Hi semua, ambik masa juga saya nak bertulis dekat sini. Tak pasti nak submit ke tak.
Tapi kalau dah submit dan kena siarkan tu mungkin dah takdir. Minta maaf terdahulu saya tak pandai untuk menulis.
Saya baru saja kehilangan suami 3 tahun yang lepas, suami meninggaI dunia dalam tidur. Kami baru bernikah selama 2 tahun
pada waktu itu dan usia perkenalan kami dah hampir 5 tahun. Kami berdua bernikah di usia yang agak muda, 25 tahun.
Kami tiada anak kerana keputusan berdua untuk tidak mempunyai anak. Mungkin ada hikmah kenapa kami berfikiran macam tu.
Semasa saya tahu suami saya meninggaI saya baru pulang kerja, sebab saya shift malam dan suami memang pulang awal sebab dia guru di sekolah menengah sesi pagi.
Saya bukan nak bercerita tentang waktu kem4tian suami, tapi selepas kem4tian suami saya. Semasa saya dapat tahu suami meninggaI satu badan saya macam terasa kena renjatan eletrik, lutut saya lemah tapi saya gigih untuk call kecemasan dan keluarga terdekat.
Tapi tak ada satu air mata pun yang menitik, hati saya terlalu pedih dan s4kit tapi saya hanya mampu termenung dan sikit pun tak mengeluarkan air mata. Saya jadi kaku, saya macam tak percaya. Benda yang paling saya takuti untuk kehilangan cinta hati saya, kawan baik saya. Saya tak boleh terima benda ni berlaku dekat saya.
Saya juga tak ada menangis lansung sepanjang pengebvmian suami, semua orang datang tenangkan saya, bagi kata – kata semangat tapi semua terasa kabur, tak ada kata – kata yang mampu buat hati saya yang h4ncur ni tenang. Tapi tetap sama tiada setitik air mata pun.
Saya duduk di rumah keluarga selama 3 minggu dan tak balik langsung ke rumah kami berdua dan sepanjang 3 minggu tu juga saya tak bercakap langsung dengan ahli keluarga. Makan pun kadang – kadang sehari saya tak makan. Ahli keluarga sangat risaukan saya.
Untuk Mak dan Abah, Mak mentua dan Ayah mentua terima kasih tak pernah penat bagi semangat dekat saya dan sangat memahami cara saya untuk proses kehilangan suami saya. Padahal mak dan ayah mentua saya pun kehilangan anak waktu tu tapi mereka tetap berada di sisi saya dan menjadi orang yang lebih kuat untuk saya.
Sepanjang tempoh 3 minggu di rumah keluarga pun sama saya tetap tidak menangis walau setitik air mata pun. Sehingga lah saya pulang ke rumah kami untuk pertama kali dari hari suami saya meninggaI. Saya minta dengan ahli keluarga untuk balik ke rumah tanpa ada yang temankan saya, saya perlu bersendiri.
Sewaktu saya buka pintu rumah kami dan benda pertama saya rasa adalah kesunyian… kosong… Sebab sewaktu suami masih hidup dia sentiasa menyambut saya dengan ayatnya ” yayy isteri saya dah balik!”. Sungguh kosong dunia saya tanpa dia.. Ambik masa jugak saya untuk masuk ke rumah.
Benda pertama yang saya nampak sejurus buka pintu ada lah meja makan kami berdua, meja makan yang kami kongsi duit beli bersama. Ruangnya kecil tapi terlalu banyak memori di atas meja makan tuuu, berebut makan bersama, kongsi makanan bersama.
Benda kedua yang kelihatan adalah ruang tamu di mana kami berdua selalu habiskan masa tengok netflix, gossip dan dekat sofa tu jugak lah dia selalu tolong saya sik4tkan rambut saya sambil tengok tv. Kami pun sering tidur di ruang tamu walaupun ada bilik sendiri.
Tapi ruang ketiga ini lah yang membuatkan saya terduduk menangis. Menitik air mata saya mengalir dengan laju. Saya menangis hampir hilang nyawa. Ruang balkoni di mana saya dan suami sering lepak bersama. Ruang balkoni tu kami deko dari kosong, kami letak rak yang kami beli second hand, kumpul duit beli tempat duduk yang saya idamkan. Terdapat juga tanaman suami saya.
Suami saya sentiasa habiskan masa menjaga tanaman tanaman dia di situ. Ada satu pasu khas yang dia tanamkan untuk saya, saya minta dia tanam daun kari. Disebabkan dah 3 minggu tiada yang balik untuk siram tanaman ni semua ada yang dah m4ti dan hampir m4ti.
“Sampainyaaa hati saya tinggalkan rumah kesayangan kita dengan lama macamni. Habis segala tanaman sayang yang sayang dah jaga selama ni rosak. Maafkan saya sayang.” Itu lah kata – kata yang saya keluarkan sambil nangis tak berhenti.
Saya terus selamatkan tanaman mana yang masih boleh diselamatkan. Alhamdullilah pokok daun kari masih hidup. Sehingga lah sekarang. Sekarang saya dah mampu menangis kalau teringatkan suami, saya menangis sekejap dan teruskan hidup macam biasa.
Untuk sayang, dunia saya dah tak sama semacam waktu sayang ada kat dunia ni dengan saya. Saya rindu… terlalu rindu. Saya hanya teruskan hidup sahaja sekarang ni. Tak sabar untuk saya berjumpa dengan sayang di alam yang kekal nanti.
Jangan risau saya di sini, saya setiap hari berdoa yang sayang lah jodoh saya sampai bila – bila. Untuk yang bertanya kalau saya ingin mencari pengganti suami saya, tak mampu saya cari lagi kerana saya dah lalui hidup dengan orang yang terbaik dan sesempurna itu di mata saya..
Komen W4rganet :
Bluemingmoon : Saya pula yang menangis. Macam sama pula background story dengan saya. Suami suka bercucuk tanam. Suka tidur di ruang tamu walaupun ada bilik sendiri. Saya pun kerja shift. Takut betul kalau benda unexpected berlaku lebih – lebih lagi kalau saya tak dapat lalu border Brunei balik malam.
Fungkrmu : Salam takziah buat anon, saya paham kehilangan orang yang kita sayang, orang yang kita kenal bertahun – tahun tiba – tiba hilang sekelip mata, sekarang 1 tahun 6 bulan berlalu tanpa isteri di sisi, harus semangat dan redha mnerimanya, semoga syurga untuk arw4h dan semoga syurga juga untuk arw4h isteri saya. Aminn.
Sarah Hills : Allah.. Masa suami meninggaI di pangkuan saya setitik airmata tak keluar dek terlalu kuat tahan sepanjang jaga dia s4kit sebab tak nak nangis depan dia. Masa van jen4zah sampai baru menangis.
Masuk rumah terduduk lembik dan keluarga peIuk. Asal masuk bilik menangis je kerja saya.