Lepas lama menyepi balik Indonesia, Mondy Tattoo tunjuk gambar terbaru sedang sarat mengandung buat ramai terkejut

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Pempengaruh kontroversi, Mondy Tattoo yang pernah tular gara-gara kes pendakwaannya terhadap Ebit Lew,

Tampil mengejutkan ramai apabila mendakwa dia tengah sarat hamil lapan bulan.

Perkongsian Mondy di TikTok itu turut memaparkan gambarnya yang sedang sarat.

Bagaimanapun kapsyen yang disertakan pula mengundang lebih banyak tanda tanya apabila mendedahkan dia kini hamil namun tanpa suami.

“Hamil tanpa suami itu tidak mudah,” tulisnya

Lepas lama menyepi balik Indonesia, Mondy Tattoo tunjuk gambar terbaru sedang sarat mengandung buat ramai terkejut

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, Mondy menyifatkan lelaki yang sudah menghamilkannya sebagai individu tidak bertanggungjawab dan tidak layak bergelar bapa.

“Harus kuat ya Mon (Mondy). Hamil tanpa suami, lelaki yang tidak bertanggungjawab tidak pantas dipanggil ayah,”

Bagaimanapun ramai keliru dengan kenyataan tergantung dibuat Mondy sama ada dia sudah berkahwin atau pun hamil tanpa nikah.

Ini kerana Mondy tidak pernah memberitahu dia sudah berkahwin atau diceraikan ketika hamil.

Namun ramai meluahkan rasa kesal jika benar personaliti media sosial itu hamil anak luar nikah memandangkan sebelum ini kecoh kisah penghijrahannya.

“Hamil tanpa suami itu maksudnya apa? Macam mana boleh hamil tanpa suami?

“Mana pula pergi suaminya? Eh, bila pula dia berkahwin? Diceraikan ketika hamil ke?

“Kenapa boleh hamil luar nikah? Bukan ke Mondy sudah insaf dan berhijrah?.” soal netizen.

Nama Mondy mula dikenali netizen di Malaysia selepas menerima bantuan daripada aktivis berpewatakan alim ketika kunjungannya ke Indonesia pada 2023.

Baca juga: “Patutlah balik dari memancing macam mabuk-mabuk je, suami ingat aku tak reti bezakan ke mabuk laut dengan mabuk dadah?!”