“Lepas 12 tahun kahwin, ada 3 orang anak, isteri tiba-tiba cakap dia nak kami jadi kawan je, tak sangka isteri nekad tinggalkan anak-anak”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Sudah lapan tahun episod itu berlalu. Lapan tahun yang penuh cerita suka, duka, perit. Mengapa aku mahu mengingati itu semua?

Sebab aku rasa lelah. Aku penat. Tiap kali bangun pagi wajah dialah yang terlintas di fikiran walaupun setelah 8 tahun perkara ini terjadi.

Menghairankan juga, mengapa dia, soal aku bertalu – talu. Memang aku amat sayang padanya. Tapi itu dulu.

Aku yang dulu seorang lelaki yang naïf. Yang mudah sangat jatuh hati kepada perempuan yang manis, lirikan mata yang menggoda dan tutur kata yang lemah lembut.

Kami berkahwin selepas 3 bulan berkenalan. Ibu dan kakak aku terpinga – pinga apabila aku menggesa dipercepatkan perkahwinan.

"Lepas 12 tahun kahwin, ada 3 orang anak, isteri tiba-tiba cakap dia nak kami jadi kawan je, tak sangka isteri nekad tinggalkan anak-anak"

Perhubungan itu perlu dihalalkan segera kerana d4rah muda kami ketika itu boleh membawa kepada perkara – perkara yang lebih buruk lagi.

Batas pergaulan perlu disantuni. Setelah diijabkabulkan, semuanya manis – manis belaka. Kami saling melengkapi. Aku bahagia kerana mempunyai isteri yang menjaga keperluan kehidupanku. Apabila dia hamil, aku gembira bukan kepalang.

Maknanya tidak lama lagi aku akan naik taraf daripada seorang suami kepada seorang ayah. 12 tahun membina rumah tangga, tiba – tiba pada satu malam isteri mengajak aku berbual. Nampak serius betul. “Abang, Lia rasa kita hanya sesuai menjadi kawan, bukan sebagai pasangan. Matlamat hidup kita berbeza. Lia impikan lelaki yang menghargai Lia, yang menyayangi Lia seperti yang Lia mahukan”. Aku pelik.

Adakah selama ni aku tak menghargai dia? Tak cukup ke sayang aku untuk dia? “Lia, abang setia dalam perkahwinan ini. Abang tiada perempuan lain dalam hidup abang. Abang sentiasa ada di rumah membantu Lia menguruskan rumah tangga kita dan anak – anak. Tidakkah ini melambangkan yang abang menyayangi Lia”.

“Ya, itu Lia tahu. Tapi Lia mahu lebih dari itu. Lia mahu seorang suami yang boleh beritahu Lia yang dia sayang pada Lia. Lia nak suami Lia sering hubungi Lia apabila Lia tiada di rumah atau apabila suami pergi kerja”.

“Tapi bagaimana dengan abang? Anak – anak kita? Kan berdua lebih baik, Lia. Abang dah biasa ada isteri, bagaimana abang harus tinggal seorang diri?”.

“Anak – anak kita gilir – gilir jaga. Lama – lama mereka tentu boleh faham. Lia boleh sewa rumah berdekatan dengan rumah abang”.

“Abang tak setuju”.

Benarlah kata nasihat. Mahu mencari pasangan pilihlah yang menjaga agamanya. Apabila manusia menjaga agamanya, insha Allah tata susila dan sikap akan menjadi cemerlang. Akhirnya kami bercerai jua. Bercerai setelah kecurangan dia terbongkar.

Rupa – rupanya aku sering ditipu. Kerana sayang aku tewas. Kerana cinta aku percayakan dia. Aku silap pertimbangan. Tak sangka sekali, rumahtangga yang selama ni aku rasa bahagia, di belakang isteri aku curang. Bekas isteri aku keluar dari rumah kami pada awal Oktober tahun itu.

