Lupa boleh berlaku dalam pelbagai situasi, termasuk ketika sedang menunaikan solat.
Selain daripada terlupa bacaan surah, ada kalanya kita juga tidak dapat mengingati bilangan rakaat yang telah dilaksanakan.
Situasi ini pasti menimbulkan keraguan tentang langkah yang patut diambil, terutamanya jika solat dijalankan secara berjemaah.
Persoalan ini dijelaskan dengan jelas dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Masjid Bandar Seri Putra di platform TikTok.
Video tersebut memberikan contoh satu situasi yang memberikan penjelasan yang lebih jelas, iaitu ketika imam dan makmum berada dalam tahiyat akhir.
“Jika sepatutnya sudah tahiyat akhir, tetapi imam bangun lagi untuk menambah rakaat kelima. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh makmum?
“Jika imam tersilap, makmum tidak perlu mengikutinya. Teruskanlah dengan tahiyat akhir dan gunakan perkataan ‘Subhanallah’ untuk menegurnya.
“Solat imam tidak batal kerana kesilapan itu, kerana dia memang terlupa. Tetapi, jika makmum ingat rakaat solat tetapi sengaja menambah rakaat mengikut imam, solatnya akan batal,” jelasnya.
Lebih lanjut, jika imam mendengar makmum menyebut ‘Subhanallah’ dan segera duduk semula dalam tahiyat akhir, maka tidak ada masalah untuk makmum.
“Makmum boleh terus ikuti solat imam seperti biasa. Kemudian, mereka boleh mengikuti imam dalam sujud sahwi,” terangnya.
Bagaimanapun, untuk makmum yang sudah berada dalam tahiyat akhir, mereka mempunyai dua pilihan:
Menunggu imam kembali semula ke tahiyat akhir.
Membuat niat mufaraqah dan menamatkan solat mereka sendiri.
Mufaraqah bermaksud berpisah dengan imam apabila imam melakukan kesalahan dalam rukun solat, seperti menambah rakaat.
Langkah yang sama juga digunakan jika imam terkurang rakaat dalam solat. Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada semua.
BACA: “Baru nikah, suami dah kantoi mesej perempuan lain, siap buat benda tak senonoh…”