Saya mengenali suami masa saya tengah bekerja 2013 (3 tahun lebih). Setiap hari dia datang tempat kerja saya untuk memik4t hati saya untuk menjadii pasangan kekasihnya.
Pada mulanya saya tidak layan dan menolak tapi dia tidak pernah putvs asa untuk memik4t saya.
Setiap kali datang dia akan bagi bunga atau apa – apa hadiah dekat saya. Hati perempuan mana tak cairkan bila dipik4t dengan kata – kata manis dan hadiah.
Selepas menjadi pasangan kekasih, saya memperkenalkan dia dengan ibu, ayah dan kakak – kakak saya.
Awal pengenalan kami dia hanya bekerja di kedai cat sebagai pembancuh cat kereta.
Dalam masa 3 bulan menjadi pasangan kekasih, dia menyuarakan hasratnya untuk jadikan saya sebagai isteri dia. Selepas 3 bulan tu, dia hantar rombongan untuk datang merisik.
Mak, kakak, ayah dan abang restu hubungan kami. Dalam proses mngenali masing – masing, dia berhenti kerja di kedai cat dan minta kerja kerajaan. Dalam beberapa hari dia dapat panggiIan yang mengatakan permohonan kerja kerajaan tu diluluskan.
Setelah bekerja di situ baru dapat tau yang kawan abang saya bekerja di tempat yang sama dan sangat megenali tentang pasangan saya. Abang – abang saya jenis control hidup saya, ke mana saya nak pergi, dengan siapa saya berkawan. Saya ada 4 orang abang.
Kawan abang cerita dekat abang saya yang pasangan saya ni seorang pen4gih, t4ik ubat. Bila dengar cerita macam tu, abang terus bagitahu dekat ibu saya dan ibu pula bagitahu dekat saya. Tapi saya tak percaya, saya menafikan dan membela pasangan saya.
Beberapa hari selepas itu, sorang lagi kawan abang saya datang cerita pasal pasangan saya dekat abang no 2, dan seterusnya dekat abang no 3. Cerita demi cerita tentang buruk pasangan sampai di telinga keluarga saya, luluh hati saya seketika.
Saya ambil keputusan untuk bertanya sendiri dekat pasangan dan dia menafikan. Saya pun percaya sebab perwatakan dia yang penyayang, romantik, setia, cukup sifat idaman seorang lelaki yang wanita mahukan. Setiap minit, setiap saat akan msg saya. Bila free dia akan call saya, walau dalam toilet pon call saya.
Cerita demi cerita membuat keluarga saya membenci pasangan dan meminta untuk saya lupakan pasangan. Saya terduduk tak menghiraukan dan teruskan hubungan macam biasa. Pertunangan yang kami rancang tergendala disebabkan cerita yang keluarga dengar.
Satu hari, saya dapat panggiIan dari dia, dia minta maaf dan bagitaw dia kena tangkap, polis datang serbu rumah kawan dia. Ketika tu dia tengah tidur dekat rumah kawan dia kononnya kunci rumah dia hilang (dia tinggal seorang, tak duduk dengan keluarga dia).
Dalam fikiran ni hairan, kenapa tak buat salah tapi kena tangkap? Kenapa rumah kawan dia kena serbu, kawan dia buat salah apa? Saya datang ke balai untuk tanya apa yang terjadi. Masa ni memang b0doh, tak tau apa yang jadi.
Rupanya dia kena tangkap sebab urine sangkut dan ada d4dah dalam rumah kawan dia. Disebabkan sayang dan cinta dia naik mahkamah kena jamin 5k dan bayar denda 2k, saya sanggup bawa keluar duit simpanan saya, barang kemas saya pergi gadai untuk jamin dia walaupon ketika itu kami takde apa – apa ik4tan.
Tak tahu kenapa b0doh sangat masa tu. Selepas dia keluar dia janji tak akan buat dah. Saya pon percaya.. Beberapa bulan selepas itu, dia diberhentikan kerja. Dia tiba – tiba macam sibuk, seola h- olah tengah tumpu pada seseorang.
