Tunai ibadah korban atas talian diterima ke? Mufti Menk jelaskan hukum ramai nak tahu

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Ibadah korban dan sedekah merupakan amalan sunat yang amat ditekankan dalam Islam.

Namun, masih terdapat ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat pelbagai saluran dan kaedah untuk melaksanakan kedua-dua ibadah tersebut.

Terdapat juga yang meragui dan bertanya-tanya mengenai kesahihan melaksanakan ibadah korban dan sedekah apabila melakukannya secara dalam talian.

Mufti Menk memberi penjelasan tentang faedah korban dan sedekah melalui teknologi.

Beliau menyatakan bahawa berinfaq dengan niat kebaikan adalah tanda kejayaan.

Tunai ibadah korban atas talian diterima ke? Mufti Menk jelaskan hukum ramai nak tahu

Allah S.W.T juga menyebutkan bahawa orang yang berinfaq dengan niat baik adalah golongan yang berjaya di akhirat.

“Kenapa saya ingin memberi? Saya sendiri tidak tahu, melainkan Allah telah memberi saya rasa ihsan dan mengarahkan saya untuk berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Ini membuka jalan ke syurga bagi saya,” jelas Mufti Menk.

Boleh buat qurban di sini

Mufti Menk juga menambah bahawa walaupun beliau ingin melakukan ibadah korban secara fizikal, terdapat pihak yang mengatakan memberikan sumbangan kewangan adalah lebih baik.

Ini kerana lebih banyak manfaat yang boleh diperoleh melalui sumbangan kewangan berbanding melaksanakannya secara fizikal, dan hujah ini adalah benar.

Oleh itu, menggunakan teknologi kadang-kadang lebih baik daripada melaksanakannya secara fizikal

BACA: “Kalau cara dah salah, semuanya tetap salah, banyak mana pun kau minta maaf aku takkan maafkan, carilah yang lebih baik, alim”