Pasti ramai di antara pengguna telefon pintar pernah menghadapi masalah ‘memori penuh’.
Sering kali kita terpaksa memilih dan memadam gambar serta video setiap kali masalah ini berlaku.
Bagi pengguna iPhone, mereka boleh melanggan iCloud, perkhidmatan daripada Apple yang membolehkan penyimpanan
foto, fail, nota, kata laluan, dan data lain secara selamat dalam awan serta mengemas kini data tersebut secara automatik pada semua peranti.
iCloud juga memudahkan perkongsian foto, fail, nota, dan banyak lagi dengan rakan dan keluarga.
Namun, kadang-kadang walaupun data sudah dipindahkan ke iCloud, memori iPhone mungkin masih penuh.
Jangan risau… Mari ikuti perkongsian Mat Erol Hairulnizam mengenai cara untuk mendapatkan ruang memori tambahan di iPhone selepas melanggan iCloud.
1. Beli iCloud dengan kapasiti yang lebih besar dari kapasiti semasa saiz foto
Contoh:
i. Jika kapasiti foto sekarang 80GB, kena beli iCloud 200GB. Ini kerana iCloud 5GB yang diberi percuma atau langganan terendah 50GB tidak berkapasiti untuk upload semua photo dari telefon.
ii. Jika kapasiti foto 230GB, perlu beli iCloud berkapasiti 2TB. Boleh jika beli iCloud 200GB tapi perlu memadamkan foto serta video yang tidak perlu hingga kapasiti foto menjadi bawah paras 200GB.
2. Buat iCloud Photo Sync dengan menggunakan wifi
Proses ini akan mengambil masa beberapa hari hingga semua photo dalam telefon selesai dimuat naik salinannya ke iCloud.
Contoh:
Jika dalam telefon ada 19,600 keping photo, di dalam iCloud pun nanti akan ada 19,600 keping foto juga.
Langganan iCloud boleh dikongsi dengan ahli keluarga dengan mengaktifkan Optimize Storage.
3. Aktifkan ‘Optimize iPhone Storage’
Dengan memilih ‘option’ ini, semua gambar dan video dalam telefon akan dipadatkan selepas selesai ‘upload sync’ ke iCloud, di mana saiz foto dalam telefon akan menjadi saiz kecil. Dan saiz besar yang asal disimpan di iCloud.
Contohnya:
Semua foto dalam iCloud ada 83GB dan foto yang sama dalam storage iPhone sudah berkurang kapasitinya dari 83GB menjadi 14GB sahaja. Jadi, ‘memory space’ dalam iPhone semakin bertambah (besar).
Langganan iCloud boleh kongsi dengan ahli keluarga, di mana masing-masing boleh muat naik foto dan backup ke akaun iCloud yang sama, kemudian buat Optimize Storage tanpa boleh melihat gambar orang lain.
Setiap kali ada wifi, iCloud Sync akan dibuat secara automatik di mana foto-foto terbaru akan disalin ke iCloud.
BACA: Kalau tak nak kena ‘reject loan’, tak boleh ada perkataan ini dalam penyata bank