“Saat ini masih dalam siasatan, kami sedang mengumpulkan bukti dan melakukan siasatan menyeluruh,” katanya.
Ahli perniagaan Tiko Aryawardhana, yang juga suami kepada Bunga Cinta Lestari (BCL), didakwa menyeleweng dana syarikat PT Arjuna
Advaya Sanjaya (AAS) berjumlah RM1.7 juta. Syarikat tersebut diusahakan bersama bekas isterinya, Arina Winarto.
Menurut laporan Kompas, Tiko didakwa melakukan salah laku dari tahun 2015 hingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengarah syarikat perusahaan makanan dan minuman tersebut.
Berikutan itu, Arina, yang bertindak sebagai pemilik dan pemegang saham syarikat, telah membuat laporan di Balai Polis Jakarta Selatan baru-baru ini.
Peguam yang mewakili Arina, Leo Siregar, dalam satu kenyataan media, menyatakan bahawa Tiko bertindak sebagai pengarah urusan, manakala Arina mengeluarkan modal dan menjadi pengarah serta pemegang saham majoriti syarikat.
“Tiko mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan kegiatan syarikat, termasuk kewangan, manakala Arina lebih pasif dan hanya mahu melihat urusan syarikat berjalan lancar.
“Bagaimanapun, Tiko menyatakan hasrat untuk menutup syarikat atas alasan tidak mampu membayar sewa pada tahun 2019.
“Memandangkan dokumen keuntungan dan kerugian mencurigakan, Arina mula menyiasat dan mendapati bahawa dokumen tersebut dimanipulasi.
“Arina kemudian melakukan siasatan dan audit, sebelum mendapati dana RM1.7 juta telah digunakan,” jelas kenyataan itu.
Siregar menambah bahawa Arina membuat laporan polis pada tahun 2022 selepas Tiko gagal menjelaskan audit syarikat, dan kini pihak berkuasa sedang mengambil tindakan.
Sementara itu, polis Jakarta Selatan, AKBP Bintoro, berkata perkara tersebut masih dalam siasatan.
“Saat ini masih dalam siasatan, kami sedang mengumpulkan bukti dan melakukan siasatan menyeluruh,” katanya.
Tiko dan Arina mendirikan rumah tangga pada 26 Jun 2014, namun berpisah pada 28 Oktober 2021. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga anak perempuan, termasuk sepasang kembar.
Tiko kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan BCL pada 2 Disember tahun lalu.