Masa itu aku di selatan tanah air, menghadiri mesyuarat jabatan. Sampai hati dia tinggalkan anak – anak kami yang 3 orang itu. Pada masa kejadian itu yang sulong baru 13 tahun. Dan bermulalah episod duka hidup aku sebagai bapa tunggal.

Anak – anak aku pelihara, jaga sendiri. Awalnya semuanya payah. Tapi aku cekal kerana aku tahu Allah sentiasa ada untuk aku dan anak – anak. Akhirnya semuanya jadi mudah kepada aku. Alhamdulillah, anak – anak pun tak susah nak jaga, mereka seolah faham struggle seorang bapa nak menjaga, cari rezeki untuk mereka.

Dua tahun yang pertama penceraian, aku sering dihubungi oleh bekas isteriku. Dia mahu berbual dengan anak – anak. Tetapi aku hanya menyepikan diri. PanggiIan telefonnya tidak kujawab. Mesejnya dalam aplikasi whatsapp juga tidak ku baca sepenuhnya.

Ada juga beberapa kali dia menyatakan hasrat untuk kembali kepada aku, itupun aku hanya lihat sekali imbas dalam message notification. Bukan aku menghukvm dia. Bukan aku menghalang perhubungan dia dengan anak – anak.

Sudah aku pesan kepada anak – anak untuk memelihara ibu mereka apabila mereka dewasa dan sudah bekerja kelak. Bahkan dia boleh datang ke rumah untuk menemui anak – anak. Aku masih tinggal di rumah yang sama, rumah yang pernah dia tinggal bersama aku, kenangan kami dan anak – anak.

Aku belum ada kemampuan untuk mencari rumah yang lain. Dia sebenarnya boleh je mencari kami di sini. Cuma aku tidak mahu dia mengganggu aku. Aku juga tidak mahu dia menghubungi aku. Bukankah dulu, dia tidak memerIukan aku sehingga dia berani meninggalkan aku. Berani untuk tidak setia.

Aku dambakan ketenangan. Aku impikan kedamaian. Biarkan aku sendirian. Biarlah orang lain menggelarkan aku sebagai lelaki k3jam dan pend3ndam. Aku senang begini, dengan caraku ini. Jika dia membaca coretanku ini, ketahuilah hatiku tiada ruang untuk dia lagi. Selamat tinggal kenangan itu. – Mr. M (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

NurAz Wan : Memang betul kata – kata, rumput di laman orang lain, sentiasa nampak lebih hijau dari rumput di halaman sendiri. Selagi tidak kahwin, orang yang berselingkuh akn merasa skandal mereka ialah pasangan yang tepat, yang memenuhi segala impian.

Tapi kalau mereka dah kahwin, malahan sesetengah belum sempat kahwin pun, selepas tinggalkan rumhtangga, akan sedar yang dikejar itu umpama fatamorgana. Nampak ada dari jauh, tapi m4kin dikejar, ia sem4kin menjauh.

Sebenarnya, nafsu serakah manusia macam ini, cuma ditunggang sy4itan, yang membisikkan untuk cari lain, untuk rasa belum temui yang tepat, untuk nampak rumput hijau di laman orang.

Kalau saya juga, tidak akan pernah menerima kembali, orang yang pernah tinggalkan saya disaat saya sudah mmberi sepenuh harapan dan kepercayaan.

Biarlah dia mencari bahagia yang dia impikan itu hingga ke hujung dunia. Jangan pernah sekali pun untuk berfikir, akan berpatah arah. Untuk uturn. terima kembali.

Chintia Gurney : Bang, lusa saya bertunang. Lambat kita bertemu. Alhamdulillah, saya jumpa duda sebijik kisah abang. Bapa tunggal. Ramai lagi perempuan luar sana bang, nasihat saya nak yang setia, cari andartu! Mereka yang belum 35 ramai yang kes dipermainkan sebelum ni, mereka pasti setia.

BACA: “Walaupun body macam anak dara, suami tak pernah pandang aku sampai lama tak disentuh, tapi satu hari aku terjumpa suami simpan benda yang mencurigakan aku”