Angapan saya dia ada perempuan lain sebab bila call susah sangat nak jawab. Bila tengah msg nak tunggu dia baIas punya berjam, ajak keluar plak penuh dengan alasan tak macam sebelumnya kalau boleh tiap – tiap hari nak jumpa saya.
Hampir sebulan saya dilayan seperti tu. Bila tanya dah ada orang lain ke? Dah tak perIukan saya ke? Jawapan dia dia masih sayang. dia takda perempuan lain. Dia tak larat, tak sihat, dia duduk tidur, dia ada kerja. Dalam tempoh dia tak kerja setiap kali dia datang jumpa saya, saya akan bagi duit dekat dia sebab kesian (Takde duit macam mana nak makan, mesti tak makan) sebab selalu sangat tengok dia beli roti,
Dia mula tak hiraukan saya lagi. Saya sedih, saya marah.. Mungkin dia perasan saya tak mesej selalu dekat dia, saya langsung tak call dia. Petang dia msg saya tak baIas, dia call saya reject. Saya tak hiraukan dia selama beberapa hari. Dia minta penjelasan kenapa saya buat macam ni?
Akhirnya dia mengaku yang dia dok tolak bahan (jual d4dah) tapi dia cakap dia tak hisap, dia jual sebab takda duit. Saya tertipu sekali lagi, jual tapi tak hisap. Saya tak tahan dilayan macam tak wujud, saya nekad nak lupakan dia. S4kit hati, pedih sangat.
Hari ke-2 tu masa saya nak balik kerja tengok dia ada depan kedai, dengan hadiah bear dalam kotak besar dengan kad ucapan, “maafkan papa sayang.’ Cair hati ni bila dapat hadiah dan tiba – tiba sedih tengok dia sanggup tunggu dan datang pujuk saya. Kami berbaik macam biasa.
Selepas beberapa minggu, dia kena tangkap lagi sebab rumah yang dia duduk kena serbu, ada bahan dan urine dia sangkut lagi.. kali ni tergedik – gedik juga nak jamin, walaupun tau dia salah. Saya jadi b0doh seolah – olah macam kena b0moh jaa. Tapi tak jamin pun sebab kes dia tak boleh jamin.
5 bulan dia kena penjara, naik mahkamah. Kes dia dah selesai sebab dia mengaku semua tu barang dia. Hakim jatuhkan hukvman 1 tahun penjara atau bayar denda 2k.. Disebabkn sayang dan tak sanggup tengok dia kena penjara saya bayar denda dia 2k.
Ingatkan bila dah duduk penjara akan berubah, maIangnya jadi pen4gih balik sebab kawan -k awan sentiasa ada duduk keliling. Angan – angan untuk bertunang tak kesampaian dek kebencian keluarga saya dekat pasangan.
Kali ni dia memaksa saya untuk lari nikah dekat siam. Saya tak nak sebab mengharap boleh nikah dekat sini berwalikan bapa sendiri. Tapi pada masa yang sama berjanji akan ikut dia nikah dekat siam sekadar nak sedapkan hati dia.
Dia memaksa untuk ikut dia pergi nikah dekat Thailand dan p4ksa saya tinggalkan keluarga. Kerana sayang, saya turutkan. Hidup m4kin tungang langgang sebab dia tak bekerja, kami tinggal dengan keluarga suami, saya pon tak bekerja, duit simpanan semua habis.
Keluarga dia terutama ibu mertua, jenis pandang duit. Anak mana yang ada duit dilayan macam raja, anak takda duit dilayan seperti sampah. Pernah satu ketika, duduk rumah keluarga mertua saya tak makan, suami plak asyik keluar.
Saya disahkn mengandung. Macam hari biasa, dia dengan hidup dia asyik keluar masuk rumah.. makan minum saya tak terurus langsung. Suami tak tahan dengan ibu dia asyik bising dia tak bekerja. Dia ajak saya keluar dari situ.
Kami menumpang dekat rumah kawan dia, kawasan yang dekat dan mudah untuk dapatkan benda h4ram tu. Satu haritu dia keluar dengan kawan dia yang lain, tiba – tiba kena tangkap dengan polis sebab ada orang kampung report, tapi satu malam jaa tak tahu sebab apa.
