‘Mencari suami India bujang’, Wanita nekad cari jodoh guna poster di pusat beli belah

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Tindakan seorang pencipta kandungan dari Russia telah menarik perhatian netizen dengan cara yang unik untuk mencari cinta

Di sebuah pusat beli-belah di India, seperti yang dilaporkan oleh laman berita India Today semalam.

Semasa beliau melawat pusat beli-belah itu baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Dinara

Dia membuat keputusan untuk berdiri berdekatan dengan beberapa patung.

Beliau mengangkat sehelai poster yang memaparkan ayat: “Mencari suami India (bujang).”

'Mencari suami India bujang', Wanita nekad cari jodoh guna poster di pusat beli belah

Poster tersebut juga menyertakan kod QR yang terhubung secara langsung ke profil Instagram Dinara, memudahkan individu yang berminat untuk berhubung dengannya.

Dinara berkongsi video aksi berani tersebut di Instagram dengan kapsyen: “Tolong saya cari yang satu (bakal suami).”

Ramai yang menganggap pendekatan tersebut lucu dan mengagumkan serta memuji kreativiti Dinara dalam mencari cinta.

Sebahagian daripada netizen memberikan semangat kepada beliau, sementara yang lain hanya terhibur dengan kaedah uniknya.

BACA: “4 tahun yang sia-sia, saya diabaikan dengan mak sendiri, orang yang paling saya sayang, semuanya jadi lepas ayah meninggal dunia”