Bakal menantu dah ‘offer’ hantaran RM20K, sekali ayah mentua minta diskaun pula ini puncanya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Apabila sebut topik hantaran, kebanyakan lelaki pasti ‘kecut perut’ mendengarnya.

Maklumlah zaman sekarang ramai anak dara sudah berpelajaran tinggi dan berkerjaya, maka lumrah bagi pihak perempuan meletakkan nilai yang besar sebagai syarat untuk berkahwin.

Namun berbeza pula dengan seorang bapa ini, apabila nilai jumlah RM20 ribu dianggap sangat tinggi pula.

Awak tak rasa tinggi sangat ke? Taknak nego?” Dia dah terperanjat

Menerusi laman Twitter, Fariz Ahmad berkongsi kisah seminggu sebelum anak perempuannya dipinang dahulu.

Bakal menantu dah ‘offer’ hantaran RM20K, sekali ayah mentua minta diskaun pula ini puncanya

Ketika ditawarkan nilai tersebut, bakal menantunya malah terkejut apabila disuruh diskaun pula.

Di sebalik permintaan ‘rare‘ tersebut, dia memberi pesanan bahawa bakal pengantin akan pakai duit banyak kerana perlu membina kehidupan baru selepas berkahwin.

Offer Hantaran RM20k, Bakal Menantu Terkejut Ayah Pihak Perempuan Suruh Diskaun 4

Bakal menantu dah ‘offer’ hantaran RM20K, sekali ayah mentua minta diskaun pula

Biarlah duit saving digunakan untuk bina kehidupan mereka…Tak payah letak harga mahal-mahal, yang penting selesaikan hal wajib

Di akhir perbincangan, Fariz Ahmad akhirnya terima cadangan daripada bakal menantunya untuk memberi hantaran berjumlah RM15 ribu. Ujarnya kepada para ibu bapa di luar sana, tak usah bebankan anak-anak dengan hantaran mahal. Hal ini kerana paling mustahak adalah selesaikan hal-hal yang wajib, selain prihatin juga terhadap soal kehidupan pengantin sesudah berkahwin.

Offer Hantaran RM20k, Bakal Menantu Terkejut Ayah Pihak Perempuan Suruh Diskaun 5

Baiknya dapat mentua yang memahami…ayah masa kami nak kahwin dulu, letak syarat make sure mampu beli cincin nikah je

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keprihatinan si bapa berkenaan terhadap cabaran mempelai setelah mendirikan rumah tangga nanti. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi nasihat serta pengalaman menarik daripada orang tua masing-masing sewaktu menerima lamaran pihak lelaki.

BACA: “Walaupun body macam anak dara, suami tak pernah pandang aku sampai lama tak disentuh, tapi satu hari aku terjumpa suami simpan benda yang mencurigakan aku”