Malam tu tidur tak lena risaukan dia sebab tak tahu dia kena tangkap. Dia balik tu, terus kawan dia suruh kami dua keluar dari situ. Suami minta maaf dan janji akan brubah. Malam tu kami takda arah tu, kami tidur dekat stesen bas.
Esok pagi – pagi tu kami nak pergi semula rumah kawan dia yang halau kami untuk ambil beg tertinggal, dia suruh saya tunggu dekat rumah kawan dia, kononnya dia nak cari kawan dia yang lain untuk tanya rumah sewa. Saya tunggu punya tunggu dia tak datang.
Akhirnya saya keluar nak pergi cari dia tengok – tengok dia ada dalam kend3raan AADK. Ya Allah. Luluh hati saya, dengar plak dia kena tahan dekat pusat 2 tahun. Dengan tiada tempat berg4ntung. Saya terp4ksa tebal muka untuk menumpang rumah kawan dia yang halau kami tu.
Cukup sebulan dia bebas, lega sikit hati ni. Kemudian kami balik rumah keluarga dia, hidup berantakan lagi. Keluarga saya datang cari saya, ibu merindui saya dan memaafkan saya. Kami pindah lagi, menumpang rumah kawan dia. Baby dalam perut sem4kin besar.
Kawan dia t0kan, rumah yang kami duduk tu kena serbu, dia dengan kawan dia kena tangkap walaupun takda bahan dekat rumah. Seminggu selepas tu mereka dibebaskan, suami tetap berjanji akan berubah tapi masih ulangi benda yang sama.
2 hari selepas saya melahirkan dia kena tangkap lagi, 8 bulan penjara kena tangkap dengan kawan – kawan dia. Hampir giIa saya dibuatnya nasib ada keluarga saya, saya berpantang di rumah keluarga saya, selepas habis pantang terus balik ke rumah keluarga dia walaupun tahu akan tersiksa.
Saya tak mampu bertahan dekat rumah keluarga sendiri memandangkan saya menyembunyikan berita yang suami kena tangkap. Alasan suami tak datang tengok saya dalam pantang sebab dia kerja jauh. 8 bulan kemudian, dia dibebaskan, harapan saya dia akan berubah tapi tekaan saya meleset.
Duit saya ada RM5, dia keluar je RM5 saya tu habis. Duit dekat dia ada RM5, dia minta lagi dekat ibu dia RM5 kononnya nak beli r0kok. Bila balik tak nampak pon kotak r0kok, tapi duit RM10 tu habis.. Dah berkali – kali macam ni.
Sekarang kononnya dia ikut kawan dia pergi memukat ikan di laut. Balik kelmarin per4ngai dia macam baru lepas hisap (ice) bercakap meleget macam mana dia dulu. Bila tanya m4buk laut.. M4buk laut dengan m4buk d4dah ingat orang tak tau beza ke?
Bila tanya dia elok – elok, minta dia jujur dia tak mengaku yang dia hisap. Terang lagi bersuluh tengok keadaan dia macam tu, masih taknak mengaku. Kadang – kadang kalau ada yang tak kena atau dia tengah marah dia mesti tempik kuat – kuat bagi jiran dengar, sep4k habis kerusi pintu.
Masa saya mengandung dia kerap naik tangan dekat muka saya dan pernah bersuara nak buat lagi teruk tapi cuma cakap, tak pernah buat. Sejak dia keluar ni dia takde lagi naik tangan dekat saya. Dia ni sebenarnya kalau dia tak gian lepas hisap benda tu dia akan layan saya elok – elok.
Awal perkenalan sebelum dia hisap benda tu dia seorang yang penyayang dan romantik. Segalanya berubah sebabkan benda h4ram tu. Saya tak tahu sampai bila dia nak hisap benda tu. Saya tak sanggup hidup d3rita macam isteri pen4gih d4dah yang lain.
Saya kesiankan anak, dia masih kecil. PerIukah saya berpisah dengan suami? Saya tak mampu makan hati bila dia keluar pergi cari benda h4ram tu tapi alasan pergi bersembang dengan kawan.