Che Salmi Che Ibrahim, Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Maklumat itu disampaikan menerusi kenyataan yang dikongsikan melalui laman Facebook rasmi syarikat.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.45 pagi. Kenyataan itu juga mengucapkan terima kasih
kepada semua yang telah memberikan doa dan sokongan kepada Allahyarham sepanjang tempoh beliau mengemudi Sabasun serta semasa menerima rawatan.
Meskipun beliau telah pergi, semangat juang dan prinsip yang dipegang teguh akan diteruskan untuk menyebarkan kebaikan, perjuangan, dan kasih sayang seperti yang diimpikan oleh Allahyarham.
Sabasun HyperRuncit adalah sebuah jenama peruncitan terkenal di Terengganu yang ditubuhkan oleh Allahyarham pada 2 April 1995.
Legasi yang ditinggalkan oleh beliau termasuk membina jaringan pasaran bagi usahawan, memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan, dan menyokong isu Palestin.
Syarikat juga memohon maaf atas sebarang kekhilafan atau kesilapan yang mungkin dilakukan oleh Allahyarham. Akhir kata, doa dimohon agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
BACA: Niat bantu ringan beban suami tersasar, isteri balik kerja jadi pemalas, hanya tahu main telefon