“Layanan mak mentua tiba-tiba berubah, rupanya dia cemburu dengan..

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Masih ada mak-mak yang suka mengawal anak-anak walaupun kesemuanya sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing-masing.

Lebih teruk ada yang beri layanan berbeza kepada anak dek kerana tidak berpuas hati apabila melebihkan pasangan.

Seorang wanita tak menyangka layanan suami buat dirinya menyebabkan mak mentua cemburu hingga meminggirkan mereka berdua.

Aku nak kongsikan cerita aku yang dimana mentua aku mula rasakan aku ni cuba kawal anak lelaki dia.

Suami aku ni ada tiga beradik, dua kakak dan dia yang bongsu. Akhir-akhir ni aku sendiri pun tak tahu kenapa, kami sekeluarga seperti dikecualikan,

“Layanan mak mentua tiba-tiba berubah, rupanya dia cemburu dengan..

Tiba-tiba kami cuma dapat gambar mereka berjalan di dalam group WhatsApp. Dengan ucapan daripada mak mentua aku, “terima kasih along, angah sudi bawa ibu abah jalan jalan”.

Aku tak boleh bayangkan perasaan suami aku masa tu. Terkilan bukan sebab tak diajak, ayat tu seolah olah suami aku ni tak peduli langsung dengan mak ayah dia.

Jadi aku ada juga cakap pergi laa cakap dengan mereka, mungkin kita ada buat mereka terasa hati, sebab kami ni tak dilayan langsung. Pelik.

Kami balik kampung, kemudian suami cuba untuk bercakap berdua dengan ibunya, jawapan yang dia dapat, “Tak ada apa apa, semuanya okey”.

Mak mentua cemburu

Sebulan pun berlalu, keadaan tetap sama. Kami sekeluarga tak di endahkan. Sampailah satu hari pak mentua aku cakap yang suami aku lebihkan isteri daripada maknya.

Suami aku lebih banyak masa bersama aku dan anak-anak daripada ada masa dengan maknya. Allah, salah ke suami aku ada lebih masa dengan kami sekeluarga.

Kalau nak kata suami aku tak bagi belanja, setiap kali balik kampung mesti suami aku akan bagi duit belanja.

Setiap kali hari lahir dia akan belikan hadiah, handbag, jam tangan, tudung. Kalau Raya pun sama macam tu, lengkap kepala sampai kaki, serba cukup.

Aku ada dua anak yang masih kecil dan sangat memerlukan bapa mereka. Tambahan aku juga bekerja, ada masa memang aku sangat memerlukan suami aku.

Janganlah harapkan kami untuk balik ke kampung setiap minggu. Kami pun nak masa kami berempat juga.

Kadang hujung minggu itulah masa kami nak kemas rumah, beli barang dapur, bawa anak-anak jalan.

Biasanya kami akan balik kampung sebulan dua atau tiga kali. Mungkin mak mentua aku ni nak anak lelaki dia duduk depan mata dia agaknya.

Baca juga: Bila aku cek akaun mak habis licin, rupanya Along yang ‘curi’ duit mak” ini yang dia buat