Gameboy Manchester United bernilai RM180000 jadi buruan penyokong ‘taksub’

Oleh INFORAKYAT

Menurut laporan akhbar The Sun semalam, sebuah plak kaca yang mengandungi konsul permainan Game Boy,

Yang merupakan barang cenderahati daripada kelab bola sepak Manchester United (MU), kini bernilai £30,000 (RM179,925).

Plak kaca itu dibeli oleh Ali Ahmed’s, seorang peminat MU, pada tahun 1996 ketika dia masih berumur tiga tahun.

Sejak itu, dia menyimpannya sebagai koleksi peribadinya.

Setelah dewasa, Ali berjaya mendapatkan tandatangan bekas pengurus MU, Alex Ferguson,

Gameboy Manchester United bernilai RM180000 jadi buruan penyokong 'taksub'

pada bahagian belakang plak kaca tersebut. Ketika itu, Ferguson melawat farmasi tempat Ali bekerja baru-baru ini.

Ali berkongsi, “Ini adalah seperti satu impian menjadi kenyataan. Saya teruja dan berlari memberitahu beliau bahawa bertemu dengannya adalah satu penghormatan. Dia sangat baik dan bersetuju untuk menandatangani Game Boy ini dan berswafoto.”

Ali menerima tawaran yang sangat besar daripada Jepun, berjumlah £30,000, untuk membeli konsol Nintendo itu, yang asalnya hanya berharga £60 (RM359.84).

Walau bagaimanapun, Ali enggan menjual konsol tersebut kerana dia ingin menyimpannya sebagai memorabilia peribadinya.

BACA: Banyak membantu ketika PKP, Pengarah urusan Sabasun meninggal dunia