Perkenalan yang singkat bersama suami. Rasanya baru beberapa hari kenal, suami dah ajak kahwin.
Tapi bukan lah masa tu jugak kahwin. Huhu. Kami berkahwin waktu PKP. Jadinya takde apa yang best pun masa tu. Cuma yelah dah kahwin.
Awalnya kami satu tempat kerja. Rezeki kahwin, aku di naikkan pangkat. Jadinya aku bekerja under company lain.
Awal perkahwinan, alhamdulillah rezeki mencurah2. Selalu dapat pergi holiday, kerap balik kg, makan pun takde nak catu catu.
Waktu tu kami suami isteri duduk rumah mak aku. Jadinya banyak lah juga jimat kat situ.
Aku dengan laki aku ni memang almost berkepit. Kadang pergi kedai runcit ke, isi minyak kereta ke, memang berdua.
Semuanya berubah bila kami berpindah ke rumah sendiri. Bila dah pindah rumah sendiri, kami jadi zero communication. Aku jenis memang dari bujang suka bawa bekal. Jadinya sebelum subuh bangun buatkan bekal.
Masa awal pindah, memang pagi lauk lain, balik keje pun lauk lain. Penat dia takyah cakap.
Tapi aku happy masa tu sebab bila suami puji, happy lah. Yang buat aku tak happy masa tu, semua kerja rumah aku buat. Mungkin bila badan penat, tengok rumah bersepah aku jadi emosi.
Lagi aku emosi bila laki aku balik keje terus main phone / tido. Aku balik keje bertukang kat dapur. Masa tu stress. So bila stress, aku kerap sendirian dalam bilik. Aku dah tak mesra dengan laki aku.
Laki aku pun asyik hadap phone je. Sampai lah ada sekali tu aku perasan laki aku kerap ws dengan sorang kawan perempuan dia. Nama dia Sari. Kawan tu aku kenal. Kawan tu satu company dengan dia. Rapat gak dengan aku.
Aku pernah lah tegur laki aku jangan rapat sangat dengan pompuan tu. Yela bini mana tak jeles kan. Masa tu laki aku cam tak nak lah aku pikir lain. So dia pun stop lah contact pompuan tu. Aku ni pun percayalah. Huhu.
Selang dua tiga bulan kot, tibe2 laki aku start buat hal. Yang selalu kluar berkepit dengan aku ni, asyik nak keluar sorang. Sampaikan yang selalu amek aku balik keje tak pernah lambat.
Kalini aku sampai terlelap dekat lobi tunggu dia 30 – 40 minit. Masa tu aku pikir dia banyak keje. So tunggu je lah kan.
Pada masa sama juga. Tiba tiba suami aku minta izin nak pergi hangout dengan kengkawan. Without aku. Yang dulunya pergi kemana mana dengan aku. Sekarang lebih nak keluar sorang. Masa tu aku dah sedih dah.
Yela, aku dibiarkan sorang2, dia sibuk nak keluar dengan kawan2. Okay before tu aku bagitahu korang semua, aku ni memang takde kawan. Ada lah kawan rapat. Tapi semua dok jauh.
Pastu sebab masa awal kahwin laki aku jenis tak bagi slalu sangat jumpa kawan so aku pun akurr, dengar cakap suami huhu.
Start laki aku mula nak hangout dengan kawan, jemput aku lambat. Aku dah mula insecure. Aku rasa macam aku ni di abaikan. Kat rumah almost hadap phone. Kalau weekend spent time masa bersama pun cuma g beli barang dapur / balik kg.
Ada sehari tu aku tanya dia. Kenapa dia macam tu. Dulu almost setiap masa dengan aku. Kenapa lately ni dia pilih nak sendirian.
Dia kata dia dah takde rasa dalam relay aku & dia. Time tu gelap dunia aku. Suami yang satu satu nya setiap masa dengan aku kata macam tu. Aku tanya dia kenapa? Kenapa tiba tiba kata macam tu.
