Seorang remaja berusia 17 tahun menemui ajal akibat keracunan makanan selepas dipercayai makan telur mata.
Bapa kepada mangsa yang dikenali sebagai Kamal berkata, hanya dia, isteri dan anak lelaki makan telur mata berkenaan,
manakala dua lagi anak perempuannya hanya makan mihun menurut laporan Harian Metro.
“Isteri membawa pulang mihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama
Berlaku di Sungai Chinchin dan dimakan kami lima beranak,” katanya.
Menurut Kamal, arwah makan paling banyak iaitu dua biji telur mata dan tidak lama selepas itu kami bertiga mula mengalami sakit perut sehingga hari ini.
“Hari ini, saya ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah.
Katanya lagi, Difahamkan makanan itu telah disediakan oleh pihak luar yang ditempah oleh penganjur program terbabit.