Sebak baca wasiat penduduk Gaza yang syahid

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Ramai mengaku sebak dan meluahkan rasa sedih dengan kandungan warkah yang merupakan wasiat seorang rakyat Palestin di Gaza.

Terjemahan kepada isi kandungan warkah yang tular di media sosial itu muncul selepas Israel secara ganas menyerang kem pelarian di Rafah

sehingga meragut sekurang-kurangnya 45 nyawa dan mencederakan 249 yang lain pada awal pagi 26 Mei lalu.

Genosid yang dilakukan zionis Israel meletus selepas serangan Hamas pada 7 Oktober di selatan Israel mengakibatkan kematian lebih 1,170 orang, menurut AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

Serangan balas dendam Israel setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 36,050 orang di Gaza, kebanyakannya orang awam, menurut kementerian kesihatan wilayah itu.

Sebak baca wasiat penduduk Gaza yang syahid

Berikut luahan pendududk Gaza terbabit yang dikongsikan pengguna X yang juga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Muhammad Faisal Abdul Aziz:

Muhammad seorang penduduk Gaza yang telah pun syahid menulis:

“Wasiat ku kepada mu: Jika aku mati dan syahid dalam perang ini, Aku tidak akan memaafkan pemimpin Arab yang mengecewakan harapan kita.”

“Kami telah menjalani hari-hari yang sukar tanpa makanan dan dalam kepungan. Rambutku sudah berubah menjadi kelabu walaupun umurku masih muda. Semoga Tuhan tidak akan memaafkan kamu dan tidak akan memberkati kamu.”

“Demi Allah, aku akan mengadu kepada Maha Pencipta 7 lapisan syurga perbuatan kau”

“Maafkan aku ibu. Aku amat menyayangi mu. Jangan tangisi pemergian ku”

Mesej ku kepada masyarakat Mesir, Yaman, Jordan, Lubnan, Algeria, Sudan, Tunisia, Somalia & Malaysia:

“Aku meletakkan kepercayaan kepada anda semua untuk tidak mengabaikan Gaza. Aku merayu dan menggesa anda semua untuk melindungi Gaza.

Aku amat menyayangi kalian semua. Mohon jangan kecewakan harapan kami.”

“Sesiapa yang menjumpai mesej ini, aku mohon sebarkan”

Aku adalah seorang syahid, Insya-Allah, Muhammad Abdul Qadir Al-Husseini, 25/3/2024

BACA: “Lepas isteri koma baru aku sedar penatnya jadi suri rumah, nak buat susu pun aku tak reti…”