Dia kata dah lama dah dia rasa macam tu. And masa tu dia kata sebab aku dah tak macam dulu. Dah tak macam awal2 perkenalan dulu.
Sumpah sentap masa tu. Banyak juga dia kata pasal aku. Kira semuanya keburukan aku. Sedih tak terkata masa tu. Aku minta maaf dekat dia. Aku cakap aku akan perbaiki semua keburukan aku.
Almost everyday aku nangis. And aku banyak meluahkan pada Sari. Sari ni dah berkahwin. Ada 3 orang anak. Sari banyak bagi nasihat dekat aku. Sari ni aku anggap macam kawan baik aku.
Tapi aku silap. Dalam masa aku cuba untuk baiki keburukan aku, sikap dia makin teruk. Aku makin makan hati. Yela balik rumah nak happy2, nak rehat2 kan diri, aku jadi insecure depan dia.
Aku jadi takut apa aku buat semua serba tak kena. Sampai lah satu hari. Lepas solat maghrib, aku tergerak hati check phone dia. Andddd aku jumpa ws dia & Sari bersayang sayangan. Waktu tu dunia aku memang dah gelap segelapnya. Aku terkedu. Aku tak tahu nak kata apa.
Waktu kantoi tu, aku terus serang laki aku. Aku minta penjelasan dia masa tu. Ye aku jijik sangat dengan laki aku. dengan Sari pun aku serang. Tapi aku serang dalam ws.
Tak tergamak aku nak serang dia secara depan mengenangkan anak anak dia. Baiknye aku masih fikirkan dia. Lepas kantoi, Sari berjanji takkan contact laki aku lagi.
Tapi laki tak boleh kehilangan Sari. Hari hari meratapi kehilangan dia. Sampailah aku dapat berita yang aku mengandung anak sulung. Waktu dapat tahu tu, hati aku kosong.
Dulu masa awal kahwin memang tak sabar nak pregnant. Tapi sekarang dengan krisis2 ni, aku jadi tak tahu. Sampaikan aku makin depressed. Hari hari aku menangis.
Aku kesiankan diri aku & nasib anak aku nanti. Tapi aku cuba bangkit. Aku tak boleh sia sia kan rezeki ni. Aku ajak suami bincang. Bincang soal masa depan. And suami aku janji dia nak berubah.
Tapi rezeki tu sekejap je aku & suami merasa. Tak sampai 4 bulan aku keguguran. And kehilangan baby ni bertambah lah aku kemurungan.
Sekarang Sari dah block aku & suami aku. Dia kata dia malu dengan aku. Yela. Aku baik sangat dekat dia. Tapi dia tikam belakang aku.
Laki aku pulak, aku nampak dia cuba nak berubah. Tapi tah lah. Aku macam dah penat. Penat rasa insecure. Penat syakwasangka dengan laki aku & Sari.
Apa laki aku buat semua aku akan fikir, mesti ada kena mengena dengan Sari. Walaupun Sari dah block aku & suami. Tah lah. Aku pun tak tahu.
Apa suami buat semua serba tak kena. Instict aku mengatakan mereka masih lagi contact. Cuma senyap2. Tapi aku taknak tuduh tanpa bukti. Jadinya aku makin memendam rasa.
Sekarang aku banyak focus kan diri aku. Dekat rumah aku banyak diam. Bercakap bila perlu sahaja. Cuma ada masa aku panic attack / anxiety. And masa benda tu datang, aku memang non stop nangis.
Hari hari aku doa minta Allah permudahkan semuanya. Sayang memang lah sayang dekat suami. Tapi aku tak tahu sama ada aku ikhlas atau tak. Aku maafkan Sari & suami aku.
Tapi ada masa benda tu datang. And aku mula jadi insecure. Aku tak minta lebih dari korang semua. Cuma aku minta doakan aku diberi kekuatan.