bungkus kucing.”
“Terima kasih mak cik sudi menjaganya. Semoga mak cik diberi kesihatan yang baik.”
“Ingat mak cik beli ikan keli sebab nampak bergerak-gerak..”
BACA: Abang Kurier dedah ditawar RM17.50 buang botol kaca lama dalam sungai ini puncanya